Yalah tu.
April 29, 2011Waktu awal-awal dulu, aku dah berjanji pada diri sendiri, pada saat aku jatuh cinta sekali lagi, aku akan bertanggungjawab atas apa juga risiko yang bakal aku hadapi nanti. Bila jadi macam yang sedang berlaku hari ini, di sini, aku dah longlai tapi aku harus tabah. Inilah risikonya.
This is what I talked about.
Jauh di sudut hati, sejujurnya aku terlalu rindu pada dia. Rindu setengah mati. Segala kenangan waktu kami bersama, walaupun singkat, tapi semua tu masih mampu menyentuh di hati saya yang paling dalam. Segalanya terlalu cepat, rasanya aku masih belum puas menyayangi dia..
Yang aku rasa, saat aku tertawa besar - aku sebenarnya sedang menangis sekuat hati. Tiap saat air mata ini ingin mengalir. Kalaulah boleh dilihat dengan terperinci setiap inci perasaan ini, kau mungkin akan tahu sekuat mana hati aku sedang berjuang saat ini. Lemah tetapi digagahi juga.
25 April. Tarikh aku diberitahu dengan keputusan yang dia buat. Dari mulut orang lain, tapi saya tetap masih mahu dengar dari mulut dia sendiri. Walaupun dia berulangkali mengiyakan, saya masih sukar untuk percaya. Sesungguhnya semua itu jauh dari apa yang saya pernah bayangkan. Bertanya dan berulang tanya. Dan akhirnya bila aku sedar aku perlu untuk percaya, tumpah segala saki baki airmata yang sudah tidak mampu dikeluarkan lagi.
25 dan 26 April. Talking all days. Ke sana. Ke mari. Minta pendapat. Atau tidak minta pun, ringan mulut sahaja mereka yang prihatin untuk mengingatkan apa yang perlu. Terharu dalam hati. Sesungguhnya setiap yang diperkatakan itu saya dengar dengan telinga dan hati. Lihat dengan mata hati. Baca dengan penuh pertimbangan. Cuba memahami mana-mana yang aku mungkin sukar untuk aku terima. Mendengar cerita dari pihak ini dan cerita dari pihak itu tanpa menilai secara terburu. Dengan orang tu, dengan orang ni. Dan setelah mempertimbangkan segalanya, apa-apa pun aku pasti aku hanya akan percaya pada diri dan naluri sendiri sahaja. Berpandukan batas-batas yang sudah termaktub.
Dua hari itu, saya tak dapat tidur. Mata langsung tak boleh lelap. Takut nak tidur sebab takut bermimpi. Takut nak tidur sebab bangun pagi nanti bangun dengan perasaan terluka. Perut lapar. Tapi hairan ya, bila telan, rasanya yang masuk cuma angin. Hati terlalu rasa sedih sampaikan apa-apa pun dah tak selera nak buat. Dua hari tu saya langsung tak boleh duduk diam. Asyik bangun berdiri bangun berdiri dan berjalan pusing keliling. Resah. Orang yang kau sayang - yang kau sangka adalah yang terakhir, bakal bertunangan dengan orang lain Sabtu ini bersamaan hari ESOK. Macamana rasanya? Sakit itu kau takkan terbayangkan kalau kau tidak pernah alami. TAKKAN.
Pagi tadi bangun dan teringat segalanya. Terkenang esok hari bahagia dia. Hati tiba-tiba sebak yang tidak terkawal. Duduk di tangga dan sandarkan kepala dan badan dekat dinding sambil tunggu turn nak mandi sambil ayah yang tengah iron baju kerja bagitahu Sabtu ini dia ke Kota Kinabalu ada urusan hantar paper MEDSI. He told me about MEDSI thingy (which I already know), dalam masa yang sama air mata saya mula berlinangan. Saya dengar apa yang ayah cakap tapi bisikan dalam hati ini lebih kuat nadanya berbanding suara ayah. Bila mama keluar dari bilik air, aku mula menangis senyap tapi parents tetap perasan. Aku memang mengada kan. I really need them all to stay strong. I need them all. Tak perlu bagitahu, mama dan ayah sememangnya dah tahu.
