10 Formula Kejayaan Pergaulan Dengan Orang Ramai

January 18, 2009

NOTES : Telah dipraktikkan oleh Bekas Presiden Amerika - Presiden Lyndon Johnson.

  • Belajar untuk mengingati nama-nama orang lain. Ini membantu menunjukkan yang anda memberi perhatian terhadap seseorang itu.

  • Jadikan diri anda seorang yang mudah untuk didekati.

  • Pelajari untuk menjadi seorang yang sentiasa tenang dan mudah bergaul supaya anda tidak mudah tergugat.

  • Hindarilah sifat ego. Elakkan diri daripada memberi gambaran yang anda mengetahui segala-galanya.

  • Semaikan satu Kualiti untuk menjadi seorang yang berminat mengenai semua perkara supaya orang ramai akan mempelajari sesuatu yang berfaedah daripada pergaulan dengan anda.

  • Berusahalah untuk membuang elemen-elemen "yang tidak elok" pada personaliti anda walaupun sesuatu yang anda tidak sedari.

  • Berusahalah secara jujur untuk memulihkan segala salah faham yang telah ataupun sedang anda lakukan. Ketepikan perasaan negatif anda.

  • Amalkan untuk sentiasa menyukai seseorang sehinggalah anda berupaya melakukannya dengan ikhlas dan jujur.

  • Jangan Lepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang atau takziah kepada sesiapa yang ditimpa kesedihan atau kehampaan.

  • Berikan kekuatan rohani kepada orang lain dan mereka akan menunjukkan kemesraan yang asli kepada anda.


Maaf, saya tidak ingat sumber artikel ini kerana sudah berada lama di dalam draft blogger saya.

You Might Also Like

0 comments