Love do waits for one thing ; the right moment.

March 02, 2011

Bangun pagi tadi, online. Sebab masih awal untuk bersiap ke cafe dan merasa masih ada waktu senggang, saya gatal-gatal hati mahu godek-godek balik gambar-gambar lama dekat Sufilara.Blogspot.Com.

Scroll dan scroll dan scroll, TIBA-TIBA ..

KMS on 2007 waktu majlis perkahwinan my cousin
.... terjumpa gambar ini. Ini gambar yang saya tangkap sendiri dan pernah saya upload dalam Sufilara.Blogspot.Com bertarikh 25 November 2007. Waktu kali pertama mendengar tentang KMS. Eh bukan. Bukan setakat dengar tentang KMS, tapi ini juga kali pertama menyaksikan KMS. Ayah asyik puji-puji this band sebelum tu, so after tengok persembahan diorang dengan mata kepala, saya sendiri kagum dalam hati. Banyak lagu diorang mainkan waktu ni tapi paling saya ingat, lagu TONG HUA (lagu cina). Waktu ni lah pertama kali saya dengar lagu Tong Hua tu dan balik rumah saja terus cari mp3 dan lirik sekali. 

Waktu ni Tari Kirana ada perform juga. Tapi sebelah malam.

But that is not the point. My real point is, ....I can see VERY clear my other half is IN that picture. Waktu tangkap gambar ni, saya langsung tak recognize dia. Eh tapi macamana nak recognize, memang tak kenal pun (- -")

Kami mungkin dah saling boleh mengenali sejak 2007 lagi kan.. But we don't. Walaupun dia dah ada terang-terang depan mata. Can't you see? Kami bukan tak pernah jumpa sebelum ni, cuma tidak tergerak hati. Takdir belum mengizinkan, saya percaya. Waktu ini saya masih dalam heartbreak yang melampau. Struggle mengubati diri sendiri, mengambil masa bertahun-tahun dan next thing I know, akhir tahun 2010 barulah saya sedar saya dah start recover. Recover yang betul-betul punya. Bukan main-main. 2006-2010. Bukan satu jangka masa yang singkat. Banyak air mata yang tumpah. Kalaupun saya berkenalan dengan Zul waktu 2007 itu, saya tak rasa hati saya boleh terbuka pada mana-mana lelaki dengan serius.

Majlis kahwin jiran saya Disember 2010 lepas dia ada, dan saya pun ada juga pada waktu yang sama tapi takdir belum pertemukan walaupun he is right in front of my eyes. Waktu event yang INI pun, dia sepatutnya pergi tapi tak bertemu juga sebab waktu itu juga masanya belum tiba untuk kami bertemu, saya kira.

Akhirnya 2011 dimulakan dengan rasa redha seadanya. Dan sekarang saya dah nampak, love really do waits for one thing ; the right moment. Selepas akhirnya saya redha dengan apa yang berlaku, Allah hadirkan dia dalam hidup saya.. Subhanallah :')

Two eyes that locked together, two people that destined to meet, two hearts that are connected.

Tak tahu apa reaksi dia kalau tahu tentang perkara ni. Adakah dia akan merasa magik yang sama yang saya  sedang rasa saat ini?

You Might Also Like

2 comments

  1. eeeeiii bha..
    dpn mata suda pula dia dr dulu..
    ko sja nda prasan..

    hihi

    ReplyDelete
  2. mr_mrs mikko,
    bukan sy sj yg x perasan. dia pun.. tapi takdir bah smua tu kan wanie? :)

    ReplyDelete