­

Inspirasi Pengantin 2012 : Gaun Sanding

February 17, 2012

Oyeah memang topik kegemaran sekarang adalah wedding preparation by yours truly. MEMANG. Sila hadapi perempuan ini dengan tenang. Mood nak kahwin masih tercari-cari lagi sebenarnya. Ceh siap ada main mood-mood lagi, actually cannot find the right phrase zzzz. Masih dalam proses menerima hakikat bahawa aku telah disunting orang. Tiada bercinta, tiada couple, tiba-tiba ehh dirisik. Mama siap tanya, 'ko cakap, kawan saja??'. Saya jawap, memang kawan pun hihihi. Tidak apa, itu kita cerita nanti.

Walaupun masih cuba menerima hakikat, TAPI, ya ada 'tapi'. Mood untuk survey-survey adalah sangat tinggi tahap lampu merah kelip-kelip otroman - asyik-asyik sebut otroman kan, entah macamana ejaan sebenar tu? Ultraman ka? Dah lupa. Tumpang lalu keluarga Ultraman pojaanku.

Kerana mood window shopping untuk idea-idea perkahwinan di tahap memberangsangkan, jadi untuk hari ini, mari cakap-cakap dan bincang-bincang soal dress kahwin pula. Bukan saya je, Syam pon macam tu kadang-kadang. Tahap semangat luar biasa yang boleh mempengaruhi orang lain, yesss that's me wakakak so jangan salahkan dia. Jangan salahkan saya juga. Salahkan mood saya. :P

Cukup tidak cukup, bajet baju kahwin kami adalah RM*K sahaja (with this amount, we agreed to tempah baju terus), untung-untung boleh buat sewa nanti as my mother sebenarnya buat bisnes pelamin kecil-kecilan and saya pun ambil tempahan mengandam pengantin kadang-kadang. Not so serious, kalau ada minta, saya tolong. Begitu juga dengan my mother. With RM*K budget tu, itupun trying hard if boleh cut mana-mana supaya boleh lebihkan bahagian emergency case. Emergency dan etc etc punya expense budget RM*K saja. Hiasan kereta, centerpiece, inai, kos buat signboard dan dan termasuklah manggar dalam satu dua batang just as penunjuk jalan (almaklumlah rumah I dekat kampung. Signboard adalah amat penting) dan segala-galanya yang lain.

Baiklah, cut the crap, mari go through this pictures. These pictures actually gave me some ideas of my dream wedding dress. Theehehe. Some you might find ridiculous, some you might find unique, some might make you just wanna cry. I got this from Wedding Inspirasi.




Sharing is sexy :P

You Might Also Like

0 comments