­

Tari Kirana : Prelude

December 23, 2009

Nama Tari Kirana itu sebenarnya ilham ayah saya sendiri sekitar awal Disember 2009 (harus bagi kredit sebab ayah baca blog ni) :*)

Tari : Salah satu cabang seni
Kirana : Kinapulidan Ranau

Kalau orang tanya dari mana minat saya terhadap tarian bermula, hehehe. Mulanya dari cerita-cerita hindustan. Seriously. Saya seorang penonton filem Hindustan yang tegar dulu. Kalau nak cerita tentang macamana minatnya aku dekat filem dan lagu-lagu hindustan, kena buat entri yang baru. Tapi waktu tu minat tarian-tarian hindustan saja. Belum lagi timbul minat dengan mana-mana bentuk jenis tarian yang lain.

Hingga akhirnya pengetua yang baru berpindah ke sekolah tempat saya sedang belajar waktu itu (eh macam kenal je cerita) Okey okey T___T Ini bukan kisah cinta saya dan anak pengetua tu (first love) tapi kisah bagaimana saya mula didedahkan dengan genre tarian tradisional oleh kakak kepada anak pengetua itu. Sila bertenang :P

Her name is Yaya. Setahun lebih tua dari saya dan ya Allah waktu tu admire gila dekat kakak dia. Dahlah comel, peramah, dan eh eh .. tolong buatkan hadiah Valentine Day untuk saya bagi pihak adik dia lagi. Sweet betul :*)

Selalu, bila para penari buat latihan dekat dewan sekolah, aku duduk di ceruk dekat pintu sambil tengok padahal langsung tak tahu apa-apa tentang tarian okey, tapi duduk juga sebab tertarik. Adalah belajar sikit-sikit cara nak pusing, cara nak bagi condong badan sikit, postur yang betul sebagai penari.. Kadang-kadang pura-pura lalu (haha) sebab tu sekarang ni, setiap kali saya latih budak-budak menari atau saya sendiri yang training, saya tak kisah orang tengok (lainlah kalau lelaki yang tengok) sebab orang tak sanggup berdiri lama-lama tengok kalau tak tertarik bukan? ;)

Adalah juga dalam 3 tahun belajar menari dengan menengok saja orang berlatih. Hehe.

Akhirnya waktu dah pindah balik kampung selepas STPM, mama minta tolong saya ajar budak apa-apa saja bentuk persembahan untuk dipersembahkan sempena majlis Hari Ibu dekat kampung. Berbekalkan pengetahuan yang boleh tahan zeronya (haha) saya tubuhkan kumpulan tarian yang anggotanya tetap sama macam yang ada sekarang ni, cuma dah berkurangan. Terkejut gila mama sebab mama sendiri tak pernah nampak tanda-tanda yang saya minat malah tak pernah pun tengok dekat rumah. Hehe.

Awal-awal tu, banyak dugaan-dugaan yang walaupun tergugat sikit, tapi tak pernah patahkan semangat saya untuk membubarkan kumpulan ni. Dugaan macam ibu bapa tak kasi pergi latihan or tak kasi join kumpulan lagi tu perkara biasa sampai sekarang. Dugaan untuk saya dan dugaan untuk the girls juga. Kena umpat keji pun perkara biasa. Siapa kata semua ini amat senang saya kecapi? Tak. Tak mudah sebenarnya :)

I had never force them to join this group. Seriously, I had like almost 30 girls and boys yang pernah ikut sama, tapi bertahan sampai sekarang cuma 6 orang saja. Saya ambil budak-budak perempuan saja, jarang budak lelaki kecuali kalau benar-benar memerlukan. Saya tak berapa suka suruh budak-budak perempuan pretend menari sebagai lelaki. Ohmy haha kesian okey. Lebih rela I pergi ajar budak-budak lelaki yang susah bebenar nak lentur tu berbanding minta the girls to pretend. Heh.

Seriously, selama lebih tiga tahun menubuhkan kumpulan ni, ada dua nama yang kami pernah guna. Itupun main sebut saja sebab orang asyik bertanya. First, Badarsila. Haha. Pengaruh Siti Nurhaliza okey T___T Badarsila ada dua maksud. Pertama : Sejenis kain putih yang halus macam sutera atau Kedua : Budi pekerti yang indah seperti bulan purnama (badar = bulan, sila = perbuatan yg baik).

Second, Kumpulan Penari Kampung Kinapulidan. Waktu ni kumpulan ni aktif membuat persembahan (secara percuma saja) di dewan kampung setiap kali ada majlis.

Bermula dari membuat persembahan dalam majlis-majlis perasmian dekat dewan (tak berbayar), kami mula mendapat undangan dari cousin saya bernama Maria untuk membuat persembahan sempena majlis persandingan beliau (juga tak berbayar). Majlis persandingan Yantie, Majlis persandingan Ongo, Majlis Persandingan Helmi, .. Semuanya bermula dari family dulu.

Tentang pendapatan, we've made some agreement that every payment adalah milik kumpulan dan bukan ahli kumpulan. We're doing this sebab ini minat kami. Any payment akan digunakan untuk memastikan kumpulan ni terus berkembang. Bukan untuk kepentingan peribadi. Bayaran paling tinggi yang pernah kami dapat adalah RM120 dan paling rendah, dapat RM50. Alhamdulillah. Hasil titik peluh kami. Bagi saya ini merupakan sesuatu yang manis.

Ehem.

It's time to introduce the six girls! And oh yang tengah-tengah tu tak payah introduce :D

Dari kiri : Shaliza (Jijah), Hasnie Farhana (Dana), Raihana (Ana), Nor Azimah (Jimah), Norshafiza (Beten) dan Nor Widah (Beten). Two Betens. No typo :P

Bye.

You Might Also Like

4 comments

  1. ingtkan tari tirana..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. [z@ck],
    tari tirana tu lain lagi tu zack. hehehe

    ReplyDelete
  3. bykan latihan dan latih dorg agar jgn mudah hilang focus..... well,step penting tpi kna aware jgak klu steg keciki kn...... welll the best perrformance!!keep it up....and all the best........

    ReplyDelete