Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan

March 12, 2012

So far, inilah list yang menjadi rujukan saya dan Sham since mula merancang lagi. Kalau yang masih blur-blur tentang apa yang diperlukan untuk majlis, bolehlah rujuk list ni. Bila dah tahu apa semua yang diperlukan, insya-Allah nanti korang sendiri akan tahu mana yang nak ditambah dan mana yang korang rasa tak perlu. Okey? No worries. Next update saya update tentang list untuk pengantin lelaki pula. Sebenarnya list antara perempuan dan lelaki lebih kurang saja. Kebanyakkan sama, tapi ada juga beza sikit. Okey taknak bebel panjang sangat. Here it is!


Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan anda dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan
Kursus perkahwinan RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin kahwin RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM


Barangan Hantaran
Sirih junjung RM             
Potpourri RM
Al-Quran RM
Sejadah RM
Samping RM
Songkok RM
Kain pelekat RM
Baju Melayu RM
Tuala RM
Kasut RM
Jam RM
Satu set penjagaan diri RM
Kek RM
Pulut kuning RM
Puding RM
Cokelat RM
Buah-buahan RM


Juruandam
Pelamin RM            
Baju songket RM
Bunga pegang RM
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Jurusolek RM
Baju persalinan RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Barangan hantaran RM
Hiasan hantaran RM
Solekan pengapit dan flower girls RM


Abadikan memori
Videografi yang siap disunting RM            
Jurugambar RM


Kanopi
Kanopi RM            
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM


Hotel atau taman
Kerusi dan meja RM             
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM


Makan beradap
Set meja pengantin RM            
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM


Katering
Nasi dan lauk pilihan RM            
Buah-buahan RM
Air (kordial) RM


Hiburan
Kompang RM           
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM


Sistem PA
Satu set sistem PA RM           
DJ / MC RM    


Bulan Madu
Percutian RM           


Jumlah perbelanjaan

RM           


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah
a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Anda mementingkan kesederhanaan dalam mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan anda. Adalah tidak berpadanan jika anda memperuntukkan sejumlah wang sebanyak ini untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau taman. Jangan pula anda rasa rendah diri kerana tidak mampu mengeluarkan bajet yang banyak. Biarpun jumlah yang dikeluarkan cukup minimum, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda, tidak lupa kepada mereka yang menghadiri majlis perkahwinan anda.
b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah berpatutan untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Jangan risau, tentu sahaja anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d) Perbelanjaan sebanyak RM 35,501– ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan banyak dan berpadanan dengan majlis perkahwinan anda itu nanti.


You Might Also Like

0 comments