­

GAJET #1

June 19, 2008

Recent Pic.

di atas ini merupakan gambar saya yang terbaru. gambar diambil pagi tadi, waktu berada di kantin sekolah. hari ini hari khamis, esok jumaat. jika saya ke kantin esok, pastinya berbaju kurung. wah.. saya berbaju kurung. semenjak balik bercuti, cuma dua tiga kali sahaja saya memakai baju kurung. itupun jika ke kenduri.

kantin sekolah agak meriah hari ini. cikgu-cikgu sekolah itu datang makan di kantin datang hampir serentak. Cikgu Awang, Cikgu Jumaidin, Cikgu Saltiah, Ustaz dan yang lain-lain.. yang memang saban hari datang bertandang. tidak lupa juga encik Guru Besar. dan oh, sekuriti sekolah juga.

"Sumandak. hari ni air kau cukup panas. berasap-asap. baru-lah ada umphh!"

gamat andar kantin itu dengan lelucon Cikgu Awang yang gemar bercakap juga gemar mengusik itu kepada saya. saya gelak kecil sahaja mendengar dan mengiyakan. teringat semalam air panas yang disediakan khas untuk membuat minuman panas hanya tinggal suam-suam sahaja. mengomplen habis cikgu itu semalam kerana air minuman panasnya tidak berwap.. cikgu tu minat air panas berwap yang kawkaw *iri ne torihian dau (itu-lah yang dia suka)*

jam 11 pagi setelah loceng tamat rehat sekolah berbunyi, mama dan saya mula mengemas kantin. menjelang hampir tengahari sampai rumah, saya terus ke bilik. online, solat dan tidur. saya terjaga waktu Kili (mentang-mentang pintu bilik tidak berkunci) mengejutkanku, menunjuk-nunjuk telefon tangan saya di sebelah tempat saya berbaring. video saya sedang tidur bermain di skrin. arghhh! nak kena budak ni.

oleh kerana dia segera berlari keluar (takut dibaling dengan bantal) dan saya pula masih mamai-mamai lagi, saya melihat sahaja rakaman itu. dan mahu pula mengulanginya sekali lagi. hehe..

saya tahu kenapa dia tertarik merakamkannya.
saya berdengkur! Haihh.. (--")
ini bukan habit saya ya. keletihan agaknya. atau posisi tidur yang tidak betul.

Dan ya. Mood untuk petang ini agak turun sedikit.

Gajet

sepanjang dua hari ini saya lebih melayari laman-laman web yang menyediakan alat-alat (gadgets) untuk berblog. bersepah-sepah di dalam internet. dan ini salah satu yang saya jumpa.. Live Signature. fungsinya, amat berguna pada mereka yang suka menandatangan setiap entri secara virtual. juga untuk mencantikkan blog anda :)

caranya, pergi ke web tersebut, buat dan dapatkan kod html, pergi ke blog anda (langkah-langkah ini untuk pengguna Blogger sahaja), klik 'settings' kemudian 'formatting'. Pada bahagian paling bawah pada kolum 'Post Template', letak kod html anda dan klik butang oren 'save settings'. selamat berjaya!

Hasil saya seperti di bawah ini ^^. Yeahuuu..

You Might Also Like

2 comments