Persiapan Tunang : Update 17/7/2012
July 17, 2012
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ni (sebab sekarang dah lebih 12 malam) ada barang sampai. One for him and one for her. Mudah-mudahan sampai dalam keadaan yang baik.
Ahad baru-baru ini cuti bulanan. Agak free sebelah siang. Pagi-pagi lagi Syam call. "Saya on the way. Bersiap sekarang." Saya tanya kenapa, pergi mana? Sebab asalnya plan lain with him juga dengan kawan-kawan BARU haha tapi tidak jadi. Dalam hati, eh bagus juga kalau turun ke Kota Kinabalu. Sebab hal ini :
Takut habis punya pasal. Pulak tu RM18 sahaja. Di Starlight Segama. Hari tu datang tidak ada pun keluar. Haha, dah hafal. Sesungguhnya akhir-akhir ni Kota Kinabalu dah jadi tempat pusing-pusing wajib dah. Terutama Segama, Sinsuran, dan 1B. Kadang-kadang Inanam, Alamesra dan lain-lain ikut pada mood. Internet memang banyak tolonglah, nasib baik google ada. Kawan-kawan pun banyak tolong.
Antaranya. Saya share, mana tau ada rakan-rakan yang tengah mencari juga. :)
Saya dan Syam cari dekat Starlight di Segama dahulu. Murah. RM18 tapi how unlucky, warna putih yang macam dalam gambar yang Zee L Nus my friend upload dekat my Facebook wall dah sold out. Padahal baru selang sehari dari gambar tu diambil. Frust di tempat kejadian. Yang tinggal cuma colour pink, ungu, dan hitam. Pink and ungu dia actually nice sangat colour dia. Kalau bukan sebab Syam ingatkan untuk berjimat, rasanya saya dah beli kain bulu-bulu pink dan ungu tu barang semeter dua HAHAHA nafsu, nafsu.
Lepas tu kami ke Karamunsing - dalam kecewa-kecewa tu I totally forgot yang my other friend, Adreynie Elisya or Wanie actually ada inbox me around two weeks ago where to find kain bulu-bulu tu. Instead, kami pergi Karamunsing sebab Syam kata dia macam ada nampak kedai carpet yang jual macam yang kami nak. To my surprise, jauh lebih murah waktu kami ke Kamdar dulu. Around RM120 macam tu lah. RM200 ke bawah. Remember Kamdar yang I cakap hari tu RM315 AFTER discount? Cekik darah. Saiz and kualiti lebih kurang. IF I was planning to buy CARPET, rasanya waktu dekat Karamunsing tu I totally dah beli dah carpet putih tu. Tapi we are looking for KAIN not carpet. A small kedai only. Tapi dah lupa apa nama.
At last, saya teringat dekat mesej Wanie tentang kain bulu-bulu dekat Wah Yoon tapi lupa di mana Wah Yoon haha. Dengan bantuan adik melalui handphone, suruh dia online through my laptop and broadband (saya tinggalkan dekat rumah) suruh dia cari Wah Yoon ada dekat mana. Sangat-sangat lupa detail yang Wanie bagi, that's why. Siap minta adik google nombor telefon Wah Yoon lagi. Dalam sejam lagi sebelum Wah Yoon tutup, kami gerak dari Karamunsing ke Segama balik, cari kedai tu, jumpa, cari kain bulu-bulu, jumpa. Dekat tingkat atas - RM35.05 per meter siap ada 5 sen lagi you T______T. Membeli 4 meter dan membelah. Itu barulah membeli BELAH kan heh. I feel so glad that we finally found and bought that kain bulu-bulu. Especially I la. Boleh mencuka setahun kalau tak dapat-dapat. HAHAAAAA...
Lepas tu kami ke King Fisher singgah Giant - beli keropok. Lepas tu pergi seberang jalan dari Giant ada Guardian. Tengah sale. So we grab the chance. Harga tak berapa nak sale sangat la but at least lega sebab salah satu list untuk hantaran dah boleh padam. Kurang sikit beban dalam kepala kami.
Selain tu, remember the parcel I mention dekat awal entry? Dah sampai alhamdulillah terubat juga kepeningan tentang hal tarikh pertunangan.
Okey dears. See you all later. I have 10 comments under moderation - semua belum approve lagi. Tapi saya baca satu-satu. Nanti bila masa mengizinkan saya approve semua siap balas komen. Bye semua.
Selain tu, remember the parcel I mention dekat awal entry? Dah sampai alhamdulillah terubat juga kepeningan tentang hal tarikh pertunangan.
Okey dears. See you all later. I have 10 comments under moderation - semua belum approve lagi. Tapi saya baca satu-satu. Nanti bila masa mengizinkan saya approve semua siap balas komen. Bye semua.
2 comments
Kain bulu2 nak buat apa ya?
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeleteutk mini-dais ^^