­

Gratitude.

June 22, 2010


Alhamdulillah.
The best way expressing our gratitude to HIM :)

Selepas beberapa episod air mata dalam hidup akhir-akhir ni, sekarang saya sudah mampu tersenyum dari hati. Surely, ini bukan yang terakhir, tapi cukuplah untuk menyulam tawa di tengah tangisan yang masih membara. Tiada siapa pernah cakap kisah hidup kita akan sentiasa sempurna bukan? Semua orang ada cerita dia yang tersendiri, dan ini jalan hidup saya yang dah ditentukan oleh-Nya. Saya redha. Tuhan menguji, maknanya ada sesuatu yang perlu saya pelajari dari-Nya. Tuhan menguji, maknanya ini adalah cara terbaik untuk saya semakin mengerti erti kehidupan. Tuhan menguji, untuk saya belajar.

Maka saya tidak malu untuk mengatakan, ini yang terbaik buat saya. Walaupun sebak di dada dan bertitik air mata membasahi keyboard, saya tetap ingin mengatakan, ini yang terbaik buat saya.

Alhamdulillah, atas segala kekuatan luar biasa yang DIA beri di sebalik dugaan luar biasa yang DIA turunkan padaku. Alhamdulillah, tamparan ini mendekatkan aku pada DIA dan menjadikan aku ini insan yang lebih baik dan lebih matang dalam satu lagi perspektif kehidupan. Alhamdulillah, alhamdulillah.

You Might Also Like

2 comments