­

Sedim, here I come! Part two.

July 09, 2009

Baru kejap tadi publish satu entri. Ni saya datang lagi membawa satu entri. Tak guna. Hahahahahaaha. Eh tak lawak pon.

Baru selesai mengemas barang. Err, sebenarnya, menyumbat. Sebab malas nak fikir nak bawa apa. Semua tshirt hitam, semua seluar track, tuala kecil, topi, bantal kecil, selimut termasuklah benda-benda kecil dan penting macam ubat-ubatan, torchlight, tisu basah, bateri tambahan untuk torchlight, gunting (eh ada jugak haha) dan pin. Ya Allah, untuk apa pin tu saya sendiri tak tau. Tapi rasa macam wajib je bawak. Ihihihi.

Hasilnya, penuh satu beg. Penuh dan padat. Kawan-kawan, esok, kalau beg ini beg paling besar antara kawan-kawan semua, sila jangan tegur. Diam cukup kang nanti histeria di tempat kejadian T__T

Menggelabah sekejap tadi sebab lupa kat mana letak lenses. Abis ah. Torchlight pun dah tak guna kalau lenses takda T____T Lepas tu, jumpa. Kat timbunan buku-buku (ceh). Maklumlah. Bilik tak habis kemas lagi (- -")

Persediaan? Hotaklah. Takda persediaan apa-apa ni selain persediaan dari segi material. Cuma berharap pada latihan-latihan tarian dan senaman waktu bercuti selama ini sebagai latihan fitness. Emosi pun tak berapa nak seimbang tapi takpa, cuba k cuba. Macam panik SIKIT beberapa jam lagi kena masuk hutan. Teruja sangat-sangat sebab benda tak pernah buat. Jungle tracking dan macam-macam aktiviti lasak lagi. Rafting, abseiling, flying fox,.. (ayarkk tak pernah buat. serious satu-satunya sport yang saya buat adalah menari T__T itupun jika menari dikira sebagai sportlahkannn) Eh jungle tracking tu macam pernah tapi dah lama. Waktu sekolah rendah so takleh la nak compare standard modul jungle tracking untuk kanak-kanak dengan modul jungle tracking untuk orang dewasa. Kot.

Apapun, sebelum pergi, marilah sama-sama berdoa agar program ini akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang, dan saya berharap makanan yang disediakan adalah sedap-sedap dan paling penting adalah, MENCUKUPI. Tak cukup, susahlah. Hahaha =P Anyway, dah selesai dah packing. Hope takda yang tertinggal. See you all this Saturday :)

You Might Also Like

4 comments

  1. kalau beg ini beg paling besar antara kawan-kawan semua<--haha..org jarang masuk utan of cos akan punya beg plg besaq.

    hey,nak ikot.windu gler nk buat seme xtvt tu.Rafting, abseiling, flying fox,..water confident skali..huhu.

    ReplyDelete
  2. take care sayang..
    enjoy ur day ;)

    ReplyDelete
  3. nur.sa,
    so nampak obvious sangat sy tak pernah masuk hutan T__T

    fiza,
    hehe.. dah balek dahhh.. :)

    Eazy,
    hello =)

    ReplyDelete