Aku sememangnya tidak boleh merasa keseorangan saat ini. Hati aku terlalu kosong ditinggalkan. Tercari-cari sesuatu yang mungkin aku takkan mampu miliki semula. Mujur sentiasa ada insan yang sudi menemani. Tidak putus-putus kata-kata semangat yang diberikan.
Bila kawan bertanya, ramai shocked. Ramai hanya mampu tarik nafas. Ramai mencipta macam-macam spekulasi. Saya? Lebih kepada cuba untuk tabah. Bukan setakat cuba. Saya harus. Nak bangkit dari jatuh ni ya Allah rasa tak tertanggung pedihnya. Hati ini terasa begitu patah. Tapi demi masa depan, ini yang terbaik aku harus lakukan. Untuk bangkit. Dan biarkan apa-apa penyesalan berlalu kerana ada hikmah di sebalik semua ini.
Thanks Mama, thanks Ayah, thanks Dana dan Kili kerana memahami. Thanks Ziela, thanks Fuad, thanks Din, thanks Niza.. kerana pendapat kalian telah membuka mata dan hati ini. Terima kasih atas sokongan kalian, kerana terlalu memahami. Thanks my fellow bloggers yang prihatin dan sudi meninggalkan komen di mana-mana walaupun mungkin belum ada balasan - Ayu, Sa, Wanie, Cik Jannah, Cikpia, Tupai Karan. Thanks buat E dan S kerana mereka aku semakin tahu kebenarannya. Maaflah E dan S tu saya tak boleh nak dedahkan nama diorang. Namun yang pasti, Allah telah memberikan aku kekuatan telah mengirimkan aku mereka-mereka yang menguatkan hati. Setiap dari mereka. Samada yang saya ada sebut atau tidak.
Satu perkara yang aku sering minta dan mahu orang faham. Tiada benci. Dan jangan sesekali membenci dia. kerana aku sendiri tidak membenci dia langsung. Dia ada sebab dia sendiri kenapa dia memilih wanita itu, walaupun sekarang saya masih tidak faham rasionalnya. Tapi tidak apa. Moga dia berbahagia saja dengan pilihan dia walaupun ada bahagian dalam hati ini tidak mahu meredhakan.
Buat masa ni, aku sedang menghimpun kekuatan. Kekuatan ada, cuma aku perlu lebih lagi. Kerana selepas ini, aku masih kena berhadapan dengan dia yang sudah bergelar suami orang kerana kami terlibat dalam beberapa program yang sama. Aku perlu kuat. Hingga aku benar-benar kuat sampai aku tak perlu hendak memaksakan semua. Bila ini semua berlaku, aku sebenarnya semakin sedar aku ini lebih kuat dari apa yang aku pernah tahu. Lebih banyak bertenang berbanding sedikit waktu lalu. Cuma dalam blog ni aku biar emosi aku terlepas bebas. Jadi jangan risau. Bukankah saya masih ada orang-orang lain yang turut menyayangi saya.
Please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as how you take this. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. I know what I have to do. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.
Please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as how you take this. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. I know what I have to do. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.
4 comments
fina..b strong ok?? jgn gv up... ingt ckp aku nih, mencintai xsemestinya memiliki...mungkin skang ko t'luka tapi bykkan b'sabar cz Allah sntiasa memberi ganjaran pada mereka yg bersabar.. Ada hikmah sumenye,insyaAllah ko akan dpt lelaki yg menyayangi ko lbey dr ko sygkn dia... banyakkn doa... b strong k!!
ReplyDeleteOi! Rilek! Rilek! Itu semua doniaaaaa..
ReplyDeleteLek la Fina. Ko nak join club aku tak?
Si Kachak Suparjo,
ReplyDeleteala rilek la ni. dont judge me by my blog entries k ehehehe. sy okey lahhh. club pe? single club? ALREADY! haha
DeAnAiNi,
ReplyDeletethanks so much ayu! i will, insya-Allah. everything is going to be fine.