Aku bukan untukmu.

April 08, 2009

amaran. entri ini ditulis oleh Fina waktu otak tak berapa nak betul.

Lagu Kenangan Terindah – Samsons.

I am the girl who still look back even if everything’s over. I’m the one that would never forget those who touched my heart so deep inside. Saya tidak mudah berputus harap. Mudah melupakan kesalahan orang lain sampai boleh terlupa. I’m the girl you can always fool on to, I’m the girl who can find the best in you even if everyone else saw the worst in you. I can be your dreamgirl (if you’re a boy). And your worst dream ever.

Saya.
Saya semakin tahu menerima kenyataan. Sudah tahu tidak semua yang kita mahu akan kita perolehi. Mengerti yang cinta tidak mesti memiliki. Percaya percintaan juga perlu pengorbanan. Cinta bukan pentingkan diri.

Tiada mangsa. Tiada pemangsa. Masing-masing merelakan dalam paksa. Dia terpaksa, aku pula berfikir yang aku tidak boleh terus begini – mementingkan diri. Aku jadi perempuan bodoh yang tidak berdikari sepanjang bersamanya. Dia terlalu memanjakan. Terlalu mengikut kehendak ini. Terlalu mudah dipaksa. Terlalu menyayangi. Ya. Salahnya kerana terlalu menyayangi.

Bodohnya kau Fina. Pernah ke ada orang salahkan orang lain sebab orang lain itu terlalu menyayangi?

Pernah.

Aku mencintainya. Aku sangat menyayanginya. Tiap kali mata ini terpejam, hati dan fikiran tertumpu pada dia. Air mata ingin merembes semahunya tapi hati mengawal sedaya upaya. Kalau tidak, meraung-raung aku dalam bilik JPM ini. Elok-elok orang tengok macam sedang buat assignment, tiba-tiba meraung macam koyak kulit kepala pula. Tambah pula satu lagi isu panas. Tajuknya, ‘Kak Fina Resign JPM Sebab Gila’.
Ya Allah, maafkan hambamu yang lemah serba serbi ini. Memang nyata mudah sahaja hati ini dipengaruhi bisikan-bisikan berbau duniawi..

Malam ini bulan mengambang. Malam yang cerah, tetapi mendung. Mudah saja meluncur perkataan keramat lagi pedih itu dari mulutnya. Tidak pernah. Sebelum ini tidak pernah. Bukan kehendak aku melukakan hatinya. Dia tidak pernah ada tanda mahu melepaskan aku. Tapi malam ini, segalanya berubah.. Fina, inilah kesan provok kamu. Tahniah. Kamu berjaya. Anugerah Provok Paling Disesali goes to........ Fina!

Kalian tidak tahu apa yang aku lalui tadi.

Semalam aku langsung tidak tidur. Selepas azan Isyak tadi baru aku tidur. Bangun semula pada pukul 11 malam. Jam di mana segalanya bermula. Ketidakcukupan tidur – mungkin itu antara sebab otak ini tidak well functioned.

Ah!

Lunch tadi agak lewat. Pukul 3 baru habis menibai. Makanan dari DPP Proton. Murah-murah. Selepas itu, pergi ke rumah Encik Joe, tolong-tolong sebab malam ini ada barbeque. Tapi aku sampai pukul 8 malam saja, lepas tu aku balik tidur.

Pukul 11 malam.

Sayang buat ape?
Baru bangun.
Kepala Abang sakit la selepas bangun tidur tadi.
Nanti rehatlah.. Katne ni?
Kat cafe. Beli burger. Mana leh rehat. Report projek kena siapkan awal. Takut tak ada masa nak study pula.
Lama lagi? Ayang jap lagi turun.
Cafe YAB Sayang.
Oh.. Em. Oklah jaga diri. Night. Salam.
Tak apelah kalau tak nak mesej. K. Night.
Jadi ke datang tadi?
Jadi. Tu yang ada tambahan kerja.
Kenapa langsung tak mesej yang abang kat sini??
Aik. Ayang kan tidur ayang cakap tadi?
Mesej je la. Tak bleh???
Sorry la. Abang kan dah tanya tadi. Ayang nak kunci ke, tapi Ayang tak respon pun dengan jawapan.
Bagitau la yang Abang dah kat sini. Ni langsung tak cakap. Memang langsung tak ingat ke? Takpela ek. Saya memang takde hak. Lupa.
Sekarang ni ber’Ayang-Abang’ pun rasa macam tipu je. Rasa macam plastik semata-mata. K.
Adui. Taklah macam tu. Ayang kan cakap Ayang tak sedap badan?
Apa? Sape cakap? Juz mengantuklah! Pandai-pandai tambah statement.
Semua rasa macam tipu dah i’m sorry. I really cannot. Dah tak boleh. I can’t love you anymore.
:(

Ok. Ayang nak sangat kita break kan. Kita break je la. Abang tak akan kacau Ayang lagi. Apa-apa pun minta maaf banyak-banyak. Good luck exam.

You Might Also Like

3 comments

  1. p/s: jgn emo smpai tahap begitu cik fina. hope u guys akan ok soon. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete