Tipikal perempuan.

October 05, 2010

Google

Ini normal bila menjadi seorang aku. Tipikal perempuan(?) *rasa offended tiba-tiba* Lebih-lebih lagi, bila ini aku. Lebih-lebih lagi bila aku tak ada kerja lain selain menjadi cengeng. Memang sangat-sangat dah tak ada kerja lain. Jadi izinkan aku menjadi cengeng, sampai aku bosan. Heh.

Akhir-akhir ini aku amat kuat bermimpi dan membuatkan pagi aku sentiasa menyakitkan. Padahal selama ini, aku ini orangnya dreamless. Jarang bermimpi. Dalam sebulan, mungkin ada satu dua kali saja bermimpi, itupun I can barely remember. Pagi itu permulaan hari dan alangkah bagusnya kalau aku rajin mengingat walau satu point dalam buku La Tahzan..?

Akhir-akhir ini juga aku kuat menangis. Tengok iklan tentang bahaya merokok, menangis *don't hurt my feeling* sobsob. Tengok cerita hindustan yang aku tak tahu hujung pangkalnya, menangis. Tengah masak maggi, menangis berjurai-jurai air mata. Kena komen.. "tipikal perempuan" pun menangis. Rambut rosak sebab gatal nak buat rebond, kalau boleh nak menangis. Tak puas menulis dalam blog pun, kalau boleh nak menangis.

Bila cengeng, aku akan menolak semua benda yang ada di depan mata. Sesuatu yang jadi hobi aku juga aku tak teragak-agak untuk tolak. Aku pernah tak datang seminggu ke bilik JPM gara-gara sedih, padahal aku gemar berkerjaan di bilik itu. Aku pernah refuse untuk training tarian beberapa minggu gara-gara sedih. Kini aku delete banyak benda dekat sidebar blog, sebab aku sedih. Mula mencari sesuatu yang boleh diubah. Mula menyusun semula perabot atau barang-barang dalam rumah atau bilik. Semata-mata untuk satu nafas yang baru. Aku ini mudah mengah orangnya. Jadi aku sentiasa perlu ada ruang untuk bernafas. Kalau tiba satu saat jodoh aku sampai *berangan lagi*, aku mahu seseorang yang boleh bersama-sama aku meneroka segala yang baru.

Gara-gara sedih, aku juga sebenarnya bisa jadi kuat. Kuat untuk menolak. Kuat untuk melepaskan semua yang saya takut untuk lepaskan selama ini..

So, perasan tak saya dah tukar template blog Sophiesm.Com? Saya tak sure berapa lama template blog ini akan bertahan, tapi saya suka template yang minimal macam ni, so, welcome again :)

You Might Also Like

7 comments

  1. perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan air mata.:)

    ReplyDelete
  2. haih, it's normal fina. tapi, betulkah masa masak maggi pun nangis? mata terkena rempah dia kot :P kang boleh jadi pedih mata kalau terkena rempah pedas-pedas ni.

    suka jugak bila tiap kali bukak blog ni mesti ada sesuatu yang lain.:D

    ReplyDelete
  3. ala..... i'm a RATU AIR MATA myself. and i'm proud with it..... ha ha........ crying helas almost everything....... (ya ka???)

    ReplyDelete
  4. ok now i know which comment that offended you. i'm sorry bagi pihak dia, pelis jangan kecik hati untuk terus berkarya dengan 100p okey? And jangan biar perkara camtu bagi ifek to your day. Kuatkan hati. Senyum :)

    ReplyDelete
  5. shima,
    ha tu la pasal.. tp tak best juga kalau selalu nak berairmata ni (- -")

    ReplyDelete
  6. nur.sa,
    adelah org tu wat sakit hati je. haha tp skjp je ok lah balik tu. skrg ni masih mood malas nak amik tahu. refuse refuse!

    template kali ni mcm sedap sikit mata menengok. good for my mood. haha (- -")

    ReplyDelete
  7. .s.o.f.i.a.,
    btul la tu cikpia. minggu air mata for me minggu ni. boleh guna kot peribahasa cikpia tu. lepas menangis ni, lepas at least sparuh beban tu. before menangis mmg rasa down sgt2 n dah mcm nak give up, after nangis, have a good sleep, baru fikiran function well sikit. dah kurang dah disorder dia lol

    ReplyDelete