Nak masuk hutan kena bawa apa lagi ek??

July 07, 2009

Baru pulang dari Jitra.

Lepas tengok wayang (cerita Ice Age 3), pergi cari seluar. Dan beli sampai 4 helai (- -") 4 helai baru RM100 lebih, kira murahlah sebab beli yang berbrand. Less banyak sampai 50%. Sayang tak beli beb! Lepas ni habis lah kena marah oleh ayah. Syhh jangan gitau okek. Beli banyak pun sebab khamis ni nak masuk hutan Sedim. Yehuu! Lain-lain keperluan ke Sedim ialah kasut hiking campur stokin 3 pasang RM70 lebih (tak ingat exact amaunt), beli selipar tandas (sakit hati okey selipar katak yang baru dibeli beberapa hari hari tu hilang macam tu je), beli torchlight, lampu meja belajar, topi (bila nak pakai entah), tuala mandi besar dan kecil (kecil tu untuk travelling purpose disebabkan sekarang ni saya banyak travel), dan benda-benda kecil lain.

Lastly, beli kek. Untuk pengetahuan anda, 4hb Julai lalu adalah hari lahirnya yang ke-24. Saya sengaja tak ucap. Ingat nak give him some surprises, tapi Ya Allah, sukar sangat nak bagi lelaki ini untuk gembira dan senyum sekarang ni. Masam je. Marah-marah je T____T Sensitif je. Mungkin juga sebab saya tak wish birthday kat dia. Ok my bad. Cemburu dia semakin melampau. Keluar dari Cmart Changlun tadi (dalam tu ada kedai kek jadi tak nampak sangat kalau nak sembunyi-sembunyi beli, lagipun banyak barang beli tadi) abang langsung tak perasan ada kek sekali kat tangan. Tak obvious sangat kotak kek tu sebab kotak tu bersegi-segi. Lawa. Ingatkan nak bagi surprise time dah sampai dah, then Abang marah-marah dalam perjalanan balik sebab hairan kenapa saya request dia stay lagi kat DPP saya jap. Saya cakap la saya nak bagi barang. Dia cakap, bagi je la. Tak payah nak parking-parking. Saya yang tak reti nak menipu lagi pun jujur je jawap, yang saya nak bagi kek. Tadi waktu nyalakan lilin, saya cuba cipta suasana romantik, namun hampa sahaja. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. See, susah lah abang Jijul korang ni. He's so hardddd.. Susah nak bagi surprise ka apa. Dia campak keluar kek tu dari tingkap kereta pun tak mustahil T______________T

Gara-gara barang-barang semua ni lah saya dan Abang sempat bergaduh. Sebab apa? Sebab dia asyik tanya-tanya saya nak beli apa (padahal dah bagi tengok list yang saya nak beli) walaupun saya tahu tujuan sebenarnya ialah baik. Dia nak tolong cari jugak kot. Biasanya macam tu. Kemudian membuat perangai annoying iaitu mengikut ke mana sahaja saya pergi. Sampai hilang mood nak bershopping. Sampai dia balik kereta dan tunggu saya habis shopping sejam setengah (sejam setengah tak cukup okey tapi terpaksa hurry-up sebab kesian kat dia) kat dalam kereta tu. Later on baru saya tahu kenapa dia ikut-ikut kat belakang macam orang kena tarik tali. Dia nak tolong angkat barang sebab takut saya tak larat nak angkat T____T Terharu, tapi membuat saya rasa macam tak berdikari.

"Tidak payahlah risau sangat pasal Ayang. Pandai-pandailah Ayang." Kata saya. Sebelum ni boleh je buat semua tu even takda yang tolong.
"Jadi kenapa ajak keluar ni?"
Saya : ???? Tak paham apakah kaitannya tapi memang betul la saya yang ajak keluar hari ni. Kalau ikutkan dia, dia nak keluar hari Sabtu akan datang tapi sebab saya kena beli kasut dan lain-lain untuk bawa masuk hutan nanti Khamis ini, so pergi awal.

