Catatan Harian

January 25, 2010

Kita mula dari hari Khamis lepas (21 Januari 2010).

Khamis lepas ke Changlun memberi barang-barang keperluan (plus nak ganti baldi Amy yang saya patahkan tangkai dia T_T), dan cari CD pocket untuk letak dekat kereta. Boleh letak kad matrik sekali supaya senang nak capai tiap kali nak punch kad matrik tiap kali masuk kolej. Taklah kelam kabut cari purse. Heh. Sekarang ni Pondok Keselamatan dah pasang sistem tu.

Khamis tu juga meeting Biro Kesenian dan Kebudayaan untuk pencarian ahli baru. Datang menyibuk, tengok progress. Or maybe you can say, masih belum melepaskan 100 percent. Hehe.

Jumaat (22 Januari 2010)

Adalah seperti apa yang saya ceritakan di sini.

Sabtu (23 Januari 2010)

Hari berdebar-debar sebab keesokkannya adalah hari presentation saya dan ahli kumpulan saya. Kami kumpulan pertama dan baru terima tugasan ni Rabu lepas. Ada masa dalam 4 hari saja untuk buat persiapan. Malam saya ke DPP YAB dan nampak ramai fellow students yang keluar mandi. Feel pity for them as DPP saya DPP SME Bank dan beberapa DPP lain tak mengalami masalah putus bekalan air. Insaf.

Ahad (24 Januari 2010)

Buat pembentangan tentang topik Kemahiran Memberi Perhatian dengan jayanya (fuh). Proceed with the other class. Kelas terakhir habis pukul 5. Sampai je bilik, kawan nak pinjam kereta so saya benarkan dan ikut sekali mereka. Ehehe. Singgah ke Pekan Rabu Alor Setar beli Dodol (sedappp) dan Serunding (double sedapp). Lepas tu balik je pergi keluar lagi sekali ke Ekspo 3K. Last day, so I don't wanna miss any interesting price. Ngehehe. Tapi tak ada lah pengurangan harga sangat even last day. Plus, harga memang dah cukup murah wehh @_@ Aku dah selamat dah beli 2 helai baju indian. Diterbangkan khas dari negara India tu. Very cheap compare to local Indian wear at the same material and quality. Suka ekspo. Murah-murah :)

Today (Isnin 24 Januari 2010)

Mahu jog. Bye! :D

You Might Also Like

0 comments