­

Kondisi badan tidak begitu baik.

July 21, 2009

Sangat berbangga hari ini kerana pergi kelas malam (- -")

Tunggu jap. Bukan selama ini asyik memonteng tapi sebab hari ini kesihatan tidak begitu stabil. Hell lah kepala berat badan rasa terhuyung-hayang namun syukur mampu lagi dikawal. Kalau tidak, pitam di tempat kejadian.

Sangat berterima kasih pada Pak Abu sebab bagi balik awal malam ini (mungkin sebab air-cond kat kelas rosak(?) jadi persekitaran pembelajaran kurang kondusif). Kelas sepatutnya habis pukul 11 tapi diawalkan sejam. Diulangi, diawalkan sejam. Heaven. Saya melangkah dengan lajunye tapi dengan berhati-hati (sebab kondisi badan yang kurang baik) meredah kepekatan malam dan hujan lebat (ok hujan renyai saja dan malam taklah pekat sangat pon sebab lampu tepi jalan pasang kahkah). Dalam bas, mata ditutup rapat-rapat tapi otak berjalan ligat. Ok saya TENSION. Help.

Bila fikir balik, bukan buat apa sangat hari ni. Believe me. Duduk dalam bilik dan keluar sekejap pergi makan. That's all. Oh mungkin sebab hari ini tidak cukup minum air (air masak please) dan campur dengan t.e.n.s.i.o.n.

Sampai kolej terus ke kiosk Abang Apai tapi 100plus sudah habis. Terliur melihat air mineral yang bersusun dalam rak. Tapi panjang pula barisan kat kaunter. Niat batal. Plan B, ke bilik JPM. Pergi minum air dalam gelen milik saya tak tahu air masak ke tak bersih ke tak (lepas minum baru fikir tapi diyakini bersih) kemudian balik bilik, tukar baju dan basuh muka. serta err.. online. Menyesal sekejap sebab tak bawa gelen tu naik je tadi.

Tak cukup air. Ini mungkin adalah penyebab berlakunya kejadian pening-pening lalat. Sila take note. Jangan buat kesilapan macam yang saya buat.

Sekarang ni, ahamdulillah kalau duduk, agak ok la juga.. But I still need rest.

Nak tidur. Tolong doakan saya nyenyak malam ini dan sihat kemudian hari.
Terima kasih..

You Might Also Like

3 comments

  1. cepat2 sembuh tau????
    banyak2 kan rehat...
    hmm..makan kene jaga...
    esok lusa sure sehat blk...

    take care and get well soon!!! :D

    ReplyDelete
  2. jgn lupa minum air masak,fina. get well soon. malam2 suh awk mnum air masak.saya pun haus juge..

    ReplyDelete
  3. Akmar Anuar,
    =( hari ni kelas full. will only can have full rest after my night class owh. thank God khamis-sabtu takda kelas. insyallah akan sht balik lepas tu. anyway, tq!

    nur.sa,
    baek bos! ngehehe.. lepas ni kalau fina tak cukup 10 gelas air masak tiap hari, sila denda dia. hehe =P

    ReplyDelete