Pantun JPMDPP SME Bank oleh Yulie

August 01, 2009

Assalamualaikum pemula bicara,
Santun bahasa tersusunlah kata,
Ini cerita yang tiada tara,
Ahli JPMDPP SME Bank kita.

Kita mulakan dengan presiden,
Noor Faiza Asmon nama diberi,
Elok perangai tak banyak action,
Berasal dari Kota Tinggi.

Duduk kat Baling study kat hutan,
Timbalan presiden dia punya peranan,
Penuh dedikasi adik-adik dilayan,
Hidayah Mdshukri si anak perawan.

Naib presiden dia punya jawatan,
Lembut bicara tak banyak tegur
Bakal presiden dimasa depan,
Nur Suraya Amir dari Selangor.

Budak kaunseling asal Kelantan,
Pergi ke kelas naik kereta,
Setiausaha kami yang banyak tanggungan,
Shella Suhana tak banyak kata.

Timbalan Shella single statusnya,
Nur Afni Aripin student Pelancongan,
Komited dalam setiap tugasnya,
Dipandang boleh dipikat jangan.

Anak kacukan Cina dan India,
Ong Swee Lian yang elok rupanya,
PKK jawatan si budak Melaka,
Jangan tak tau dia sudah berpunya.

Dari Ranau berbangsa Dusun,
Exco BKK tak rasa terbeban,
Pelbagai tarian kreatif disusun,
Hasnie Falina pemilik gerangan.

Daerah Kuantan negeri Pahang,
Warna Biru jadi kesukaan,
Timbalan Kak Fiena bukan calang-calang,
Nor’ Inzzati yang tak suka tarian.

Jennyfah Justin nama diberi,
Exco BIP baru jer naik pangkat,
Tak lokek orangnya suka memberi,
Ayat hiperbola buat kami teringat-ingat.

Intan Syufinaz tak suka melawan,
Rumahnya kat Jitra negeri Kedah,
Exco BLA yang banyak pengalaman,
Suka ketawa tak bleh blah.

Lain kisahnya dengan Nur Fakhira,
Kecil orangnya dan gila-gila kelakuan,
Suka membantu tak pernah berkira,
Itulah kisah timbalan si Intan.

Hajjarul Nabilla berkaca mata,
Exco BKP dia punya posisi,
Buat kerja tak banyak kata,
Sensitif orangnya penuh dedikasi.

Kisah seterusnya tentang si dia,
Mugiliswary suka bergurau,
Manis orangnya si anak India,
Timbalan si Nabil yang buat orang angau.

Bola Jaring dia punya kegemaran,
Duduk kat Perak asal kat Kedah,
Exco BSR jadi bebanan,
Emelia Zamuddin tak suka melatah.

Semak dan belukar semua diredah,
Lasak orangnya halus jiwanya,
Siapa lagi kalau bukan si Nur Athyrah,
Timbalan si Amy yang belum berpunya.

Juwita Qadarsi dari Palembang,
Baru naik pangkat tak ada timbalan,
Exco BPKS yang suka menyembang,
Sentiasa senyum bila berjalan.

Perasan cute suka berangan,
Maklumlah jawatan Exco Keusahawanan,
Yulie Nurafnie penuh gurauan,
Kerja keras tak harap pujian.

Timbalan si Yulie manis dimata,
Asal dari negeri Sembilan,
Sopan bahasa tutur dan kata,
Norhazliza haniff empunya badan.

Sekali pandang ku sangka cina,
Dua kali pandang oh rupanya si ika,
Exco BPKOM sengal budaknya,
Nama penuhnya Siti Zulaikha.

Comel mukanya bila ketawa,
Timbalan si Ika yang banyak jasa,
Nama kat ic Nurul Nadia,
Walau dikritik tapi tetap setia.

Sekian dulu puisi ku madah,
Panjang umur ku sambung cerita,
Kalau tak suka jangan la marah,
Siapa yang suruh gatal nak baca?

Sumber dari blog STUYZ87
Waktu cuti H1N1 itu hari (suka hati je namakan cuti H1N1 T__T), hanya saya dan Yulie menjadi penghuni tetap di bilik JPM. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Begitulah. Kecuali waktu makan. Yulie akan cakap : "Kak Fiena..", (kenapa diorang spell my name dengan Fiena bukan Fina? Err Fina, adakah ejaan itu akan mengganggu pronunciation? Err tak. HEHEHE) Sambung balik tadi. Yulie akan cakap, "Kak Fiena, adakah akak merasa apa yang saya rasa?". Kak Fiena pon menjawap : "Lapar?". Lepas tu terus tinggalkan laptop sekejap bangkit gigih tanak nasi lepastu kupas dan potong bawang besar bukak tin sardin panaskan minyak ok ok kak Fiena we get it. ANDA MEMASAK. Hahahaha.

Pantun ini (saya selalu tersilap sebut sebagai seloka tak tahu kenapa) karya Yuliecute sejak bile tah ade perkataan cute kat nama Yulie hahaha sebab Zetty kata Yulie cute eh bukan Zetty cakap tapi Yulie yang cakap dia cute Eh.. anda tak paham tak apalah T__T Apa yang penting (bukan kerjasama. Tak habis-habis dengan kerjasama kartun wonderpets kau), pantun ini karya Yulie dan salinan hardcopynya ada di papan kenyataan dalam blog JPMDPP eh silap, bilik JPMDPP da.. Ni la kerja asyik membelog-belog saja tsk

Yulie adalah salah satu JPMDPP sisters juga. Entri pertama dia adalah pada 8 Julai 2009 dan ini blog dia http://yuliezzz.blogspot.com/ Sebelum klik, HATI-HATI. Blog dia akan membuat anda sentiasa berfikir *winks*

Sila cari yang mana satu saya dalam pantun ini.

You Might Also Like

4 comments

  1. yulie blog not bad!awsomenesss........

    ReplyDelete
  2. Wah, bagus bagus bagus. Ada member untuk pantun. Dulu masa chatting, pernah buat pantun untuk bebudak chatting room Uniten. Opsss, terkantoi student Uniten plak. :P

    ReplyDelete
  3. kan? kan? kan? should tell yulie. hehehe

    ReplyDelete