Wedding theme : White, Ivory, Cream, Champagne.
February 08, 2012Waa.. Pening-pening. Dari kasut (kenapa mesti kasut letak paling awal?), baju nikah dan sanding, warna tema, kad kahwin, doorgift, entertainments, cakes, decorations, pelamin, cincin, penginapan family jauh, hantaran - dengan bajet **,*** sahaja. Empat puluh keww? BUKAN. Belas-belas sahaja. Hambik kau. Bajet kan, tapi nak tema elegen-elegen bagai. Siap nak photographer. Tu laaa.. banyak sangat buat survey. Ni baru bulan kedua ni. Belum bulan kelima. Lagak macam nak kahwin lagi sebulan kan? Aha Fina nebes kuangkuang.
Doakan saya dan dia berjaya tetapkan hati untuk tidak lebih dari bajet asal kami. Being a wedding planner for my own event, sebenarnya nak menangis tengok baju-baju kahwin cantik-cantik, dengan kasut, dan pelamin. Tapi saya tak nak lah berhabis banyak sangat untuk majlis sampai berpuluh-puluh ribu. Risau kalau tak berkat. Asalkan selamat, cukup. Bukan anak orang kaya. Kalau anak orang kaya pun, bapak yang kaya. Bukan anak. :D
Saya sebenarnya tertarik dengan warna-warna begini :
White, ivory, cream, champagne color.. Cantik memang cantik TAPIII..
BEGINILAH ai sekarang. Pergi mana-mana, bawa kalkulator. Ada yang nak sponsor? Haha. More to come :]
2 comments
bila tarikhnya.....??? memang dirahsiakan or i missed reading it?
ReplyDeletecikpia,
ReplyDeletemmg blm reveal lagi ihihi. ;P