H.E.C.T.I.C
February 06, 2009Hari ini agak hectic. Bangun pagi then bersiap ke Mega Aerobik anjuran Biro Sukan dan Rekreasi DPP Bukit Kachi 2. Kemudian balik bilik terus mandi dan bersiap ke Changlun pula, untuk ambil contact lens yang saya tempah hari tu. Pergi dengan Beatrice dan Yan. Jalan-jalan sampai hampir maghrib kemudian balik kampus. Bersiap pula ke meeting jam 8.30 malam. Pergi dengan Beatrice sebab dia juga kebetulan ada group discussion jam 9 malam. Sampai sahaja di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP), terus ke bilik mesyuarat PBS. Meeting tentang projek Festival Zapin Kontemporari. Sebut tentang tarian, of course budak-budak Bidasari jadi AJK program tu. So terjumpalah dengan mereka-mereka yang sudah lama tak nampak. Kak As (Staf PBS), A'an, Aina, Baya dan lain-lain yang kurang berapa ingat nama tetapi muka tersangatlah familiar itu. Haih, bila lah aku sekali lagi boleh aktif dalam Bidasari ye?
Ye, ye. Of course lah waktu saya sudah habis kontrak dengan JPMDPP.
In between, banyak yang terjadi tapi tidak perlu lah rasanya untuk diceritakan. Aik, mau juga? Begini, semalam saya akhirnya berjaya memakai contact lens berwarna perky entah itu setelah beberapa kali mencuba dan menangis. Freshkon brand. Sewaktu berjalan-jalan, saya beli dua baby-T. Black colour. I don't know why but i love black shirts.
And for your information, my external hard disk rosak. My RM23o external hard disk.. T___T
And my bro, Kili, should be responsible about that.
Paling akhir, meeting dengan penari kolej. Tegur tentang beberapa perkara yang agak tidak berapa nak kena di mata dan hati ini. Kan, Fina ini walaupun dalam diam dan sibuk, akan tetap memerhati.
Noktah.
0 comments