Checklist hantaran dan tunang 2012 (updated 26 Mac 2012)
March 25, 2012OKEY NOW.
Untuk wedding saya hold dulu. Now kita fokus untuk majlis pertunangan dulu. Belum confirm tarikh sebenarnya. Plan tahun ni juga tunang. Sekitar akhir tahun. Tapi tiba-tiba bulan lepas ada antara kami yang bersuara untuk buat majlis pertunangan waktu bulan dotdotdot.
Kalaupun tarikh tunang sudah ditentukan, tetap tarikh tunang adalah rahsia. Saya mahu biarlah dihadiri oleh keluarga-keluarga terdekat kami sahaja. Dan mungkin beberapa orang teman rapat yang dapat menghadirkan diri. Itu sahaja. Dan selepas itu, kalau sudah ada tarikh untuk majlis nikah dan sanding, barulah diwar-warkan pada jiran-jiran, orang kampung dan rakan-rakan seluruh pelusuk Malaysia wah kau bajet artis nampak? Yang memang di Sabah atau kawan-kawan dari Semenanjung. Dulu belajar di Kedah. Bak kata, jauh belajar luas kawan-kawan. Merata-rata jadinya. XD Kalau dapat datang, alhamdulillah. Dan rakan-rakan blog juga *wink*ada yang sudi datang nanti kah?
Majlis Pertunangan
Date
Insya-Allah
Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot
Time
Pagi. Insya-Allah
Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot
Venue
Rumah mama dan ayah
Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot
Photographer
DSLR dah ada. Hire adik saja cukup :P
Kos :
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot
Videographer (RM0)
Will ask for help from my cousin Mimie, her DSLR can take videos. Our DSLR cannot. Hahah
Kos : -
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan dalam bulan dotdot
Mini Pelamin (optional)
Masih fikir lagi perlu atau tidak mini pelamin tu. Tapi kalau jadi, I will go for pastel colors. Purple, blue, pink, red, cream, green, white. Soft, dusty and pale versions. Vintage gitu. Saya rasa warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet. But more to red. Saya pilih red untuk pertunangan sebab Sham minat warna merah but psst saya tak discuss lagi benda ni dengan Sham.. :P
Tapi kan, kain-kain hiasan pelamin yang ada dalam simpanan mother, saya tengok yang ada warna ala-ala pastel just peach saja. Yang lain agak striking color. Saya tak cek habis, but surely I can sort that out. Yang penting bunga-bungaan dan maybe bantal kan. Dekat Kaison banyak barang-barang dan artificial flower ala vintage dan agak affordable, so saya tak risau sangat. Paling penting lepas tunang / kahwin boleh guna balik sebab saya taknak beli something yang habis setakat situ saja.
BTW, lepas saya, mungkin gap dalam setahun atau lebih my adik akan menyusul jejak I pulak. Semua boleh recycle :P
Tapi kan, kain-kain hiasan pelamin yang ada dalam simpanan mother, saya tengok yang ada warna ala-ala pastel just peach saja. Yang lain agak striking color. Saya tak cek habis, but surely I can sort that out. Yang penting bunga-bungaan dan maybe bantal kan. Dekat Kaison banyak barang-barang dan artificial flower ala vintage dan agak affordable, so saya tak risau sangat. Paling penting lepas tunang / kahwin boleh guna balik sebab saya taknak beli something yang habis setakat situ saja.
BTW, lepas saya, mungkin gap dalam setahun atau lebih my adik akan menyusul jejak I pulak. Semua boleh recycle :P
Mini pelamin adalah DIY. Lagi puas hati. Saya cerewet.
Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan nanti.
Tunang Dress
I will be wearing kurung moden (or kurung moden inspired) on our solemnization so untuk tunang saya pilih white kebaya. Kebaya koneli dari Indonesia yang saya beli hari tu dari vendor yang study di Indonesia bawa balik barang-barang Indonesia. Tapi belum jahit apa-apa lagi. Mungkin ada part yang saya DIY.
Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Ambil gambaran of how my kebaya should look like, and go for it. Hantar ke tukang jahit.
Tunang Veil (optional)
Masih fikir lagi, perlu atau tidak pakai veil untuk just sebuah majlis pertunangan. Tapi kalau nak, last minute pun boleh pakai, sebab dah ada sedia. 3 jenis warna lagi. Putih, hijau dan purple. Satu set dengan set pelamin milik mama.
Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan nanti.
Tunang Tudung
Chiffon with patch lace. Will DIY. Saya tak pakai tudung yang boleh bikin patuk tu sebab saya tak rasa bentuk muka saya sesuai pakai tudung begitu so option yang saya ada, adalah pakai shawl.
Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Beli kain chiffon (patch lace dah ada sedondon dengan sulaman kebaya tunang)
Baju Melayu / Kemeja
Me and Sham will sort that out
Kos : no clue
Tindakan : Sham
Tugas : Confirmkan nanti.
MUA (optional)
Make-Up Artist adalah optional sebab saya boleh mekap diri sendiri. My adik perempuan also pandai mekap berkat tunjuk ajar ai jadi I rasa boleh save budget dekat part MUA juga hihi
Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Kumpul balik barang-barang mekap, entah dah ke mana semua. Merata-rata (- -") And one day before tunang, make sure buat try-out with Dana's help.
