­

Award Dari Kakak Seri

February 03, 2009



Pukul 1.30 pagi tadi baru balik bilik selepas bincang tentang projek dengan timbalan. Terus online dan telah menerima satu mesej melalui shoutbox saya itu. Saya dapat award dari kakak Seri yang comel lote itu. Terima kasih lah kakak Seri, sebab bagi award ni. Siap hantar surat jemputan lagi. Terharu saya menerimanya.

Inilah first time saya letak sangkut frame award di blog ini. Bukan tidak pernah ada yang bagi award, tapi kebanyakan si penulis-penulis blog menjadikan nilai award itu kelihatan murah dan mudah. Kenapa? Mari kita tengok ayat ini. Warning : NO OFFENCES.

"Terima kasih kepada Encik 100 Plus kerana memberi award ini. Award ni saya nak beri kepada rakan-rakan yang tersenarai dalam blog ni dan juga kepada yang singgah ke blog ni, tempeklah award ni dalam blog anda ye".

No offences, mind you.

Award means anugerah. Anugerah samalah maksudnya dengan hadiah. Bayangkan dalam Anugerah Juara Lagu contohnya, pihak AJL beri anugerah yang sama sahaja kepada semua artis-artis yang ada. Jadi apa bezanya artis yang lebih banyak contribute, dengan artis yang kurang contribute dalam bidang seni suara? Macam-macam akan jadi. Artis perasan cantik. Perasan hot. Artis perasan nyanyi sedap. Dan segala macam perasaan yang terhasil dari benda yang fake semata-mata. Kesian. Jadi jangan beri sebarangan ya. Takut nilai penghargaan itu semakin rendah.

Datuk Shah Rukh Khan? Kohkohkoh.

Pada pendapat saya, adalah lebih kelihatan ikhlas dan meaningful jika kita jadi lebih dedikated. Bagaimana? Jika dia memang betul antara blogger paling berwajah cun, maka sesuailah award itu. Jika tidak? Tolong. Jangan. Nanti ada yang perasan. Haha. Saya tahu setakat mana kontribusi saya dalam blog Kakak Seri. Jadi saya terima award ini seadanya.. Hehe. Tumpang lalu kakak Seri..

Err.. Drama Queen ye kakak? Nanti letak satu entri yang menjelaskan mengapa kakak Seri meletakkan nama blog kakak Seri sebagai Drama Queen, boleh? Eheheh.. Orang dah bagi appreciation, tapi aku pergi buat request mengada-ngada pulak. Tak kenang budi langsung. Ampun kakak. Lariiiiiikkk..!

You Might Also Like

2 comments

  1. 'Elevator Thoughts' adalah blog pertama yang saya ikuti setelah mengenali blogspot.. (awww.. sedikit ketinggalan..) Selepas itu diikuti oleh Mr. Hyuugga (Things Change) dan mereka berdua adalah penyumbang besar dlm pembangunan blog saya hingga kini...

    Sungguh! saya amat menghargai mereka
    Terima kasih dan selayaknya Fina mendapat 'anugerah' tersebut!

    ReplyDelete
  2. seri,

    ok sekali lagi terharu T____T
    nak tarik encik hyuuga nak terharu sama2. haha

    ReplyDelete