Off to Pekan Ranau
May 30, 2009Kursus masak-masak ditangguhkan ke tarikh lain. Bila? Kurang periksa. Jadi agenda hari ini adalah menemani ayah membawa kanak-kanak bersuka ria yang taktau suka ke tak. Dana dan Pipie. Dana dah form two tapi pedulik apa dia masih budak-budak. Wakaka. Kalau bukan Kolam Air Panas Poring, jangan harap nak tengok budak-budak Ranau yang bercitarasa tinggi dapat ultimate excitement mereka. Kalau dah pergi selalu pun boleh busan jugak. Untuk dewasa? Gunung Kinabalu of course :) Selain dari keindahan alam semulajadi dan hawa dingin (sekarang tak berapa nak dingin dah), Ranau have not much to offer you. Juga sama sekali bukan syorga membeli belah. Ranau ialah sebuah pekan, yet a big pekan. What more can you expect. Bukan bandar pun. But, what i like the most is, ketenangan dan keamanan di sini. Mungkin juga sebab ini tanah tempat saya dilahirkan.. :D The people is so nice and very berterus terang pardon me tak ingat apa berterus terang dalam inggeris oh baru teringat - very straight forward hahaha (as most of sabahan ARE) and for me, that makes a better living. Okay back to story. Menemani ayah membawa kanak-kanak bersuka ria yang taktau suka ke tak. Dana dan Pipie. Mama pergi kursus (maklumlah orang busy..) jadi tak dapat join. Adi macam biasalah, mengeram telur kat sarang (bilik) dia. Hahahaha!
Damn hot. Cuaca panas. Selepas pembangunan demi pembangunan, sedikit sebanyak telah wujud perbezaan cuaca berbanding tahun-tahun dulu. Ranau dah tak macam dulu. *Sigh*


0 comments