Hari Yang Panjang Amat

January 04, 2008

Assalamualaikum..


Kurang masa utk online lama2. Maklumlah, semester pengajian baru sahaja bermula. Aku juga kini sudah berada di bumi sintok.

Permulaan semester yang agak hambar. Aku mencari2 waktu utk bergelak ketawa lepas bebas sebenarnya tapi nyatanya masih ada urusan penting yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu kemudian baru aku punya waktu untuk itu. Aku kedengarannya seperti agak tertekan buat masa ini bukan. Arghh.. tension..

Pagi semalam tika saat2 terakhir antara aku dengan family. Mak dan dana cuma menghantar aku setakat pintu pagar rumah. Kalau aku tidak mengawal rasa sedih berpisah, agaknya basah lencun la mekap yang aku kenakan d muka ni. Haha.. kili dan pipie masih enak di buai mimpi saat itu tp aku sempat menyalami mereka.

Aku dan ayah mula bertolak. Bergenang juga air mata ini, tp mengenangkan mekap yang masih baru tancap d muka, rasa itu terbatal sendiri. And big girls don’t cry rite.

Kami melalui jalan berbatu untuk keluar ke Pekan Ranau (bila la jalan bertar nak wat), seterusnya menghala ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan, aku yang duduk d sebelah tempat duduk pemandu terlihat pada kelibat budak2 lelaki dan perempuan berpakaian lengkap seragam sekolah. barulah aku teringat untuk melihat ke jam memandangkan suasana masih gelap sebenarnya. Amat gelap. Jam 5 pagi. Kemudian sebuah van kaler putih memotong kereta ayah yg kebetulan memandu perlahan. Van itu juga penuh dengan budak2 sekolah menengah. Wow.. mereka bersiap seawal ini?

‘awalnya~’ ujarku tanpa sedar.

‘bas utk charter kurang sekarang ni. Van yang lalu tadi tu ja, nanti dia balik lagi ambil budak2 ni’ ayah membalas.

Aku angguk2 fhm. Setiap tahun jumlah pelajar meningkat. Kemasukkan ke asrama pun blm lg bermula utk pelajar2 baru utk memberi laluan pada pendaftaran masuk pelajar baru ke sekolah, juga orientasi. Jadi buat sementara waktu, pelajar2 baru perlu ulang alik ke sekolah (about 25 minutes). Budak2 lepasan sekolah rendah d daerah ranau biasanya akan terus dimasukkan ke SMK Ranau. Manakala sebelah Lohan sana akan dimasukkan ke SMK Lohan.. Aku mula membayangkan jika ada pelajar2 area kampungku dimasukkan pula ke SMK Lohan.. hampir dua jam juga perjalanan.

Tidak lama kemudian, terlihat pula seorang budak perempuan berpakaian sekolah berdiri seorangan. Risau pula aku melihatnya. Bahaya. Sudahlah kawasan agak terpencil. Jauh sikit selepas tu, ada lagi seorang budak perempuan berdiri di tepi jalan. Juga berpakaian sekolah.

‘lebih baik budak ni pegi join budak tadi tu~’ ayah bersuara. Aku cuma memandang budak perempuan itu dgn ekor mata. Boleh jadi si ‘bangsat’ blm lagi saat seawal ini. Org jenis mereka bangun lewat**. haha.. mungkin ya mungkin tidak~

Selepas tu aku lelap. Tadi aku tidur tak smpai sejam. Tak dpt tidur. Beginilah aku kalo jalan jauh.

Bangun je, da sampai kK. Mmg bestla. Buka mata je da smpai. Kemalangan motosikal d depan. Saat aku dan ayah lalu, lelaki tu dah terbaring dekat longkang tepi jalan sebelah kanan. Motosikal parah juga, tapi tiada kesan darah dan ku lihat lelaki itu masih boleh bangunkan sedikit badannya. Tp itupun dalam kepayahan. Syg aku tdk dpt tangkap gambar sebab aku dan ayah kejar waktu. Kesian.. (aku ingat penunggang motosikal ni yg memotong kereta ayah dan kereta2 kat depan saat lampu merah)

Sampai d airport, terus check-in. Terserempak ngan Cha ngan kakaknya, kak Nur. Penerbangan dr KKIA ke KLIA dan dari KLIA ke Alor Setar kami sama. Juga sama dengan sorang member Kokay.

Ayah masih menemankan aku sehinggalah sampai waktu utk boarding. Lagi sayu hati ini. Aku langsung tak mampu pandang muka ayah. Kuatkan juga semangat. Dugaan lagi besar d luar sana. Kalau ini pun aku gugurkan airmata, dan alpa, alangkah rapuhnya jiwa ini.

Seperti biasa selepas menyalam dan mencium tgn ayah, ayah berpesan2 dan aku mengangguk2.

