Kelebihan dan Kebaikan Minum Air Suam
September 22, 2013
Tadi surf-surf internet, finding something useful kononnya.. Go through blogs and
pages.. Sebenarnya cari tips travel ke Langkawi padahal asalnya nak cari tips ke
Johor + Singapore PADAHAL 4 BULAN LAGI KOT.. Over pula cari tips pergi Langkawi padahal Langkawi lagi lama - dalam 9 bulan lagi (- -") Here and there, ..and I found this! Kelebihan dan kebaikan minum air suam. Amboi jauhnya awak menyimpang. Bukan ke tadi awak cari tips travel?
Talking about 'minum air'. I have a (writing) notebook I bought at Kaison 1Borneo - I wrote mostly
about things I wish to retrieve sometimes but tidak mahu membebankan otak. Such as lists, future plan, keluar masuk duit,
any interesting tips yang saya jumpa dekat internet saya jot down juga
dalam tu. And funny is, everytime tulis to-do list, mesti ada 'MINUM
AIR BANYAK'? Sebab saya suka paksa diri sendiri. Sebab saya takut kalau
minum air tidak cukup banyak. Minum air banyak-banyak sememangnya sangat-sangat-sangat essential untuk badan kita. Sekurang-kurangnya 1 liter untuk setiap 25kg berat kita. Maknanya kalau berat kita 50kg, paling basic tiap hari kena minum 2 liter. As for me, I'll go for 4.5 liter everyday. Haha. Banyak kan. 2 kali ganda dari berat sebenar.
Tapi tunggu dulu. Minum air banyak-banyak tapi memanjang asyik air sejuk pun tidak boleh juga. Untuk mengoptimumkan kesihatan tubuh badan, why not go for air suam? Right? Ai sendiri pun minum air suhu biasa-biasa saja. Kadang-kadang saja minum air suam. Lepas baca ni jom sama-sama amalkan minum air suam!
Baik.
So apa khasiat tersembunyi pada badan jika minum air suam ni? Sekian update blog untuk hari ini. Cekidaut!
Menguruskan badan
Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Kalau kita minum air suam dengan kuantiti yang banyak ia boleh menghilangkan selera makan. Makanlah banyak mana sekalipun, tapi kalau anda amalkan minum air kosong suam, rather than air kosong sejuk tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insya-Allah.
Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Keep warm and carry on. :P
2 comments
WOW!!!!!! i have to start making it a habit la.... selalu xcukup pun 2 liter....... minum ikut mana sempat je....
ReplyDeletecikpia,
ReplyDeletesusah nak jadi habit ni but once start mmg best la kesan dia hihi.