Kamu sudah rindu entri saya?
January 31, 2009Ok-ok, saya update.
Haha. Perasan.
Pertama sekali saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana sekali lagi saya menunjukkan sikap tidak berdisiplin kerana tidak mengupdate blog ini selama 2 atau 3 malam.. Wah, nak baling telur ke tu? Hoho.
Cuti?
Saya mengambil cuti yang betul-betul cuti. Saya juga bercuti dari berdiet. Hasilnya seperti biasa amat memberangsangkan. Selepas ini, satu hal lagi untuk membuang hasil-hasil yang berunsur memberangsang itu. Aduh. Siapa ada pil diet? Bawak sini, saya nak telan 10 bijik.
Kesihatan?
Kulit saya mengalami kekeringan, kesan sunburn yang melampau di Pulau Sayak itu hari. Sekarang sudah beransur pulih-lah sebab hari itu saya sudah ke Klinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan di bangunan kedai belakang C-Mart Changlun itu.
Selebihnya, saya sihat-sihat saja :)
Selamat Hari Jadi
Ini adalah ucapan selamat hari jadi yang terlambat untuk Mr Bob, salah seorang bekas teman lelaki (Haha) di Universiti Utara Malaysia. Semoga berbahagia selalu dan good luck for your future undertaking. Maaf kerana terlambat memberi ucapan.. Alasannya sudah dinyatakan kepada tuan punya badan melalui esemes, harap maklum. Ini tahun terakhir menyambut hari jadi di UUM ye Bob? Atau ini semester terakhir? Will be missing you :)
Ucapan
Kepada Dana, adikku yang yang tersayang dan tergedik, update-lah blog tu.
Kepada Siti Zaharah dan Beatrice Wong, terima kasih sepanjang cuti ini kalian ada di samping saya dan sudi menibai apa saja yang saya masak sampai habis. Hehehe..
Ohya. Ada satu lagi.
Minggu ini topik yang saya ingin bincangkan dan ulas adalah topik tentang CINTA. Tepuk tangan semua. Tepuk-tepuk kuat lagi.. Ok cukup. Apesal tepuk tangan, topik best ye? Haha. Pada sesiapa yang merasakan topik ini memualkan, ok kau keluar sekarang, jangan datang balik sampai minggu depan.
Mau keluar makan.
Da.
2 comments
hehe. sy suka topik cik fina. *tepuk tangan* menarik2. menepati d latest entry sy jugak. (ive juz update mine then nmpk urs pun br update) (:
ReplyDeleteim looking 4wd~
yeayyy.. =)
ReplyDelete