Engagement Day Review : Date review

August 29, 2012

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah yang sangat-sangat-sangat-sangat yang paling tersangat sebab majlis yang berlangsung biarpun simple tapi kami dapat rasa keberkatan dia. Ada aura-aura tu. Good foods, nice pictures, kedua-dua family sepakat, lepas tu ramai orang. Eh memanglah ramai kan, dah kita buat open house raya sekali dengan majlis. Theeheeeeee.. Yang tiada kaitan dengan family kami berdua pula yang ada macam-macam bunyi. Eh nasib baik orang tua tau lepas tu kebetulan memang nak kurangkan sikit bermulut liar, kalau tidak, dah lama sound balik you. Maksud liar tu bukan sebut benda tak senonoh. Mulut ni agak suci lagi, tapi bab sound memang direct kalau dah puas bersabar. Bak kata tunang, CELUPAR. Pasrah dia dapat tunang mulut celupar *tiba-tiba rasa mau zip mulut* :P

So malam ni, saya review pasal tarikh yang kami pilih. Kalau dulu kami merancang (sekitar hujung 2011) mula bagitahu parents tentang plan kami, dalam bayangan kami dalam hujung tahun 2012 untuk risik. Memang time tu fikir about risik saja. Tunang kahwin semua rasa masih jauh sebab masa tu kami masih dalam proses kenal hati budi. Kami fokus untuk perkenalkan masing-masing pada keluarga dahulu. Paling penting. Sebab parents kami belum tahu especially family saya walaupun mungkin suda terhidu bau-bau kan.. Entahlah bau apa.. Tapi parents saya agak terkejut juga sebab last thing they know (which is baru 7 bulan berlalu), I frust dekat seorang lelaki yang aku dah lupakan namanya. Love based on lie, macam tu lah. Anyhow, ya, risik tahun 2012. Tup tup hujung tahun tu juga (2011) his mom suruh dia bagitahu saya yang diorang nak datang merisik. Terkejut beruk. Beruk pun pengsan tengok I sedang terkejut. Pongpangpongpang, 22 Januari 2012 selamat memakai cincin tanda.

Waktu tu berkobar-kobar tengok tarikh. Bincang-bincang dengan Syam, waktu bulan Februari kami cadang tunang bulan 12 lepas tu nikah dua bulan lepas tu. Tapi sekarang plan tu entah ke mana-mana. Semua TERcepat. Antara sebabnya, mungkin rezeki yang murah, dan kebetulan pula raya bulan 8 kan. Tidak sangka sebenarnya ...ahh balik-balik tidak sangka, tapi memang betul-betul tidak sangka kami tunang secepat ini.

Alhamdulillah hati kami tergerak untuk mempercepatkan majlis pertunangan, dari bulan 12, terus ke bulan 8. Dekat-dekat raya baru betul-betul confirm sebenarnya, sebab tu saya tidak berani letak dalam blog. Biar majlis selesai dulu baru lega dan free rasa nak bercerita. Mula-mula set 22 Ogos 2012. Saja gedik nak letak since dulu risik pun 22hb. Tapi malangnya tidak kesampaian sebab terlalu awal. Orang masih dalam mood beraya. For me, kalau saya ada pilihan tarikh, saya pilihlah. Kalau tiada, saya fleksibel dengan setakat yang ada as saya yang kena tengok masa ayah dan mama since ibubapa saya adalah antara insan-insan yang sibuk. Mother yang pilih tarikh 25hb Ogos bersamaan hari Sabtu. Family Syam cakap ikut saja, tapi tetap kami forward cadangan tu and alhamdulillah semua okey.

Dan maka pada 25hb Ogos 2012 :



Selamat. Alhamdulillah.

Untuk starting time, kami start bila-bila masa di antara zuhur dan asar. Dari dulu memang perancangan buat macam tu. Even open house raya tiap tahun sebelum ni pun start lewat sikit. Mother tidak buat start dari pagi sebab nak spare masa pagi untuk buat persiapan akhir. Saya sendiri pun perlu masa untuk bersiap kan. Tambahan, buat sekali dengan terbuka kan so upah orang untuk kerja-kerja tertentu supaya isi dalam rumah tidak terkejar kalau dah sibuk dengan dua event. Nasib baiklah selain pekerja berbayar, ada banyak yang hulur bantuan time tu. Alhamdulillah.. Tu antara yang seronoknya tinggal dekat kampung. ;)

Lokasi pula, saya tiada gambar untuk suasana open house kami tapi ini suasana di ruang tamu rumah sebelum dan sewaktu majlis :

Sebelum






Sewaktu



Yang langsir biru tu pintu dapur




DONE. Next review tentang :

Fast Review
Full Pictures
Date
Time
Venue
Photographer
Videographer
Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Veil
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Guests Doorgift
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
PA System
Juadah
Etc.

You Might Also Like

2 comments

  1. hey sayang. wanna know something?

    nama full kita : fifi aswana binti asli.

    hey, nama ayah kita lebih kurang la!!!!

    ReplyDelete
  2. fifi aswana,
    serious??

    haha actually nama asal ayah sy pun asli juga. tp dia tmbh nama, still ada @asli dkt ic. :)

    hehe btw i thought 'fifi aswana' tu virtual name la.. as mine.. fina sophie tu buat2 sj but dah mcm nama nmbor dua dah since byk kawan2 especially time kolej guna nama tu.

    ReplyDelete