Guests Doorgift
Saya tahu doorgift untuk majlis kecil tidaklah perlu sangat lagi-lagi kalau yang ringkas saja kan. Tapi 'doorgift' yang saya buat ni sebenarnya lebih kepada mencomelkan apa yang sudah sedia ada. Family kalau buat majlis, selalu ada benda ni, so saya ada idea untuk hias saja and making it a lil bit exclusive walaupun eleh eleh ja. Something yang sudah sedia dalam package dan saya tinggal tambah dan hias sikit saja. Saya dah ada idea macamana cara hias untuk doorgift guest waktu tunang. Murah but cantik. Murah sebab bakal di-DIY-kan. Soon to be revealed :)
Kos : RM100 ke bawah
Tindakan : Fina
Tugas : Survey harga, make sure dah beli sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis (ala lama lagi, tak sabar DIY :P)
Hantaran Decoration
Kami ada survey-survey hari tu dekat KK. Mula-mula saya set dalam otak nak cari dulang hantaran ala bingkai cermin. Bukankah cantik dulang begitu? Ada jumpa dekat kedai (murah lagi), tapi bila timbang-timbang apa yang patut saya setuju untuk settle for dulang yang senang untuk dihias. Kami cari dan jumpa dulang hantaran cuma RM10.90 saja. Segi empat sama dan bersaiz kecil. 25cm x 25cm x 8cm. Tidak apa kecil, sebab barang kami pun bukan besar-besar. Maybe kasut Sham sajalah yang besar sebab saiz kakinya besar but still muat tu. 12 pieces needed! Next time ke KK terus beli. Tidak mahu tunggu sampai bulan terakhir baru cari itu ini. Dekat internet saya pernah jumpa dulang dengan saiz yang sama dan design lebih kosong tapi RM25. Masuk pos, RM35. Aiseh. Scary.
Itu untuk dulang. Untuk hiasan pula, I nak guna bunga hidup. Kami berdua orang Ranau. Tapi dia dekat Kundasang. Saya dekat dengan Pekan Ranau. Berbanding kawasan Pekan Ranau dan Kundasang, Kundasang adalah lebih sejuk sebab betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. And tell you what, bunga-bungaan segar dan sayur-sayuran boleh dapat murah sangat kalau pandai menawar. Kalau kerja menawar-nawar ni bagi dekat Sham lah. Dengan RM5 saja sayur 5 jenis satu plastik dia pernah hantar ke rumah saya. Worth RM15 tu. HAHA.
Hiasan hantaran will 100% DIY. Sebarang perubahan akan di-update.
![]() |
Bertuahnya kalau dapat yang rimbun macam ni, tapi saya prefer minimalist saja. LOOK AT THE COLORS! Cantik ;) |
Kos dulang : (7+9 dulang) x RM10.90 = RM174.40
Kos hiasan : Dawai halus+mutiara & bunga (fresh/artificial) & lain-lain = no clue
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Decide the colors and decoration, dan cari barang sama-sama.
Barang Hantaran Tunang
For him : Sirih junjung, dompet & tali pinggang, sejadah & songkok, hadiah buku, set penjagaan / wangian, kain baju melayu dan butang baju, kasut, buah-buahan, kain sampin songket with keris.
For her : Sirih junjung, cincin tunang, coklat, kain baju kurung with brooch, kasut & beg, set penjagaan / wangian, hadiah buku.
Tunang 7 balas 9. Nikah 5 balas 7. Ada sebab kami tetapkan jumlah macam tu dan setiap hadiah itu juga adalah bersebab. Kalau ada perubahan, will update later. Untuk majlis nikah, lain barang lagi. Tapi pengetahuan, ada barang waktu tunang ni kami akan recycle nanti waktu majlis nikah. So yang kena recycle tu kami kena simpan dalam bekas elok-elok (- -")
Kami dah beli sebahagian dari barangan hantaran ni. Total ada 16 dulang. Yang complete dah ada 7 dulang. Yang half-half ada dua dulang. Yang lain belum ada bayang :P
Kos : kurang dari RM 1370 (bajet kasar)
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Lengkapkan.
PA System (optional)
Okey tak kalau ada bunyi-bunyian sikit, just instrumental. Bunyi pelan saja, just supaya majlis naik mood sikit.. Hehe.. :P
Kos : RM0 (dah lengkap, we have karaoke set (why mention. bukan nak karaoke pun) with marvellous speaker sound. Selalu bawa keluar untuk majlis kahwin cousin-cousin. :D bayar karan saja)
Tindakan : Fina
Tugas : Confirm later. Cari lagu yang sesuai. 2-3 instrumental musics will do.
Juadah
Perlu discuss dengan mama. My mum buat catering dan biasa join masak untuk majlis-majlis perkahwinan secara gotong-royong, so that makes things easier for me :P
Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Discuss with mother.
Keadaan kami sekarang ni macam dalam Amazing Race. Taklah racing sangat, tapi banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum sampai ke destinasi cinta bak kata Siti Nurhaliza. This is a big step, I know. Deep inside, I'd never stop praying for the best.
See you later.Yang lain saya akan update dari masa ke semasa :)
UPDATE TERBARU PADA 14 jULY 2012 DI SINI.
See you later.Yang lain saya akan update dari masa ke semasa :)
UPDATE TERBARU PADA 14 jULY 2012 DI SINI.
0 comments