­

Aidilfitri Hari Keenam 2010.

September 16, 2010

Gerak awal ke pekan. Sejak semalam lagi dah janji dengan mama untuk bantu mama bank in duit dekat anak angkat beliau ek eleh aku sendiri tak dapat duit raya pun tahun ini tsk tapi no hal lah LOL bukan budak-budak lagi. Hiks. Jadi jangan gatal nak minta duit raya dekat ai okey isu sensitif tau SENSITIF haha ceh kata tadi tak kisah (- -")


Cari parking berdekatan CIMB Bank tapi penuh. Siap ada kereta yang parking berlapis lagi. AH jangan harap aku nak parking jauh-jauh. Terus drive ke Hap Seng untuk beli barang-barang runcit yang mama pesan, kemudian ke kedai mama hantar sebahagian barang runcit yang saya dah beli untuk restock barang yang dah habis, kemudian pergi beli sayur dekat pasar, kemudian pergi balik ke CIMB Bank dan alhamdulillah kebetulan ada kereta nak keluar so saya just ganti parking kereta tu. Pergi bank in duit, kemudian balik ke kereta dan drive ke Gmart tengok-tengok bulu mata heheheh. Melihat barang-barang mekap milik sendiri dan barang-barang mekap di mall dan di mana-mana saja juga boleh jadi terapi saya okey lagi-lagi kalau tolong belikan sekali :P

Rasanya saya pergi dalam tak sampai dua jam saja, lepas tu terus balik rumah. Sampai rumah, lepak-lepak, kemudian kemas-kemas bilik kemudian grab beg mekap bawa masuk dalam kereta dan head to rumah Iji. Tolong-tolong sambil tolong menyumbang suara sikit sebab diorang pasang set karaoke. HEHE. Set karaoke tu my family yang punya. Dekat Sabah saya tak payah pergi KBox untuk lepas gian nak karaoke. Dekat rumah dah siap ada. Macam-macam lagu! Nak karaoke, datang je rumah saya. Free of charge LOL.

Ya saya memang suka perkataan KEMUDIAN T_T

Dalam pukul 5 petang, Ain mesej. Dia kata dia dah ada dekat rumah. Dia yang saya tunggu sebenarnya. Dia tak ada dekat rumah so kena tunggu. Kan nak test make-uppp.. Saya decide tunggu di rumah Iji sambil tolong-tolong. Dan dipendekkan cerita, yeah, dah mekap pun dan she looked so pretty! Orang jarang mekap ni, kalau mekap memang cantik. Unlike me. Hehe.

Lepas dah siap, borak-borak lagi sekejap dengan keluarga Ain. Iha dah pandai dah menjahit sekarang. Envy her. Saya rasa saya tak ada bakatlah nak menjahit. Pelamin dia tolong buatkan. Bedding untuk tempat duduk pengantin waktu akad nikah pun dia buat dengan tangan sendiri. Oh seronoknyaaa. Saya cakap dekat Iha, lepas ni kalau kahwin, saya dah tahu dah nak minta tolong siapa LOL. Iha gelak saja. Yalah, betul juga. Saya tak rasa saya nak sewa. Beli terus. Tidak pun, minta orang buat. Dan kalau tiba-tiba dibukakan hati untuk mendalami ilmu jahitan, kalau dah pandai, bolehlah jahit baju kahwin sendiri, ye tak? Haha. As if. Bila masa pula aku ada masa nak pegang mesin jahit ni.

Balik rumah, makan. Oh, sebut tentang makan, tahu tak, saya dah tak kawal sangat makan weh. Tak apa, berat masih maintain tahap terendah setakat ini. 49.8 KG and still counting. 17hb selesai majlis-majlis cousin, so 18hb dah boleh start diet balik. Saya dah tahu diet macamana yang sesuai untuk saya :)

Now, masa untuk menulis entri. I am so sorry dear friends, tak banyak masa untuk online. Kalau ada pun, lebih banyak masa diperuntukkan untuk cek email dan cbox. Itu saja. Tulis entri tu, insya-ALLAH setiap hari. Kalaupun tak banyak yang baca, tidak apa, saya tahu saya ada pembaca yang setia dan tersendiri. Sama juga macam saya juga adalah pengikut setia kepada beberapa blog lain. Mungkin kehadiran saya saja yang tidak diketahui atau disedari sebab jarang atau tak pernah lagi tinggal jejak :)

Anyway, no pictures today! Sebelum ni dah pemurah sangat bagi banyak gambar yang selekeh-selekeh. Saya cakap selekeh sebab ada saja benda spoil yang saya nampak dekat gambar, tapi nevermind lah. Hehe.

Ohya, I got one thing to tell you later. :)

You Might Also Like

1 comments