KOTAK KHAZANAH
May 17, 2008SISI DEPAN DAN SISI BELAKANG. PETIKAN LAGU SITI NURHALIZA 'NIRMALA', DAN BUNGA TU BUNGA HIDUP YANG TERAWET. ORANG BAGI. THANX SO MUCH! DAH 3 TAHUN PENANDA BUKU NI AKU BUAT..
'KEINDAHAN PELANGI ADALAH..~' LALALA~
HADIAH VALENTINE 2002. GELANG BERWARNA HIJAU KEETNIKAN YANG DIPERBUAT DARI BENANG TEBAL DAN KASAR.. HANYA SEKALI PAKAI, PASTU SIMPAN SAHAJA DALAM BEKAS.. SAMPAI BILA SIMPAN, AKU TIDAK PASTI.. :)
LOKET BIASA, KHAS UNTUK MEMUATKAN DUA FOTO KECIL. BELI WAKTU AWAL FORM 5. TAHUN 2003. MY FRIEND, AMOY, GOT THE SAME LOCKET :)
Akhirnya sampai juga anginku menyelongkar kotak2 yang penuh kenangan manis, masam, manis dan pahit. Semestinya yang paling manis antara yang termanis.. saat ini, adik aku kat bilik sebelah sedang menjalankan latihan vokalnye dengan menyanyikan lagu pencinta wanita, harap maklum. Hehe..
Kotak pertama.
Di dalamnya terdapat pelbagai bentuk kotak2 kecil yang comel. Salah satu kegemaranku dulu hingga kini – membuat koleksi kotak2 yang dirasakan comel. Cuma bezanya sekarang ini, tidaklah serancak dahulu. Ada dua kotak Cadbury dan satu tin Vochelle sederhana besar, coklat kegemaranku.
Terdapat juga kotak2 jewelry, di situlah tempat aku menyimpan loket dan beberapa cincin pemberian org. cincin persahabatan yaa..
Dalam kotak tu juga aku menemukan set geometri, kalkulator, dan piala anugerahku waktu aku d sekolah menengah, frame gambar ex, penanda buku buatan sendiri, beg kamera, frame2 kosong, buku panduan mencetak baju-T sekali ngan kayu blok pencetak (pernah ikut kursus ni waktu tahun 2004), dan.. termasuklah gelang hijau pemberian Pp. Masih tersimpan kemas dalam bekasnya hingga kini. Sempena Valentine. 2002. Sebenarnya ia hasil kerja tangan kakaknya, Yaya. Thanx so much Yaya.
Pada kotak kedua pula..
Byk terdapat foto2 dan catatan2 dalam bentuk diari. Aku. Seorang manusia yang penuh dengan rahsia hati. Kotak ini terdapat banyak lembaran2 cerita.. hakikatnya aku seorang yang suka bercerita. Kalau bukan pada orang lain, aku tetap selesa bercerita pada diri sendiri. Melaluinya aku tahu susun atur dan posisi hidup aku. Aku tahu emosi ku ke arah yang mana. Aku jelas dengan setiap inci perasaanku. Aku banyak belajar, banyak memaafkan, dan tahu melampiaskan kemarahan ke arah yang tidak membahayakan dan penuh berhikmah. Aku jadi pasti apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Dan paling penting, inilah catatan kenangan. Catatan merapu-rapu yang ikhlas, keanak-anakkan namun kadangkala berbicara bagai sudah cukup matang, penuh dengan kata perangsang pada diri sendiri, penuh dengan air mata dan ketawa, kekeliruan, dengan tanda tanya dan bermacam2 corak catatan lagi yang kini semakin dapat aku telusi dan halusi – mengapa dan bagaimana semua itu berlaku. Apa pun ia, ia sesuatu yang bertemakan nostalgia.
Melaluinya, aku sedar banyak mana aku telah berubah. Berapa banyak pandanganku yang telah berubah sisi. Boleh jadi telah bertentangan dengan yang asal dek perubahan2 yang aku lalui dan lihat sepanjang beberapa tahun selepas itu. Membaca kembali coretan2ku pada diari sewaktu aku awal usia belasan tahun seringkali membuat aku tersenyum sendiri. Ah.. Sedikit terkilan kerana ada banyak lagi catatan2ku yang aku telah bakar dan buang. Lantaran rajuk, kecewa dan sedih. Sayangnya kan? Aku pernah jadi insan yang penyedih di sudut yang org tidak nampak kecuali di mata teman baikku.
But it is not all about me. Kerana dalam catatan2 itu juga, aku tidak pernah lepas dari membicarakan tentang kehidupanku waktu itu. Tentang orang2 sekeliling yang ada d sisi aku waktu itu. Teman2 yang sama2 menempuhi alam persekolahan. Selagi mereka pernah hadir dan pernah mewarnai hari-hari ku – the good old days :) – selagi itu pasti ada terukir walau sekali nama mereka dalam lipatan sejarah peribadi ini..
Sampai ini dulu. Nanti aku sambung lagi, jika diizinkan Tuhan dan masih punya ruang waktu. Sekarang ini ada kerja perlu dibereskan. Maklumlah.. satu2nya anak dara di rumah ini.

2 comments
simpan juga ye..
ReplyDeletemustilah. sume brg2 org bagi mmg simpan :)
ReplyDelete