TUTORIAL JS-Kit

August 02, 2009

Hai semua rakan-rakan Facebook dan juga rakan-rakan pembaca belog (saya sebut rakan-rakan Facebook juga sebab rakan-rakan Facebook DO read this love note termasuk nota-nota cinta saya yang lepas-lepas, tapi dapat baca perenggan pertama sajalahkuangkuangkuang jadi rakan-rakan Facebook kalau nak baca habis sila terus ke belog http://sufilara.blogspot.com okey? SEMPAT MEMPROMOTE!). Anda berada di sini kerana anda ingin tahu tentang sistem komen yang saya gunakan sekarang betul tak? CAKAP YA SEKARANG JUGA jika tidak anda dilarang membaca habis entri ini. Haha tak saya tak bergurau. Sebab entri ini sumpah membosankan.

Anyway, anda pun mesti pelik kenapa tiba-tiba Kak Fiena guna khidmat komen dari website lain bukan? Saya guna sistem komen yang ini sebab :
  1. Saya sukakan pembaharuan DAN mahukan sesuatu yang lebih advanced
  2. Saya sudah lama mencari coding untuk widget reply-comment just like in Wordpress.. tetapi diberitahu yang ia mustahil dan orang itu pon mencadangkan saya pakai sistem komen yang khas untuk blog yang ada di pasaran ; macam JS-Kit, IntenseDebate, dan Disqus. Saya pilih JS-Kit just because itu adalah nama yang paling awal dia sebut. HEHEHE
  3. Sebab saya tahu, komen-komen dalam setiap entri saya sepanjang saya menggunakan JS-Kit TAK AKAN hilang walaupun jika saya uninstall JS-Kit dari blog ini. InsyALLAH tak hilang dan saya tak mahu mereka hilang sebab saya suka semua komen-komen pembaca saya.
  4. Itu saja.
Trust me, saya masih tak fasih sangat dengan function commenting JS-Kit ini tapi entri ini adalah untuk menjelaskan serba sedikit yang saya faham tentang sistem komen ini.

Bagi anda yang ingin mengomen entri saya (tiada unsur paksaan) ini mungkin berguna pada anda.

Basic section : Terbahagi kepada dua kotak iaitu Comment-Item (Item Komen) dan satu lagi adalah Comment-Form (Borang Komen). Ini adalah Borang Komen asal sebelum anda mendaftar :


Sila perhatikan Comment-Item terlebih dahulu.

COMMENT-ITEM

Ini adalah langkah pertama yang anda harus buat. Paling atas sudut sebelah kanan anda (macam yang dalam gambar di atas), bagi first user, terdapat perkataan 'Admin' bukan? Saya tandakan dengan kotak merah dalam gambar. Sila klik perkataan 'log in' dan akan ada authentication form dan senarai akaun-akaun yang mungkin anda berhasrat untuk gunakan sebagai identiti anda dalam sistem komen saya macam ini :

Jika anda seorang blogger, guna sajalah akaun blogger anda. Atau kalau mahu gunakan akaun Yahoo!, Facebook, Twitter atau apa sahaja yang ada dalam senarai, adalah dibolehkan. Atau lebih senang lagi (dan saya sendiri galakkan), gunakan url (http://) anda dengan mengelik 'blogspot URL' macam ini :


ATAU


Ikut step-step seterusnya. Dalam masa tak sampai setengah minit pun boleh siap. Selepas itu Comment-Form yang tadi macam tidak memberi apa-apa makna itu akan transform menggunakan akaun yang anda guna untuk register tadi (sila jangan gelak over this sentence sebab I dapat Bahasa Melayu gred terbaik setiap kali peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM okey? - eh tiba-tiba marah ; sebenarnya cover rasa bersalah sebab ayat tadi macam ada something wrong, get it? tsk). SEBELUM DAN SELEPAS register :

Seterusnya..

COMMENT-FORM.


Kita bermula dari sudut paling atas sebelah kiri anda. Yang ini kurang penting sebab up to you nak letak gambar atau tidak. Kalau dah ada gambar tersedia, tak apalah (atau anda boleh buang atau tukar) tapi jika di situ terdapat bayang-bayang homo sapiens yang mengalami krisis identiti kerana tidak dapat dikenalpasti jantinanya (ceh blah ah Fina mentang-mentang sem ni ambik paper Krisis Identiti HEHE), di sini terdapat cara untuk mengupload gambar anda. Apabila anda move curser anda over that picture, akan muncul ikon pensel berwarna kuning, bukan? Klik pada ikon pensel tersebut dan kaching! duit keluar. AHAHA tipu. Ok cukup saya tak main-main. Klik pada ikon pensel tersebut dan kaching! satu borang bertajuk Avatar Management akan keluar. Yang lain pandai-pandailah anda. Kalau masih nak mengekalkan status kecelaruan identiti, terserah T__T Kalau nak tutup borang itu, mudah. Klik lagi sekali pada ikon pensel tersebut.

