Dulu, tak joging pun tak apa.

October 07, 2009

Dulu waktu masih aktif menari, tak pergi joging pun tak apa. Tak payah nak risau pasal badan masa tu. Tiap malam keluar je peluh. Sebab, tiap malam sampai pukul 12 tengah malam atau pukul 1 pagi and paling lewat sekitar pukul 2 pagi (untuk latihan intensif jika ada show tak lama lagi) kitorang akan buat latihan dekat studio. Seronoklah juga waktu tu berkumpul dengan mereka-mereka yang punya minat yang sama. Yang sanggup turun latihan tengah-tengah malam demi minat yang mendalam. Mereka semua are very enthusiastic tentang kesenian dan kebudayaan - just like me.

Bila ingat semula kenangan-kenangan tu semua, saya jadi rindu tiba-tiba pada diorang semua. Semester lepas adalah semester terakhir kami training bersama-sama. Erna, Aina, Dayah, Sue, Chu, Chombi, Dwinta, Deka, Rosa, Wanie, Hesty, Risa, dan Atie. Ada lagi beberapa orang yang lain tapi nama-nama ini adalah penari utama kumpulan Audirasari. Bukan utama sebab nak bezakan pandai menari lawa-lawa atau tidak, tapi utama sebab komitment mereka dalam menjayakan setiap show WHICH saya hargai sangat-sangat.

Saya rasa saya dah taknak kongkong diorang bawah aktiviti DPP. Bukan taknak support aktiviti DPP tapi takda yang ajak jadi kenapa tergedik juga nak pergi training bukan? I know kebanyakkan penari-penari tu sekarang ni lebihkan aktiviti untuk universiti. Menjadi penari kumpulan Bidasari : satu-satunya kumpulan penari di bawah Pusat Budaya dan Seni UUM. Saya sendiri dulu bermula dari Bidasari. Artis Budaya PBS yang berbayar. Kemudian beralih ke DPP bersama rakan-rakan seperjuangan lain menubuhkan kumpulan penari DPP sendiri iaitu Audirasari. Nama Audirasari itu Erna punya idea. Beralih sebab lokasi DPP kami yang di luar kampus menyusahkan kami datang training ke kampus dalam. Kena pergi tiap petang. Penat T___T

They will be good in Bidasari, but I hope Audirasari tidak berkubur macam tu je.

Wellp!

Sekarang ni, bila dah tak menari, lemak cepaaattttt je naik. Takkanlah aku nak pergi duk menari sorang-sorang dekat studio kan. Mari bersukan. Badan sihat, otak cergas!

Minggu ini saya buat kempen 'Mari berjoging' dekat blog. Hihihi.

You Might Also Like

6 comments

  1. Beshnye tahu menari.
    Mase study ske tgk org training menari.
    Nak join dh lmbt sbab bdn dh kaku.
    Huhuhu :P

    ReplyDelete
  2. Ms.Independent
    eheh.
    dulu minat dtg pun sbb awal2 tu suka tgok org training and buat persembahan. sangat muzikal dan colourful.
    lepas tu, masuk kelas tarian. then masuk kumpulan bidasari waktu diorang tgh cari ahli. its not about bdn kaku or tak pandai. kalau minat ada, semua jalan. bdn kaku boleh dilatih ;)

    ReplyDelete
  3. sokong kempen mari jogging..

    hehe, salam tuan umah, 1st time visit..=)

    ReplyDelete
  4. nursarah87,
    salam to you juga sarah :)

    ReplyDelete
  5. Fatt Chin Choy ,
    i can't do ballet. tarian tradisional saja :D

    ReplyDelete