Laughter is the best medicine : Format Surat Kiriman dan 'Politically Correct'?
January 19, 2011Hahahahaha.
I was searching for format surat rasmi, not that I don't know it's format. I just want to be sure. So I opened several links, and I found something :
Suami bin Lelaki,________________________________________________________________________
17, Jalan Angkasa,
24300 Kemaman.
Isteri binti Perempuan,
17, Jalan Angkasa,
24300 Kemaman,
Terengganu. 31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak Puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak manakan mungkin Puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang Puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan Puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak Puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana Puan akan tetap menikmati apa yang telah Puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang Puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu Puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang Puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak Puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak Puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak Puan dan tandatangan Puan di atas kertas yang saya lampirkan, bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak Puan untuk melakukannya.
7. Saya harap Puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
SuamibinLelaki_(SUAMI BIN LELAKI)
//kredit to Akma
For the sake of entertainment, memang menggelikan isi perut bukan? Tapi cuba letak dekat kehidupan sebenar, paling dekat pada kehidupan sendiri, ada rasa geli tak? Hehehe. Bagitahu sikit.
I've highlighted several minor mistakes (highlight merah) dengan imbuhan 'di-'. Yang highlight biru dah betul penggunaan, dan yang highlight kuning tu sebab penggunaan ejaan 'e' dalam 'nye'. Sepatutnya 'nya'. Hambik kau. Well, evribadeh, don't just copy and paste. Sesekali tengoklah penggunaan imbuhan dan ejaan. Doesn't it feels annoying tengok contoh format kiriman surat rasmi yang imbuhan dalam isi-isi karangan tu pun salah?
Wow, I am so serious XD
Anyway, who's Akma? Tak ada link. But I found this article here : BeritaHarianOnline.Com - Format Surat Rasmi. Boleh compare kalau ada masa.
Okey enough with that.
Saya cari format surat rasmi sebagai rujukan untuk Tari Kirana's coming event sebenarnya. Salah seorang dari ahli Tari Kirana, Nanak, pelajar asrama dan minggu ni BUKAN minggu pulang bermalam diorang so kena tulis surat minta kebenaran pulang bagi pihak dia. You don't expect her to write it herself, do you? XD Real name : Elvyna Shlvee Irin. New member of Tari Kirana actually, since majlis sanding Ain itu hari. Tapi by the time saya start tulis entri ni, dah siap print keluar pun surat tu. Sabtu akan datang, 22 Januari ini, kami ke Homestay Walai Tokou di Kundasang untuk penuhi undangan buat persembahan kebudayaan.
As in here :
KundasangThis mountainous district enjoys a cool temperature all year round. Just 10 minutes away, the Kinabalu Park—a World Heritage Site is the starting point in climbing the majestic Mount Kinabalu. The Walai Tokou Homestay at Kampung Sinisian is only a stone throw away from Kundasang Town. Be warmly welcomed by traditional dances and a Paku Dita drink as you arrive. Visitors might also want to check out the Kundasang War Memorial and take a hot bath at the Poring Hotsprings.
Contact:Walai Tokou HomestayMr Kohadie Watiman on +6019 8602270Tel: +6088 888768P.O.Box 549, 89308 Kundasang Sabah Malaysia
Mr Kohadie Watiman. The coordinator. Humble saying, thanks for giving us the opportunity, Sir.
Back to the surat.
Antara lain, isi surat itu saya tulis begini :
- Semoga aktiviti yang adik Elvina ceburi ini akan memberi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain selaras dengan misi Negara untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berdaya saing dari segi akademik, tetapi juga berketrampilan progresif dan mempunyai jati diri dan semangat kebudayaan yang positif.
There. Take that. How politically correct XD
Conclusion is,
I KNEW IT, THAT SOMEDAY THE TRAINING OF JPMDPP-PAPERWORK-WRITING-SKILL WILL COME IN HANDY AS IT COME TO REAL LIFE HA HA HA
2 comments
jalan angkasa? di kemaman?
ReplyDeletemacam tak wujud je. hahaaha. memang kelakar surat ni. pandai encik suami menulis surat format dengan bahasa cantik. :P
wah, team tari kirana makin maju..!
eh eh. kundasang. sejuk lagi tak kat sana, fina?
nur.sa,
ReplyDeletealamat tu mmg tak wujud la kan? hahaha. mmg ayat politik btul si suami tu. lepas tu inderectly ckp bdn istri dah mcm tong drum sbb tu dia nak cari lain. hmph!
isn't it great? the girls laaagi excited hehe. tak selalu sgt g kundasang. lalu je lah. tp skrg ni musim2 asyik mendung ja, confirm bertambah sejuk dia. smpai menggigil tu. d sana ada heater juga, so better ada. temprature ranau dgn kundasang lain sikit. kundasang lagi sejukkk. brrrr..