Life is now in session. Are you present?

February 10, 2010

Hujung minggu ni sampai minggu depan start cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina, terus dengan cuti mid-semester. Tak sabar nak cuti. Nak rehat. Nak refresh. Nak tumpu study untuk cuti ni. Akhir-akhir ni saya sibuk dengan hal-hal non-academic, and it is scaring me @_@. Cuti ini juga mahu pulun jog dan jaga makan habis-habisan. Something yang saya sukar nak cari masa nak buat sekarang ni. Seminggu dalam dua tiga kali saja jog dan itu tak cukup.

Semalam the friends keluar dan saya tertinggal di bumi UUM. SEDIH. FRUST. Sebab plan awal-awal, Kak Faddy datang nanti, kami semua akan keluar sekali tapi? Kebetulan malam semalam ada performance lah pula. Nak tolak, tapi memang dah kurang orang sangat-sangat. Tapi heh .. sampai bila macam ni kan. Bukankah saya nak jadi pengurus saja sekarang ini .. Dah tak mahu perform dah? Hehhh. Anyway, semalam berat hati juga nak let them go but then, sejam lepas tu, turun pula bersiap untuk performance. Lupa segala-galanya sebab dah ceria balik.

Performance semalam was great. Macam biasalah. Nanti ada masa saya update blog dengan gambar performance semalam. After performance pula, meeting BKK dekat bilik aktiviti untuk Kelab Tarian Audirasari. Dalam setengah jam saja, kemudian bersurai. After that, lepak-lepak sambil tengok TV sekejap dengan Dayah, Teh dan Didie. Dayah balik awal. Saya, Teh dan Didie borak sampai pukul 3 sambil tengok TV then saya tidur dan mereka kejutkan pukul 4 pagi sebab dah nak balik. Ewah macam tak penting kot nak cerita. HAHAHA.

Pagi tadi bangun awal, jumpa owner kereta yang saya tengah guna sekarang ni untuk settle rent payment. After kelas 9.30 pagi sampai 11 pagi, pergi beli carrot dekat kedai yang saya baru jumpa. Situ ada jual carrot weh. Tak payah nak pergi jauh-jauh ke Changlun beli carrot dan kuaci untuk bagi makan my baby hamsters :*)

Okey, now I got to go. Kelas 12.30. Bye!

You Might Also Like

0 comments