­

OH?

January 13, 2009

Quotes Myspace Comments


Jujurlah.
Ingatkan nak buat projek kecil-kecil saja. Tapi bila sudah banyak usul dan cadangan grand-gitu, ya Allah. Tuhan je lah yang tahu.

Ops. Projek lagi. Haha.
Okaylah. About my assignments.

Ada literature review, ada kena buat kaunseling individu beberapa sesi sekali dengan verbatim report dan rakaman, interview dengan mereka-mereka yang berada di dalam setting penjara, dan pembentangan. Setakat ini, itu saja lah. Tolonglah jangan tambah lagi. Kurangkan boleh. Hehe.

Hari ini, bangun pagi then sambung sampai tengahari (qada' 2-3 hari sebelum ni tidak cukup tidur), mandi, siapkan kertas promosi pengambilan ahli tarian, pergi print-out, dapatkan cop pejabat, dan lekat, kemudian terus meeting ad-hoc Sabah - Untuk Ad-hoc Sabah sahaja sudah ada 5 offer. Pastu makan, balik bilik, malam jam 8 pula turun ke studio blok F, jam 9 bincang dengan timbalan, past timbalan pergi meeting kat kampus dan saya sambung buat perbincangan dengan Huda dan rakan-rakan pula untuk projek karoke sempena pemasyuran (permasyuran?). Malam ni dapat 3 offer untuk hantar penyertaan. Satu projek pada bulan 3, dua projek pada bulan Februari. Oh. Itu baru 3. Yang lain banyak lagi. Kemudian bincang dengan salah seorang Emtee Kelab Perniagaan Antarabangsa untuk buat projek usahasama semester hadapan. Yang ini masih bawah perbincangan lagi.

Even jam satu pun sempat lagi ada perbincangan tentang projek J-Robik Ahad ni dengan Kak Akmar dan Nana.

Wow. Sangat padat.


Err..
Saya teringat-ingat akan assignment. Kerana, percayalah. Buat assignment lebih seronok dan simpel.
Dan oh.
Boyfriend saya.

You Might Also Like

0 comments