­

Tak puasa makan depan orang puasa.

August 24, 2010

Seriously guys, saya bukannya tak suka masak, tapi untuk juadah berbuka, prefer mama yang masak *blush* Sebab mama masak sedap. No matter how I hate the way mom always criticises my cooking kan, I have to admit her cooking lagi best. Ah lapar pula what the ellll.

Ohya. Sejak masuk bulan ramadhan, saya ada banyak terdengar tentang cerita orang bukan Islam yang makan depan orang-orang Islam yang berpuasa. Lepas tu orang Islam ini sentap sebab rasa tidak dihormati. Lepas tu kesian orang bukan muslim itu ditengking hanya sebab muka dan warna kulit dia MACAM bangsa yang sepatutnya beragama Islam, ataupun diorang sah beragama lain tapi TERmakan depan orang berpuasa maka dijeling-jeling juga. Ah. I am a muslim too. Siapa-siapa yang rasa mungkin dia akan berpotensi besar untuk merasa tersentap bila ada orang bukan Islam yang selamba makan depan dia waktu ramadhan, paling dekat you should come here lah. To Sabah. I don't know about Sarawak (never been there), but here. Sabah. Di Sabah, ada certain tempat yang majoriti muslim. Ada certain tempat dia majoriti non-muslim. I'd lived in both places so I know exactly.

This might sound ridiculous to some of you, but yes, waktu tadika hinggalah habis sekolah menengah, saya tinggal di daerah yang penduduk kawasan dia tak ramai yang muslim. Ingat tak yang saya pernah cakap saya tinggal di quarters perguruan yang tak ramai muslim? Yes itulah tempatnya. Anjing berkeliaran di setiap rumah, botol-botol minuman keras dan ada yang dah pecah-pecah. Classmate saya yang seramai hampir 40 orang tu, majoriti bukan Islam dan kami yang Islam hanya bertujuh. Gereja ada tiga (mungkin lebih), masjid ada satu. 

Tapi tak ada pula jurang perpecahan. Langsung tak ada. Saya tak pernah tahu apa itu jurang perkauman sebelum melanjutkan pelajaran di luar Sabah. Kalau baca di buku-buku teks waktu sekolah menengah pun, sendiri tak faham kenapa jadi macam yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei. Naif, kan? Yang saya tahu, yang Islam tetap ke surau/masjid, yang kristian tetap ke gereja. TERmakan depan kita waktu kita puasa, tak ada pula rasa nak marah (terliur adalah HAHA). Diorang sendiri yang tersedar yang kita tengah puasa lepas tu terus tak henti-henti minta maaf. Lepas tu yang puasa ni siap boleh joke lagi. Ini contoh kecil. Bangsa dan agama tidak membezakan. Kau bangsa Bajau ke, Kadazan ke, Dusun ke, Sungai ke, Bugis ke., Melayu ke. yang membezakan itu samada kau jahat atau baik. Itu saja. Even orang Yahudi pun bukan semua menyokong gerakan bangsa mereka sendiri. It's individually and depends on how they were all dibesarkan dan dididik.

Ada perbezaan sebenarnya antara mereka yang banyak membaca dengan jarang membaca atau tidak membaca langsung. Antara yang banyak berfikir dengan mereka yang tidak berfikir. Antara mereka yang banyak melihat tempat orang dan bergaul dengan bermacam-macam jenis orang, dan mereka yang selesa untuk berada di takuk yang lama. Kita akan tetap orang yang sama 5 tahun kemudian kecuali dengan buku yang kita baca, dan orang-orang yang kita jumpa. Cuba banding anda 5 tahun lepas dengan anda yang sekarang ini, apa beza? I'm not going to elaborate every detail.

To this kind of people, dengan humblenya I nak cakap, it is not all about you and your belief, sedar?  Don't be too close-minded. Dan, janganlah bersikap taksub sangat. Banyak contoh-contoh manusia taksub sekarang ni. Makan depan kau je pun. Bukan dia sengaja nak show dekat kau. Bukannya nyanyi lagu gereja depan kau (aku pernah - tapi bukan literally depan aku lah. Tapi dekat bilik sebelah (asrama) pasang lagu gereja kuat-kuat) Bukan simbah arak depan kau. Bukan persoalkan mak bapak kau. This applies to all lah. Bukan satu pihak saja. Dan sebenarnya air liur saja tak cukup, kau perlu pengalaman baru kau tahu. Sama juga kalau bercinta, tak rasa jadi tak tahu, right orang-orang yang in love?

Anyway, saya nak cuba buat puding caramel lah (tiba-tiba). Ada sesiapa boleh bagi resepi (yang senang nak ikut) tak? Serious drooling tengok gambar-gambar makanan dekat internet ni. Padan muka gatal pergi google. Ranau pekan kecil yang tak ada apa sangat. Banyak makanan yang susah gila nak cari. Bukan setakat susah. Memang tak ada (- -"). Apa-apa hal, kena buat sendiri. Kalau nak ke syurga makanan, Ranau bukan tempatnya. Tapi syurga untuk hikers, sila ke Ranau ye. Di sini ada Gunung Kinabalu. Ni ha depan mata saya lagi. AHAHA.

Dan tiba-tiba craving DELICIOUS punya cheesecake T_T Sabar-sabar. 40 minit lagi nak sungkai. Sabarrrrr.. Lepas buka confirm lupa cheesecake DELICIOUS punya.

Love this quote :
Islam is PERFECT. Muslim are NOT. Nor are ANY human or their ideas or institutions or politics. Perfection is a quality of God alone.

You Might Also Like

4 comments

  1. I love this entry...*thumbs up..!!!
    ;) hehehe... sy br terfikir apa nak di cerita utk next entry blog.. tp kak Fina da sambar dulu..hehehe... ;)

    ReplyDelete
  2. Swee LeAnne,
    yeke? now giliran lian pula bagi opinion ;)

    ReplyDelete
  3. yup..even non muslim pun tahu respect dan malu kalau nak makan depan kita..macam I, I jenis yang tak kisah sangat.yg penting, hati kena kuat.jgn pi join sekali pula dgn non muslim tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. [z@ck],
    ha btul tu. apsal la some people cepat sgt pissed off, even orang bukan sgja makan depan dia kan? kadang2 tu, muka je nmpk muslim, tp sbnrnya tak, tp dah kena maki2 segala. kesian je.. huhu.

    ReplyDelete