I Love My Friends
March 05, 2008I’ve already forgotten when was the last time i spend my time with my friends – lepaking at The Kachi Mall. Sudahnya, malam itu kami bertemu setelah masing-masing reda dari kesibukan kehidupan kampus seperti yang telah dijanjikan beberapa hari lepas. Maklumlah, esoknya cuti. Hingga cukup 4 hari bercuti, minggu kuliah akan disambung seperti biasa. Mat tak datang, sedang dia sudah menyatakan persetujuan. Single is simple, double is trouble. Kwang kwang.
Minggu ini saya menumpukan sepenuh perhatian pada akademik yang semakin menuntut komitmen penuh dari saya, menyepi seketika dari dunia tarian. dari satu sudut, mungkin juga merajuk.
Topik perbincangan kami lebih berkisar pada kehidupan kampus, perancangan semester hadapan - mahu ke Genting Highland dan mungkin ke Pangkor! [Niza merungut dalam lucuannya, katanya saya ni semua pulau pun nak pegi], tentang keluhan kawan lelaki yang mengatakan perempuan sekarang mata duitan [why guys always think that way bout girls?], diselang-selikan dengan usikan dari teman2 tentang profesion bakal kaunselor yang saya pegang sekarang ini. Rakan2 saya kini semakin memerlukan kaunseling nampaknya. Haha..
Dan saya seperti biasa, seperti yang kalian tahu, saya lebih gemar mendengar dan tertawa bila kelucuan. Cuma sekali sekala bersuara juga jika dirasakan perlu.
Kalian tahu, saya kalau berkumpul dengan teman2, mmg langsung lupa pada sekeliling.. pada masa yang berlalu pantas. Saya teringat kata-kata ayah, “nana ni kalau jumpa kawan lupa-lah dunia” (My family call me as Nana). Dan itu satu sindiran yang pernah saya sambut dengan muka sardin.
Dalam keramaian itu, saya rasa sedikit terasing bila mereka mula bicara soal kuliah, soal pensyarah, soal program2 untuk International Business Management Society IBMS (Dzul aktif dalam persatuan tersebut).. aku bagai orang bodoh mendengar sahaja perbualan mereka yang agak rancak. Mereka ini teman2 yang dulunya seperjuangan dalam program International Business Management. Sejak menukar kos pengajian ke bidang kaunseling, agak sukar juga mencari teman. saya lebih selesa berteman dengan teman2 dari program lama. Mungkin sebab telah terbiasa bersama mereka semenjak semester pertama lagi. Muka2 itulah antara muka terawal yang saya kenali di UUM ini. Agak sukar untuk saya tempuhi buat masa ini kerana saya bukan termasuk dalam golongan orang yang cepat sahaja mendapat teman susah dan senang, tetapi saya tetap yakin pasti ada jalan keluar dari kemelut ini. Pasti ada..
Tidak lepas juga dari berbicara soal teman2 lain yg tidak ada waktu itu - Bila saya berfikir kembali, saya tertanya-tanya.. siapa saya untuk mempersoalkan dan mempertikaikan orang lain? Di satu sisi pasti orang itu lebih baik dari saya, dan di satu sisi lagi ada sesuatu dalam diri saya yang lebih baik dari orang tersebut. Saya perlu beri lebih fokus pada diri, meneladani sebanyak mana kebaikan orang dan menyempadani mana-mana yang tidak sesuai menjadi ikutan. Bukankah senang begitu.
Ditakdirkan sehingga tengah malam itu masing-masing kelihatan belum mahu angkat kaki balik ke kolej masing2. Ditakdirkan juga pakcik Unit Keselamatan (UK) tidak lupa menjalankan tugas malam itu. Berteraburlah kami selepas itu, tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
P/S ..Ah, penat juga membahasakan diri sebagai ‘saya’ dalam entri ini. Uhuhu.. macam formal.

0 comments