Moralnya di sini :
  1. Perempuan kalau shopping, jangan kacau. Sama macam lelaki tengok bola. Jangan kacau.
  2. Cuba ajak lelaki shopping sekali kadang-kadang sebagai ujian mudah samada lelaki tu sanggup berada di sisi anda waktu susah atau senang.
  3. Kalau si dia nak ikut, biar dia ikut. Tak payah suruh dia main jauh-jauh kerana percayalah, kalau dia taknak, dia tak ikut. Kalau dia ikut, means dia masih setia ada di situ untuk anda tsk tsk tsk
  4. Senang cerita, jangan ajak BF pergi shopping. Bawa je your girlfriends kerana wanita jugalah yang memahami wanita. Kalau tak boleh juga, pergi sorang-sorang. Lagi mudah kan? Saya prefer shopping sorang-sorang (- -")
But, he had changed a lot. Kalau nak sebut pun memang tak terkata (see, bukan setakat tak terkira, tapi juga tak terkata), jadi abaikan semua yang pernah saya ceritakan pada kalian sebelum ini tentang dia. He's totally a different person now. Haih.

Erm. Semalam Trexx kena food-poison (padahal makan semalam sama-sama dan Dayah makan makanan yang sama dengan Trexx sedangkan Dayah takda apa pun). Semalam juga pergi PKU buat check-up dan kena bagi emergency treat. Sebelum tu ingatkan tak berapa nak sakit sebab dia pun macam main-main je ulang perkataan 'Tolong saya' secara berulangkali dengan slang ala-ala orang putihnya jadi kedengaran agak lawak. Boleh pulak saya fikir macam tu (- -"). Lepas tu dia muntah-muntah baru semua menggelabah. Dayah panggil felo bertugas (Encik Uda) lepas tu Dayah dan Yulie teman Trexx pergi PKU. Lepas balik kolej tadi dan selesai majlis sambutan hari jadi yang meriahlahsangat, terus ke bilik JPM hantar lebihan kek. Chocolate Blueberry okey. Favourite. Tapi tak makan sangat kek-kek ni. Sikit cukuplah. Tengok Trexx dah okey dah sikit. Alhamdulillah.

About Amy pula. Waktu tengah dalam panggung, Yulie dan Fie mesej bagitahu yang opah Amy telah meninggal dunia hari ni. Now Amy dah dekat seminggu emergency leave ke Perak sebab tengok-tengok opahnya yang tengah sakit. Baru semalam Dayah cakap opah Amy dah okey dan dah keluar hospital pun, but now dengar khabar pemergiannya pula. Amy cukup sedih sebab dia bagitahu dia rapat sangat dengan opah dia. Sabarlah Amy, ajal maut di tangan Tuhan. Sedekahkan al-Fatihah selalu.

Merujuk kepada entri INI, bukan bisnes saya okey, saya tolong promote je T_____T.

You Might Also Like

10 comments

  1. wishkn hepi belated besday pd Papa Jijul ehh ;)
    tp kn cian sgt kt Mama fina sbb tak berjaya wat surprise!takpe2..blaja lg cara membuat surprise yg bto2 surprise..huhuu..

    ReplyDelete
  2. Fiza,
    ok ah nanti blaja. Huhuhuhu. birthday wish tu nanti sy sampaikan :)

    ReplyDelete
  3. tu soalan ke?ok.kalo sy, sy selalu bwk tudung masuk utan tu. ahah. tudung cotton yg corak2.coz senang xperlu riso kalo kedut pon.=)

    anyway, sedim memang bestt!

    ReplyDelete
  4. ish...food poisoning..sekarang die da btol2 ok ke??

    ReplyDelete
  5. shopping ngan pompuan adalah satu penyeksaan.
    dats y aku tak kuar shopping ngan awek..

    ReplyDelete
  6. 'Cuba ajak lelaki shopping sekali kadang-kadang sebagai ujian mudah samada lelaki tu sanggup berada di sisi anda waktu susah atau senang."


    fakta ni memang tabley bla....

    ha ha ha ha

    ReplyDelete
  7. nur.sa,
    betol betol. pastu mesti yang kaler gelap kan? ngehehe :P ni first time masuk sedim ni. huhu

    ReplyDelete
  8. Akmar Anuar,
    dah ok dah kot. taktahulah, saya sendiri tak pernah kena foodpoisoning neh.. tp tengok macam dah elok =)

    ReplyDelete
  9. sHaH
    kalau kau penyabar, bolehlah join saya shopping sekali. nak? haahahah

    ReplyDelete
  10. StingRay
    kalau takleh blah, tak payahlah blah. duk sini diam2 je. kekekeke

    ReplyDelete