Mandi cara songsang

March 05, 2009

Mandi cara songsang. Biasanya ramai antara kita yang mandi bermula dengan menyiram bahagian kepala bukan? Tadi saya ke sini meninjau-ninjau entri terbaru beliau lantas tertarik dengan topik beliau kali ini. Mandi dengan cara yang dimaksudkan itu adalah macam ni - menyiram bahagian kaki dahulu, kemudian secara berperingkat, sampai ke bahagian kepala.

Saya antara mereka yang mengamalkan cara mandi seperti ini (kecuali waktu mandi wajib) setiap kali mandi sejak saya di tingkatan tiga atau empat lagi. Hingga sekarang. Dah tak ingat dari mana saya mendapat pengetahuan itu, tetapi sejak mengetahui petua itu, saya memang percaya bahawa mandi dengan cara itu adalah antara petua kekal awet muda, kerana saya melihat itu adalah perkara yang logik dan boleh diterima akal.

Sampai di sini, saya di ajar pula bahawa mandi macam itu boleh mengurangkan demam waktu kau sedang demam. Ikut pengalaman, macam tidak berkesan tapi kalian bolehlah cuba.

Namun hari ini, saya mendapati bukan semata-mata sebagai bahan pengawet (Aik?), malah ada banyak lagi faedahnya..


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN

Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN SEGAR.
Mengembangkan salur darah otak - Menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap :

  1. Kesihatan yang maksimum.
  2. Mengurangkan tekanan yang telah dihasilkan oleh otak.
  3. Melancarkan perjalanan darah.
  4. Menjadikan pengamal semakin pintar
  5. Meninggikan daya ingatan
  6. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  7. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  8. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  9. Memiliki daya ketahanan mental
  10. Menambahkan semangat berani
  11. Menguatkan gusi dan gigi ...Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.


Semuanya. InsyALLAH.

You Might Also Like

3 comments

  1. betul tuh. nenek i pun bgtau benda ini...
    elok la amalkan...
    no wonder u awet muda...

    ReplyDelete
  2. selalu mandi camni...
    bagus!...
    xD

    ReplyDelete
  3. fakir andalusia,

    lor awet muda ape, sy mmg masih muda. mane tua lg.
    gahaha
    ni pnjagaan utk hari tua kelak.
    jom buat selalu. baik utk lelaki neh :D


    Eazy,

    sape? eazy ke?
    bgos2 :D

    ReplyDelete