­

Yang tinggal hanyalah perasaan.

December 24, 2009

Pertemuan yang jarang berlaku antara aku dan seorang teman lama dahulu. Petang itu, aku tak lepas dari bertanya tentang hubungan dia dan kekasih hatinya.

Mengingat kembali kisah-kisah mereka sepanjang zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid, aku hanya tersenyum sendirian. They are such a cute couple. Cukup glemer sekali mereka. Cikgu-cikgu yang ajar kitorang pun sudah cukup maklum. Sudah sering jadi bahan usikan tapi pasangan ini hanya menjawab dengan senyuman seribu makna. Yang lelakinya adalah teman sejawatanku waktu itu. Pengawas Sekolah. Orangnya tinggi, berkulit cerah, berbadan athletic, punya side-burn.. he’s so cute. Cool saja orangnya. Waktu program realiti TV Akademi Fantasia 2, yang waktu itu menampilkan Kaer, semua orang berpendapat lelaki itu mirip Kaer AF2. Yang perempuannya pula memang cukup disenangi ramai. Perwatakannya yang sentiasa ceria, punya sense of humor yang tinggi, ditambah dengan hatinya yang jujur dan ikhlas menyebabkan ramai yang senang berteman dengan gadis itu.. termasuk aku. Both were my classmates.

Lamunan terhenti bila gadis itu membuka mulut. Aku agak terperanjat bila saja tahu yang hubungan mereka telah berakhir.

Hidup penuh kejutan.

Ku lihat dia hanya tersenyum. Ceria seperti biasa dengan senyuman nakalnya itu. Ya.. pasti dia ada alasan tersendiri. Cinta sudah mati, jelasnya perlahan. Hatinya sudah tawar. Tidak pula dia memberitahu perkara sebenar dan aku pula tak sempat bertanyakan yang lebih dalam kerana dia mula bertanyakan hal aku. Mungkin ingin mengelak. Aku mengerti sahaja.. mengikut rentaknya.

"Single sudah ni." Ujarku dalam senyuman. Tapi entah apa nama senyuman ini? Tak pasti ikhlaskah aku.

"Aik, sejak bila pandai single-single ni? Ndak pernah dengar kau single!” Tingkahnya dalam loghat Sabah yang pelat.

Benar juga, detik hatiku. Sejak bila aku betah memegang title single? Aku terdiam beberapa saat sambil spontan memandang wajah gadis itu. Cuba untuk memahami sesuatu yang aku sepatutnya sedar dari dulu lagi. Aku tersenyum sejurus selepas itu dan ketawa.. Dan gadis itu rupanya sudah ketawa, mendahului aku. Pastinya ketawa atas sebab yang berbeza.

Sebelum ini, sebelum berstatus single, semua diari-diari dan catatan-catatanku adalah atas nama cinta. Atas nama seorang insan yang aku sebenarnya masih tak pasti samada aku benar-benar sudah get over atau belum. Seperti juga gadis itu, kisah cinta saya juga cukup diketahui ramai ketika di sekolah tapi kami sama-sama lebih memilih untuk bersikap tertutup dalam hal personal. Usikan dari rakan-rakan itu perkara biasa. Anak Pengetua dengan Anak Pegawai. Sama padan sama taraf. Itulah usikan mereka selalu. Kadang-kadang naik meradang juga sebenarnya sebab sampai nak samakan status pekerjaan parents but itulah zaman sekolah menengah bukan?

Saya sangkakan saya dah get over dia. But why the memories keep haunting me now?

:'( :'( :'( :'( :'( :'(

Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh Kekasih


You Might Also Like

4 comments

  1. Ouh.. aku juga takleh lupa dia!!
    Seksa!

    ReplyDelete
  2. let the time heals it,be good enjoy life,everything will be fine and worthy........:)

    ReplyDelete
  3. AuraFIza,
    T_______________T

    ReplyDelete
  4. ABdi,
    i am well aware of that, thanks ^^

    ReplyDelete