Kemudian aku join sekali Cha ngan Kak Nur yang da boarding dah. Tggal tggu aku lg. Membe Kokay aku pun menyusul selepas aku. Waktu flight, aku berkenalan dengan seorang gadis, Afiqah yang mendapat tempat disebelahku. Raut wajahnya nampak matang.

‘Nak ke mana?’

‘Hm? Blaja. Kat ***..’

‘Umur brapa?’

‘19’

Sepatah aku tnya sepatah gak die jwp..

‘oh.. org mana?’ kerana slangnya sebijik slang org semenjung.

‘asal selangor, tp duk sini ikut family.. bla bla bla~’

‘oh.. jd amcm sabah? Hehe’ aku memesrakan diri.

‘okeyla.. Cuma awal2 dulu masih sesuaikan diri.. ngan org2 die.. cara bercakap ape sume.. bla bla bla bla~’

‘lama2 okay la tu.. blaja ambik kos apa?’

‘program persediaan’

‘persediaan’

‘tak lama lagi lanjut pelajaran kat luar negara. England.’

Perbualan seterusnya berlanjutan dengan pertanyaan demi pertanyaan..

Habis itu, kami masing2 diam. Aku lelapkan mata dan terjaga saat pramugari menghantar makanan. Aku memesan nasi ayam sebagai alas perut dan Iqa memesan juadah lain. Selesai makan dan menyerahkan kembali dulang kepada pramugari, aku tidur lagi.

2 jam 30 minit perjalanan. Kami sampai sekitar jam 12.30 di KLIA. Aku berjalan keluar dari kapal terbang bersama Iqa. Sebenarnya waktu tu baru kami sempat bertanyakan nama masing2. Kami berpisah d hadapan Gate A5 sambil mengucapkan slmt tggal dan good luck. Yea i really need luck. Thanx ye iqa.

Gate A5. Ramai jemaah haji berkumpul berdekatan Gate A5. Majoritinya sudah berusia.. mungkin ada yang sudah berumur. Jadi keliru juga.. Gate A5 penerbangan ke tanah Arab?

Oh.. jemaah2 anak negeri Kedah yang baru pulang dari mengerjakan haji rupanya. Jadinya penerbangan kali ini, bersama2 dengan jemaah haji.

Penerbangan ambil masa dalam 55 minit sahaja. Sampai sahaja, kami terus ke ambil barang yang kami masukkan kat kargo. Pak Ku dah sedia menunggu. Ramai sungguh ahli2 keluarga jemaah2 haji tu yang datang menjemput. Laluan utk kenderaan pun tersangat sempit. Ada juga jalan yang terpaksa ditutup. Satu fenomena yang aku jarang jumpa tp syg tdk dapat dirakamkan.

Sepanjang perjalanan kembali ke UUM, aku sempat lagi tertidur. Heh..

Lebih kurang jam 4 petang. Sampai UUM, urus pendaftaran masuk ke bilik (amik kunci sekali), dan angkat barang naik bilik. Masih bilik yang sama gak. 16H999. Hehe.. Roomate lom balik lagi. Mlm ni dia bertolak dari kelantan. Seterusnya aku angkat barang lak dari bilik pantri. Mmg penat gile. Lenguh tgn. Buat semua tu sendiri kerana aku kurang gemar menyusahkan org kecuali terdesak.

Jam 8 lebih kurang aku siap mengemas separuh barang2 ku, namun buku2 dan kertas2 ilmiah masih ku biar berlonggok d penjuru bilik.

Tak lama lepas tu Wancu dan Niza datang seperti yang dijanjikan. Wancu kata aku makin kurus sket.. sket je la. Haha.. Kitorang nak g jalan2 carik makan kat mall. Kalau buka. Tapi tiada gerai yang buka. Pegi Mart je la beli apa yang patut. Just beli barang2 utk kebersihan dan penjagaan muka cuz ada stok yang da habis.

Aku dan Wancu singgah cafe sebelum naik bilik masing2. Masing2 lapar. Aku tadi sentuh nasi lemak yang disediakan dlm flight je. Tu pun dlm kuantiti yang sikit. Yelah.. dah die hidang sikit je. Not suitable for a big-appetiter like me. Har har har..

Hampir dua jam menunggu order kitorang tu siap. Nak tak nak kitorang tggu juga. Laparnye pasal. Elok je kitorang habis menjamu perut, pekerja2 cafe tu mula berkemas menutup waktu operasi. Aku ngan wancu terus blah, beredar ke bilik masing2.

Sampai bilik je aku kemas2 lagi brg sket, pastu nak tidur. Penat. Juga berdebar2 mengenangkan hari esok. Hari bermulanya perjuanganku.

Itu sahaja utk hari ni ye tuan2 dan puan2. Esok pasti ada cerita baru lagi. Atau lusa. Atau tulat. Bergantung pada kelapangan. Later.. !


**tiada dalam fakta

You Might Also Like

0 comments