HIDUP PENUH BICARA
February 25, 2008hari ini di UUM sudah dua petang hujan turun. setelah berminggu-minggu bumi Sintok ini kemarau. sakitku belum sembuh sepenuhnya sebenarnya. tengahari tadi dalam perjalanan dari DKG 5 ke DKG 1, kepala terasa berdenyut. mungkin sbb cuaca panas. hari ini aku berbaju kurung biru muda dengan tudung putih. aku cakap macam ni sbb aku jarang berbaju kurung ke kuliah kerana lebih selesa berkemeja dan seluar. hoho.
minggu lalu adik bongsu berumur 11 tahun yang kami panggil Pipie masuk hospital, ada pembedahan susulan pada bahagian organ. bukan sakit, cuma posisi organ Pipie itu sedikit misplace. tersasar sedikit dari tempat yang sepatutnya. dari lahir lagi sebenarnya, tapi waktu masuk sekolah rendah, barulah masalah itu dirujuk pada pihak hospital. Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
'kami sebagai ibu bapa hanya mampu berusaha yang terbaik utk anak2..'
aku terkedu sebentar di hujung talian. suara mak begitu lirih. dan kedengaran agak letih dan mengantuk.
'mama di mana sekarang?'
'sini wad, jaga Pipie. baru habis bedah ni. pipie tidur..'
'mama tidak tidur?' aku kesian pada mama. mama seorang ibu yang punya jadual yang padat dengan bermacam2 aktiviti dan tanggungjawab dan ayah sebagai seorang pegawai kerajaan juga begitu. hanya Pipie sahaja yang tinggal di rumah, yang lain tiada.
'mama tidur juga. Pipie masih kesakitan lagi ni Na, nanti dia bangun karang merengek2 la tu kalau tiada yang layan'
'doktor kata apa mak?'
'belum lagi.. skrg ni suruh rehat dulu. isnin depan baru keluar hospital, skrg ni (sabtu) cuti. hari isnin lah baru boleh keluar. ayah kamu tu lagi ada meeting hari isnin. lepas tu baru boleh balik'.
aku menelefon tak lama, tapi kerap. ada sekali aku berpeluang bercakap dengan Pipie, cuma berbual biasa sahaja sambil bertanyakan khabar. suara dengar macam budak baik je, tapi nakalnye bukan main.
aku juga sudah tentu menelefon ayah sekali, bertanyakan khabar. mmg rutinku setiap minggu. tapi lebih kerap tepon mak la. hehe..
teringat hari tu Kili kat sarawak tepon, sekarang sedang buat latihan industri. or praktikal. telefon bersebab.
aku mulanya tdk kenal nombor tepon yang die guna.
'helo..'
'heiiii.. lembut smcm ja suara tuh'
'hoi. tukar nombor lagi ka?' sergahku bila sedar yg itu adikku.
'wahahaha' dia gelak sebentar dan memaklumkan tentang tentang simkad celcom 3G yang bleh online 24 jam tanpa henti dengan hanya RM8. aku sedikit pun tak heran. kami berbual sebentar sahaja, baterinya habis.
okaylah.. itu sahaja tentang citer familyku yang terbaru. hehe..

2 comments
Oh!
ReplyDeleteMoga adik kamu segera pulih
terima kasih.. harapnya bgitu. huhu
ReplyDelete