­

Teman Terbaik.

June 27, 2010

AMARAN : Entri panjang

Ramai orang akan masuk dalam hidup kita. Cuma hanya akan ada beberapa orang yang dikirimkan Tuhan dalam proses pembelajaran kita mengenal hidup. Teman-teman terbaik YANG mengambil berat termasuklah juga teman-teman terbaik DALAM melukakan. Aku juga macam tu. Aku bertuah, walaupun aku tidak punya terlalu ramai rakan rapat, tapi aku punya rakan-rakan yang cukup berkualiti. Setiap dari mereka, aku belajar sesuatu, yang membentuk siapa aku sekarang.

Ziela, Amoy, Wancu, Min, Niza, Fiza. Antara sahabat yang dimaksudkan.

Ziela, seorang gadis dusun sebaya aku juga berasal dari Ranau tapi family dia menetap di Telupid. Kami bersahabat sejak awal sekolah rendah, dulu tinggal di kawasan kejiranan quarters perguruan di Pekan Telupid, dua jam dari Ranau. Berkulit cerah, tinggi sikit dari aku (haha) dan merupakan best friend saya yang terawal.

Amoy, seorang gadis Banjar, bangsa Indonesia tetapi menetap di sini. Sekarang ni sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel (if saya cakap comel, memang betul-betul comel). Berkulit gelap sedikit (tak gelap sangat), lebih tinggi sikit dari saya (haihhs), slim dan sebenarnya dah tujuh lapan atau lebih entri kot saya tulis pasal Amoy ni dalam Sufilara.Com :D Kami kenal waktu saya Tahun 3 after pindah dari SK Telupid Batu 4 (waktu dulu-dulu saya banyak pindah sekolah, sebab tu banyak kenal orang yang berbeza-beza latar) tapi waktu tu tak rapat lagi. Kami mula rapat after saya pindah dari sekolah menengah di Kota Kinabalu ke SMK Telupid. Dia orang pertama yang cuba untuk rapat dengan saya. Happy gila time tu dapat sekelas dengan Ziela. Hehe. Amoy kelas lain waktu tu.

Wancu, seorang gadis Terengganu yang rancu slangnya tapi tetap comel. Bayangkan saja saya dengan loghat Sabah saya yang saya malas nak ubah dan dia dengan loghat Terengganu dia yang dia malas nak ubah tapi tetap masih boleh faham memahami dan masih boleh bersahabat baik. Sebenarnya konsep Satu Malaysia dah lama wujud LOL. Okey serius sikit sebab tak ada pun yang kelakarnya. Aku je yang gemar sangat nak main ketawa-ketawa. Wancu ni berkulit cerah, tinggi dan badan pun ala model. Bila tengok gambar-gambar dia dekat FB, aku rasa sekarang ni dia sempat kot jadi part-time model. Theehehe.

Min, lelaki berbangsa Bajau, tinggal di Semporna. His smile sangat sweet, lepas tu suka gelak juga macam saya. Pun pernah beberapa entri tulis tentang dia dalam Sufilara.Com.

Mari mengenang rakan :P

.
.
.


Pertama, saat dari aku mengenal Ziela; yang mengajar aku erti perkongsian. Erti persahabatan sejati dan hakikat persahabatan itu sendiri. Hakikat pahit dan manis tentang persahabatan. Latar belakang dan nasib yang sama atau berbeza. Belajar untuk menangis bersama. Melalui Ziela, aku belajar untuk sentiasa terbuka dalam melihat hidup dari sudut yang berbeza. Sahabat seperti Ziela adalah sahabat yang selesa untuk kau bercakap dengan matang dan serius tentang soal hidup, cinta dan segala-galanya.

Kemudian, saat aku mula mengenal Amoy; yang mengajar aku erti kesukaran dan kesungguhan. Betapa ramai orang di luar sana lebih struggling untuk mendapat satu sinar bahagia yang mungkin kekurangan kasih dan berhadapan dengan dilema keretakan hubungan kekeluargaan. Yang kadang-kadang mencemburui dan cuba untuk memiliki apa yang kita miliki. Melaluinya, aku belajar bagaimana untuk menjadi seorang sahabat yang baik, mungkin. Yang membimbing dan menghulur tangan, bukan membiarkan dia jatuh terus. Yang jujur dan menerima apa adanya, bukan menghina. Yang membantu, bukan memandang enteng. Yang mengingatkan saat dia alpa. Aku belajar menjadi seorang kakak, juga belajar bagaimana untuk berkata tidak. Belajar bagaimana untuk adil pada diri sendiri.

Amoy dan Ziela, rakan baik saya waktu di sekolah menengah. Tapi percaya atau tidak, diorang ni tak ngam. Macamana nak cakap ya. Mungkin chemistry itu yang tiada antara diorang. Diorang tetap saling bertegur waktu di sekolah tapi kami tidak pernah jadi tiga serangkai. Saya rapat dengan Amoy, dan dalam masa yang sama saya rapat dengan Ziela. Persahabatan saya dan Amoy, dengan persahabatan saya dengan Ziela tidak pernah bercampur aduk. Macam, tidak ada perkaitan. Mungkin, bagi diorang hubungan diorang setakat rakan satu sekolah waktu sekolah rendah kemudian kebetulan dapat masuk sekolah menengah yang sama dan kebetulan juga orang yang rapat dengan diorang adalah orang yang sama. Segalanya kebetulan. Get it get it? Mungkinlah. Teori saya saja.

.
.
.


