­

16 Sept 2010 : Majlis Resepsi Ramzi dan Ana

October 11, 2010

Entri bergambar

♥ Alhamdulillah bertemu jodohnya ..
.. berkat kesucian akhirnya terlaksana :P ♥
Wajah-wajah wajib dalam belog ♥
AMBIL BERKAT JAP MUAHAHAH ♥
Yang sebelah tu pun sibuk nak ambil berkat. Orang baru nak ada boyfriend, begitulah perangai. Aku ni tak ada boyfriend, BEGITULAH PERANGAI. Nak senget-senget bergambar pulak daa. Grow up la Fina T_T

Dengan adik lelaki Nabil Fikrie ♥
Lagi dengan si Nabil Fikrie
This is Ana =] ♥
Moment of truth ceh ceh.

Ingat entri bertajuk Is that YOU? ini? Well, sekarang semua dah terjawab. Orang yang saya cakap dalam entri tu memang ini orangnya. OMG finally she's one of my family now. Can't believe tapi saya kenalah percaya juga.

Actually, saya dah sure ini Ana yang memang betul-betul Ana yang saya kenal waktu sekitar seminggu atau dua minggu selepas saya tulis entri Is that YOU? tu. Saya saja-saja tunggu after majlis sanding baru bagitahu kalian pasal ni. Hehe. Waktu tu saya tengah drive balik bila kereta Iji berselisih dengan van yang saya bawa. Bukannya sengaja nak intip-intip. Dah memang kereta orang yang kita kenal, jeling-jeling lah kan. And I saw Ana. Ana my old friend. Tengah atas jalan raya, berselisih pun sekejap saja. Tak sempat pula nak hon ke apa, ke salam-salam sekejap ke. HAHAHAHA. Kan rugi tak pandai jeling-jeling orang sekeliling. Kalau tak, mesti lagi lambat nak tahu.

Waktu hari keluarga, Ana ada datang. Waktu tu masih pegang title tunang Ramzi (atau actually kami panggil Iji). Waktu pernikahan diorang di Masjid Besar Daerah Ranau lah pun dapat bersemuka. Tapi balas-balas senyum saja. Then waktu hari majlis persandingan dia, barulah dapat berbual-bual. Sebab saya dengan Dylla in-charge untuk urus mekap dan baju pengantin, sambil-sambil tu borak-borak. Anyway, her skin is still the same. Macam baby punya skin. Envy gila. Lembutttttttt je lepas tu tak bermasalah langsung. Congratulations Ana. For your wedding. Err tahniah kulit cantik pun iya juga :P Eh congrates dekat Iji juga.

Moga kekal hingga ke akhir hayat.. :)


You Might Also Like

0 comments