­

Majlis Berbuka Puasa 21 Ogos 2010.

August 22, 2010

Last night was a total blast. Suasana sederhana tapi meriah. Dah macam raya. Everytime kumpul dengan seluruh family, apsal selalu rasa macam sedang beraya? (- -")

Semalam (Sabtu) giliran rumah saya untuk jadi tuan rumah majlis berbuka puasa. Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan. Minggu lepas di rumah cousin. Minggu ini rumah saya. Minggu akan datang rumah cousin lagi satu. Lepas tu cousin lagi satu. Lepas tu raya. Tak ada giliran-giliran. Semua bakal diserbu (habislah diet ai). Lepas tu kenduri kahwin. Eh? Ehehe. Remember THIS? Yeap. Kahwin raya ke-tujuh insya-ALLAH. Saya dah tahu siapa orangnya :)

Mama dan ayah asal satu kampung, lepas tu adik beradik masing-masing semua stay kampung. Mama 6 orang adik beradik, semua di kampung. Ayah ada 7 orang adik beradik, ada satu family tinggal di Telupid tapi kalau ada event family, biasanya balik. Dulu family tinggal dekat Telupid juga, kami membesar sama-sama. Seronok tak? ;) So bila family semua asal satu kampung dekat dua-dua belah, bila jemput, mesti meriah gila. My future husband should really know this, if he's marrying me, that means, he's marrying my whole family hehehe.

Semalam suasana open air. Parents memang prefer open air. Kereta berbaris dekat tepi jalan. OMG aku nak buat majlis resepsi macamana nanti ni, parking kereta tak cukup @_@ LOL. Jangan fikir dulu (- -") Sorry, didn't take any picture pun.

Bila kumpul ramai-ramai ni, adalah juga nampak beberapa orang cousin yang jarang nampak. Terutama sebelah mama. Lebih banyak beraktiviti dengan family sebelah ayah sebenarnya. Macam-macam aktiviti. Hari Ibu, buat majlis makan-makan. Hari Bapa, buat lagi majlis makan-makan. Birthday budak-budak, makan-makan lagi. Itu tidak termasuk majlis doa selamat, makan-makan juga. Waktu Ramadhan ini, majlis berbuka puasa setiap hari Sabtu pula. Makan saja kerja. Jadi, cakap dekat saya, macamana saya nak halang temptation macam ni?

I saw Lanag. Tak tahulah kenapa panggil Lanag, sebab nama sebenar dia Zaba (- -"). Pegawai Pertanian dekat Kinabatangan, if I'm not mistaken. Perut dia yang buncit dulu seriously dah hilang. HILANG. Saya tak nampak dia since akhir tahun lepas (lama kan?). Dan sekarang, dah kurus. Bukanlah kurus sangat, but just nice. Saya yang nampak dia jarang-jarang ni, memang terasa sangatlah beza dia *laugh* Nak tahu apa rahsia dia? Sempat jugalah korek sikit-sikit semalam. Paling best, dia tak bersenam pun wokey. Okey fine, adalah juga main badminton, itupun kadang-kadang for fun. Paling utama, dia jaga makan. Sangat-sangat jaga. Not eating rice. Or maybe kurang makan nasi. Sebab kalau makan nasi, mesti ada lauk pauk kan? Kalau lauk sedap, nasi mestilah bertambah. Jadi kalau elak nasi, dapatlah elak lauk pauk. So determined T_T Saya tak boleh tak makan nasi lebih dari dua hari, nanti otak jadi tak betul. Tapi mahu cuba untuk dua minggu. Baru-baru ini saya ada terbaca dekat satu buku, amalkan dua minggu that kind of diet, confirm turun berat punya. Tambah-tambah lagi kalau bersenam secara konsisten. My friend yang kerja medic pun cakap, kalau kena cara, dalam seminggu pun boleh hilang 5KG. The Biggest Loser reality show tu, diorang work-out 10 jam setiap hari untuk hilangkan berat diorang okey. Of course, jaga makan. Ada yang sampai 11KG hilang dalam masa seminggu je. Saya dah hilang 3KG since I've started my diet. And actually I've hit 49.8KG once or twice during the period. Tapi everytime ada event makan-makan, mesti naik beberapa point. Sekarang 50.4KG balik haih. I bukannya tak ada shape, tapi nak look skinny lagi sikit sebab flabby here and there T_T

Raya ke-tujuh, cousin sebelah ayah, Izi, kahwin dengan gadis pilihan ewah. Dan ada lagi cousin seorang nak nikah after raya juga. Tarikh dah confirm. Tahniah Ain. Ain one year older from me. Begitu juga dengan Izi. Beza umur setahun saja. Rakan-rakan dan cousin dah makin ramai yang terikat, mengikat dan saling mengikat. Depresi aku di sini. Termasuk rakan-rakan yang waktu sekolah menengah dulu langsung tak pernah nak dekati cinta. Sekarang dah pandai dah. Saya siap pesan, jangan kawan lama-lama. Sampai seru, terus kahwin. HAHA tak boleh blah kan nasihat. Macamlah si tukang nasihat itu sendiri dah kahwin. Ohya, semalam, Ain ask me jadi mak andam dia untuk majlis dia nanti. Actually, not mak andam. Tukang mekap saja. Tak sama kan? LOL.

Okey that's all for now.

You Might Also Like

2 comments