Kemudian di UUM aku kenal Wancu; yang mengajar aku erti pengorbanan yang tidak bersyarat. Persahabatan yang tidak berbelah bagi dan sentiasa ada waktu memerlukan. Plus, aku ingat lagi waktu sudah beberapa semester mengenali Wancu. Saya pernah cakap, habis belajar dekat UUM nanti, antara orang paling aku ingat selain Encik Muzammir, adalah Wancu. Banyak pertolongan Chu yang aku akan ingat sampai bila-bila. Kau berhadapan dengan masalah dan menangis tengah malam pukul 3 pagi tak ada siapa yang tahu, orang macam Chu lah yang akan tolong kau dari A sampai Z. Yang membebel risaukan kau. Yang tidak pernah mengeluh untuk sebuah persahabatan. Yang melindungi dan stand up for you against other people. Yang akan sentiasa ada saat kau memerlukan. Serius.

Dalam masa yang sama juga, aku mengenali Min; yang mengajar aku tentang kasih sayang dalam persahabatan. Buat aku percaya pada wujudnya istilah chemistry – bukan sekadar pada teori sosial semata-mata. Ia benar-benar wujud, ia benar-benar dirasakan. Enough said. Satu persahabatan yang aku rasa cukup istimewa.

Selepas Min sambung pengajian di tempat lain, aku dan Wancu terjumpa geng lain, Niza dan Fiza. Sepanjang beberapa semester, kami sentiasa bersama. Makan sama-sama, lepak sama-sama, jalan-jalan sama-sama, gaduh sama-sama.. Study je tak sama-sama sebab masing-masing suka study sendiri-sendiri. Niza dengan cara sendiri, Fiza dengan cara sendiri. Aku dengan cara aku, dan Wancu dengan cara dia. So different, tapi tetap bersahabat. Terbaik betul kombinasi kami. Anugerah persahabatan paling realistik HAHAHA. Persahabatan terlalu fairy-tale pun kadang-kadang bosan juga. Biarlah ada selit-selit unsur humanity tu. Sifat humanity di mana tiada yang sempurna. Bukankah true friendship adalah bila two friends can walk in opposite directions, yet remain side by side? ;)

Niza asal Perak tetapi menetap di Kuala Lumpur. Dia adalah versi Ziela, teliti tapi lebih keras sedikit. Dia antara kawan yang paling aku suka sebab dia jenis kawan yang akan menegur kau dengan jujur dan terus terang. Dia takkan puji semata-mata untuk ambil hati kau. Every of her words, kau boleh percaya. Trait kami sama, sangat jujur dan berterus terang. Degil juga, dan very opinionated. Walau macamana pun, saya versi Niza yang lebih lembut walaupun sorry sebab cakap, ada waktu-waktunya aku ni kasar juga hehehe. Bila kami berempat mula rapat, saya lebih dekat dengan Niza berbanding Chu dan Fiza. Dan Chu, yang lebih bersifat melindungi lebih dekat dengan Fiza yang hatinya sangat lembut dan fragile. Jujur, saya kalau berdua saja dengan Fiza, macam kekok sikit kalau Niza dan Wancu tak ada haha tapi dalam kekok-kekok tu, masih ada beberapa rahsia yang kami pernah simpan bersama. Dan samalah macam Niza, dia tu bukannya selalu berkenan dengan cara Wancu even kami selalu berempat HAHAHA kelakarlah bila ingat balik. I bet now Niza tu mesti ada juga perasaan rindu dekat Chu :P

Fiza asal Johor, dari luarannya memangggg suka buat lawak. Happy go lucky, lagi-lagi kalau berpadu tenaga dengan Wancu. Di dalam, kami tahu hati dia lembut. Lembuttt sangat-sangat. Tapi lembut-lembut pun hati dia, seorang lelaki belum tentu dapat menandingi ketabahan hati dia. Kan Fiza kan? :P

Saya sendiri juga pernah tersalah faham dengan Chu, pernah juga tersalah faham dengan Niza. Tapi dengan Fiza, seingat saya memang tak pernah lagi dan harap-harap taklah. Dah masing-masing duduk jauh-jauh ni, tak ada masa nak bergaduh manja aih. Fiza ko kawen confirm ek tahun depan, gitau awal-awal tau? Lagi bagus kalau tarikh bagi dekat dengan tarikh kawen Kak Fedy, boleh sekali harung sebab hari tu Kak Fedy datang Sabah dah janji dekat dia nak datang majlis dia. Hoho ^^

.
.
.


There's a saying ;

"When you die, if you’ve got at least five real friends, then you’ve had a great life."


.. I think I am :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Fina... I'm crying :(

    Rasa rindu yang teramat kat ko, Niza and Chu..
    Sangat sangat rindu..
    Apa yang ko tulis tu memang betul 100%..

    Lagi-lagi lepas ni aku kena pergi sana..
    Memang aku rasa sedikit takut, sebab aku tak tau macam mana nak hidup kat sana tanpa Chu..
    Tapi nasib baik juga Niza ada..
    Sayangnya ko yang sepatutnya ada, tapi takde jugak..

    Semoga persahabatan kita takkan putus! TAKKAN!!

    ReplyDelete
  2. Fiza, macam boleh bayang perasaan ko skrg. but its okey, chu tak ada, tp niza ada. apa2 jadi i believe she'll stand up for u, just like chu. be stronger ya..

    I am so sorry things turn out to be this way :'(

    yg pasti apa yg kita lalui sblm2 ni tetap dlm ingatan, kita tetap ada masa utk berjumpa lagi. mcm niza ckp, tiap kali mjlis kawen, kita smua kena kumpul, buat reunion sekali haha :D

    ReplyDelete
  3. hei..i was googling around and found you.haha. i'm sofina and my friends mostly call me sophie and some of which calls me fina. mayb one dffrnt thing is that i use "sophienisme" instead of "sophiesme".

    happy to stop by :)

    ReplyDelete
  4. Sophie,
    oh hi Sophie!

    been to ur blog and another unique personality i found in this blogosphere :)

    ReplyDelete