­

About Titanic 3D 2012

April 17, 2012

Remember TITANIC?

First time keluar waktu tahun 1997. Dulu tengok, melalui CD cetak rompak saja. Telupid waktu itu cuma pekan kecil saja. Mana ada panggung wayang. Panggung wayang pun saya kenal waktu saya sambung pelajaran di Kedah. Waktu berumur 21 tahun. Ya, gadis kampung I am. Tapi rebellious one. Siapalah yang menyangka sebegitu sifatnya, padahal luaran nampak lembut dan ayu. Haha.

Penangan Titanic, pekan sekecil Telupid pun sangat terkesan. Di pekan Telupid waktu tu ada satu kedai. Kedai VCD. Bukan setakat jual beli, perkhidmatan sewa VCD pun ada. Our maid from Philiphine yang saya panggil kakak selalu bawa anak-anak bermain dengan kami di rumah selalu bagi dengar macam-macam hiburan. Even lagu KRU pun dengar melalui diorang haha. So bila dengar pasal Titanic, at first, seingat saya susah sangat nak dapat. First, parents tidak izinkan sebab ada sex scene. Tapi after they were convinced that part tu kena cut, so kami pun berjaya tengok. Tapi apalah yang saya tahu waktu tu. Tengok dan lupa. Bukan ada penghayatan sangat :D Antara jenis VCD yang kami selalu pinjam dari kedai tu adalah cerita-cerita hantu, dan paling saya ingat adalah Chucky. Kurang siti hajar betul cerita tu. Because of them, my brothers ambil baby patung I dan simbah mukanya dengan dakwat pen. Patung yang bila diberdirikan, mata terbuka, bila baring mata dia tertutup. Macam si Chucky tu lah. Adakah my brothers cuba untuk jadikan my doll macam Chucky wtf?

Buat kali kedua, Titanic (2012) dilancarkan di pawagam. Kali ni in 3D version. Berbahagi pilihan antara Mirror-Mirror sebenarnya haha. Tapi last-last memilih untuk menonton Titanic jugak. Feel a bit amazed sebab once the story started, rupanya saya TERtengok cerita tu waktu genap 100 tahun kapal tu karam. Tarikh yang didedahkan pada awal ceirta. 15th April 1912. Last time tengok waktu sekolah rendah, but until now it still really gets me. Dari sekitar 1500 yang berada di kapal waktu kapal tu tenggelam, hanya 6 orang terselamat. Fakta dalam movie Titanic la. Not sure about the exact amount but I believe tidak jauh sangat beza. How tragic.

Sepanjang tayangan, saya fokus habis dekat depan. Mungkin sebab 3D so graphic best. Bukanlah pengikut cerita-cerita terbaru sangat but for sure I really enjoy good movies.

Well I'm waiting for the story of Matahari to be filmed! ;)

 

You Might Also Like

0 comments