The Biggest Loser in 30 Days : Day 4
June 14, 2010I've checked every possible detail for my daily routine, today. Ambil masa yang lama juga. Nasib baik hari ni tak ada kerja sangat. Kalau ada pun, petang after jaga kaunter boleh buat. Bayangkan, dari pagi sampai before maghrib jaga kaunter, sambil online depan laptop. Heaven tak? Heaven tak?
Check pasal kalori in every serving. Korang tahu tak Maggi kalori dia sampai lebih 400? Dan even satu sudu makan minyak masak pun dah 100 lebih kalori? Tahu tak sebenarnya kita boleh makan telur setiap hari tapi kurangkan bahagian kuning telur sebab dekat kuning tu lah kolestrol paling banyak?
Check pasal kalori in every serving. Korang tahu tak Maggi kalori dia sampai lebih 400? Dan even satu sudu makan minyak masak pun dah 100 lebih kalori? Tahu tak sebenarnya kita boleh makan telur setiap hari tapi kurangkan bahagian kuning telur sebab dekat kuning tu lah kolestrol paling banyak?
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.Contoh, SOS CILI
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat = 53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein = 1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat) = 16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
01. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
02. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
03. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
04. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
05. Popia goreng (satu) = 130 kalori
06. Popia basah (satu) = 95 kalori
07. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
08. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
09. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
01. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
02. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
03. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
04. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
05. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
06. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
07. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
08. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
09. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
01. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
02. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
03. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
04. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
05. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
06. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
07. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
08. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
09. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
01. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
02. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
03. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
04. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
05. Burger keju (satu) = 425 kalori
06. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
07. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
08. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
01. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
02. Betik (sepotong) = 45 kalori
03. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
04. Durian (5 ulas) = 64 kalori
05. Limau (sebiji) = 42 kalori
06. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
07. Nenas (sepotong) = 59 kalori
08. Epal (sebiji) = 63 kalori
09. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori : Minuman
01. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
02. Minuman kotak 250g = 105 kal
03. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
04. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
05. Aiskrim 2 skop= 390 kal
06. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
07. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
08. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.
Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
01) Menonton TV = 40 kalori
02) Berjalan pantas = 300 kalori
03) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
04) Mengemas rumah = 240 kalori
05) Berkebun = 320 kalori
06) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
07) Berbasikal statik = 380 kalori
08) Erobik = 405 kalori
09) Ping Pong = 280 kalorisource : http://langsing2u.com/kira-kalori
Tengok di atas. Wanita boleh ambil makanan 1600-2000 kalori sahaja dalam sehari. But I'm taking paling banyak pun 1000 kalori everyday. I do count! Kalau tak boleh count, saya anggar-anggar saja. Nak ambil 0 kalori tiap hari tu tak bolehlah, kita perlukan kalori juga untuk bagi kita tenaga. Takda tenaga nanti macamana nak exercise right? Kaedah diet saya kali ni guna calculation, bukan diet membuta tuli macam dulu kuangkuang.
Saya berat 53KG. Waktu balik dari UUM dulu, saya 50.8KG T____T Fortunately now, I've lost 1.4 KGs during the weighing this morning that make me 51.6 ALHAMDULILLAH. I know the number will keep on changing from 51.4 or 51.8 but what the hell. I've lost 1KG for sure! :P
Looking forward for another weight loss :')
Saya berat 53KG. Waktu balik dari UUM dulu, saya 50.8KG T____T Fortunately now, I've lost 1.4 KGs during the weighing this morning that make me 51.6 ALHAMDULILLAH. I know the number will keep on changing from 51.4 or 51.8 but what the hell. I've lost 1KG for sure! :P
Looking forward for another weight loss :')
6 comments
ngahaha...mkn ja la...jnji bkn mkn tdur...stiap bnda yg kta buat kn perlu tnaga..huhu...sy pun x mkn la kalo dok kira kalori..uhuhu...
ReplyDeletenyway best tajuk ni..hehe..ble jd nota sy sdh ni..tQ..tQ..hihi...
Wahhh... Anda berjaya!!
ReplyDeleteDulu pun pernah buat macam ni..
Kira kalori setiap kali nak mkn..
Tapi dah lama-lama lupa and malas nak kira..
Main bedal je. Huhu..
Dengar kau dah kurus, aku rasa makin excited pulak nak kurus.. Adoihh... Sekejap semangat membara, kejap lagi dah tak hambek peduli..
Susah betul kalau hangat-hangat taik ayam ni..
Ann,
ReplyDeletemau educate myself, sbb tu post di blog. kira nota la. supaya ingat. hehe. you like it?
AuraFIza,
ReplyDeletesee. ko tmbh kurus weh. itu rupanya cara ko. makin bersemangatlah macam ni. hehe.
diet sy x ketat sbnrnya fiza. sy tetap makan smua yg sy mau mkn, tp dlm kuantiti kecil. xpyhla thn diri tak makan mknan yg kita nak makan kan. ko tu yang patut jaga. sempat lagi tu, sebulan 2 kilo cukup. ko kan dah nak kawen thn dpn ngehehe
thanks 4 da info. serious, i gemok gila..
ReplyDeleteLaLaLovy,
ReplyDeletewelcome. as long as you're comfortable with ur own figure, won't cause much problem! :/