Next. Nama anda sendiri untuk menggantikan perkataan default 'Guest' or jika anda nak edit. Tak perlu diajar bukan? (- -") INI PENTING.

Ok next. Pada butang 'Add Another Site'. INI PENTING sebab jika anda belum letak link untuk dikunjungi, sila letak sebab adalah penting bagi saya supaya readers dan comentators saya meninggalkan jejak untuk dikunjungi kelak. You see, I don't just take. I give and take ;) I hope you love me too. Cewwah.

Add another site macam ini :


Next. Ruangan 'To'. Saya belum cuba lagi tapi mengikut apa yang saya faham, jika anda tick mana-mana box selain 'this Page' contoh : Anda tick facebook, maka apa yang anda komen di entri saya akan automatik di post di wall rakan-rakan facebook anda. Kalau tak mahu, you can just untick it.


Next. Commenting tab. Ini gambarnya :

Commenting tab bahagian ATAS. There's B stands for Bold, I stand for him.. eceh I stands for Italic lah, and there's U stands for underline. Lepas tu ikon Undo dan Redo, ikon insert/edit link, ikon unlink dan wah ada youtube juga, dan smiley. Saya belom try yang youtube. Kepada Abdi, sila letak youtube kat situ sebab anda rajin bagi link youtube pada saya. Anda try lah saya nak lihat. Err.. atau siapa-siapa saja saya tak kesah HEHEHE. Kemudian commenting tab bahagian BAWAH pula. Ada ikon 'Add Images' tinggal klik saja kalau nak attach any picture, dan ikon 'Follow' if you want to, serta tab 'Cancel' dan 'Post' which, you have already knew.

Terakhir, jika anda tak nampak di mana Comment-Form tersebut, sebenarnya bukan hilang, cuma dia bersembunyi saja. Klik saja pada link leave a comment macam gambar di bawah ini :


Peh. Siap akhirnya.

Saya dah menerangkan dari A sampai Z tetapi jika masih ada yang tidak faham, sila hubungi saya. Dan lagi satu, anda dipersilakan mencuba widget commenting ini in whatever way you wish to try DI ENTRY YANG INI. Saya bold dan letak warna biru sebab I really mean it. You are free to try here! Kalau nak guna sistem komen macam ini dalam blog anda pun, dipersilakan! Please let me know if you are planning to use this too sebab this widget sangat menarik perhatian saya untuk mengomen page orang HAHAHAHAHAHAHAHAHA.. dan sangat senang nak install. How I admire orang yang buat sistem neh =D Kalau anda juga mahukan widget ini untuk belog anda, klik 'Get This For Your Site pada butang 'admin' ATAU pergi SINI.

Terima kasih kerana register.

Untuk pengetahuan anda, :
  1. Sistem komen ini mula saya gunakan pada 1 Ogos 2009.
  2. Sistem komen ini loading agak lambat sedikit bergantung kepada kelajuan internet anda jadi saya amat menghargai kesabaran anda.
  3. Komen yang ditaip dan dihantar menggunakan borang komen blogger yang lama dan terletak paling bawah iaitu yang ini :, ... tetap ada dalam simpanan saya dan tetap dibaca dan juga tetap muncul dalam recent comments, CUMA, tidak akan muncul dalam Comment-Item, jadi sila gunakan Comment-Form yang baru ya?
Ok, siap. Yulie, Trexx, Dayah, Kakak Sakinna (ihih), sis Lyana, Ika (Babbling Baronness), Amy, Amal, Hyuuga, Abdi, Fiza, Khaliq, Bubub, Puteri Liyana (Kenangan Terindah), Ziela (Dandellion Geisha), Sist. Shima!, anda wajib.

ANDA juga.

Nak baca lagi?
Insyallah lulus exam JS-Kit.

Credit to : JS-Kit

Random Thoughts : Anda perasan tak? Akhir-akhir ini, idea untuk menulis mencurah-curah jatuh ke ladang gandum <-- cococrunch="" dulu-dulu.="" goooooodd..="" iklan="" is="" life="" span="" style="font-weight: bold;" tiru="" wow="">

You Might Also Like

3 comments