Kerana aku isterimu
September 10, 2013
2:20 pm
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2:27 pm
Suamiku yang tercinta.
Tiap malam entah mengapa mataku sukar untuk dilelapkan, hanya bila memikirkan hari ini lelah kerja dan esoknya perlu bangkit awal ke tempat kerja baru mampu ku paksa mataku untuk lelap. Terjaga di tengah malam beberapa kali sudah menjadi rutin tidurku kini. Kenangan akhir-akhir perkahwinan kita sungguh pedih untuk dikenangkan. Lantas aku cuba membuat catatan ini, biar cuma sebagai bahan tawamu, usikanmu atau apa saja. Tetapi harapanku biar ada juga sedikit yang akan menyentuh dinding hatimu.. Bahawa inilah bicaraku, isterimu. Yang cuba meringkaskan rasa hati ini agar kelihatan jelas kegelisahan menjadi bening, jiwa yang gemuruh, kacau, sedih dan segala macam akan terubat walupun sedikit.
3:10 pm
Suamiku yang penyayang.
Teringatku saat ini, di rumah ku, bilikku sendiri, di Kampung Kinapulidan yang permai, bertemankan sebuah diari dalam blog dan beberapa keping gambar kita dalam handphoneku yang tak pernah jemu ku tatap.. Segala kata-kata, sms, harapan indah untuk membina istana bersamamu, walaupun detik hati aku kini berkata aku sebenarnya mungkin tidak mampu menangani masalah yang kini menjelma. Aku sebagai isteri yang tidak mampu untuk membahagiakanmu dari segala segi!! Baik dari segi masa lalu ku, baik siapa aku kini. Tetapi suamiku yang tercinta, inginku kongsikan hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Rasullullah SAW bersabda : ‘...barang siapa yang hidup tenang di lingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya, telah di peruntukkan untuknya’.
Ada lagi saudara kita suami isteri yang malamnya lebih gelisah
tidur atau belum tidur atau juga sudah bangun tidur semata-mata untuk
mencukupi keperluan sehari lagi esok yang mungkin hari
terakhirnya. Lantas segera keduanya khusyuk sekali menguli tepung,
memarut kelapa, memotong daun pisang semata-mata mencari rezeki halal
untuk sehari sahaja. Gigihnya mereka.
Tapi adakah kita ingat, lihat dan sedar lalu jauh sekali untuk mensyukuri kehidupan kita kini.
3:30 pm
Suamiku yang semoga mengerti.
Maafkan aku, sebagai seorang isteri yang memohon perlindunganmu, tarbiyahmu, nasihat-nasihat lembutmu. Aku seorang yang selalu salah percaturan, selalu keliru dalam kehidupan, selalu tersalah langkah untuk ke hadapan, selalu tertinggal oleh dunia.
Maafkan aku suamiku, mungkin aku tidak sebaik dan sesempurna isteri-isteri sahabat-sahabatmu yang pernah kau temui, atau juga mungkin tidak sebaik ibumu. Aku isterimu yang memerlukan sedaya upaya kekuatan dan semangat dari seorang suami untuk meneruskan kehidupan. Aku tidak akan pernah sempurna tapi aku ingin sentiasa menjagamu saat susah dan senang namun siapa aku perlu harapkan bila aku juga memerlukannya? Aku isterimu. Aku sentiasa kira kau pelindung aku setelah ayahku. Jika membebankan, maafkan aku...
3:38 pm
Suamiku yang aku sentiasa maafkan dan mohon pengampunan,
Aku terlalu berdosa padamu. Berdosa pada Allah. Berdosa pada kedua iba bapaku. Berdosa kepada diri sendiri. Dan untuk itu berkali-kali hinaan untukku daripada pelbagai sudut kehidupan. Tapi aku percaya… “Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya”. Aku pasrah pada Allah kerana aku percaya pertolongan Tuhan ketika hambanya mendekatkan diri kepadaNya. Tapi aku selalu lalai. Aku mudah alpa.
3:48 pm
Suamiku yang melembutkan hati.
Maafkan aku atas segala bicara kurang ajar, tidak sedar diri dan tidak beradabku kepadamu selama ini.. Berlatarbelakangkan perasaan seorang wanita yang hatinya begitu mudah terluka, apa sahajalah yang mampu aku lontarkan kerana lisanku tidak selancar kamu.
Mungkin aku mudah kelu.. Kerana aku tidak mampu menidakkan kamu bila kamu sudah ada di depan mataku, dengan getaran suaramu yang sentiasa berkesan melembutkan hati panasku, tidak pernah gagal sekali pun. Lebih-lebih lagi bila suaramu itu kau guna untuk memujukku. Seluruh hatiku sesungguhnya bergetar indah. Aku tidak mampu melihat kamu sedih, menangis kerana aku. Aku tidak pernah tega.. Jauh di sudut hati, diri ini lemah untuk terpaksa melihat semua itu.
4:01 pm
Suamiku yang lembut hatinya.
Ingatlah
bahawa isterimu ini sentiasa bersyukur dan mendoakan suami menjadi
pelindungku. Pelindung rumahtangga. Pemimpin sejati seorang isteri.
Barang siapa yang sentiasa bersyukur bererti dia telah menghidupkan jiwa dan membahagiakannya, dia tidak melewati harinya dalam keadaan lapar dan gelisah. Sesungguhnya angin ketika bertiup dengan kencangnya, yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja.
Semoga Allah kuatkan imanku
Semoga Allah jadikan aku seperti pohon itu
Dan janganlah jadikan aku bara apI
Kerana aku takut hilang pertimbangan
Kerana aku takut hilang kewarasan
4.05 pm
Suamiku… Dengarlah!
Aku sebenarnya rindu padamu.
aku rindu untuk mendengar tutur kata lembutmu biar sepanjang hari.
aku rindu menatap wajah redup dan mata beningmu merenungku bagai waktu dulu.
aku rindu untuk dekat denganmu, jadi isterimu yang tetap sahabatmu, yang menerima tanpa syarat, tanpa diadili setiap perlakuan.
aku rindu untuk membantu tika sakit demammu.
aku rindu pelukan hangatmu dengan penuh kasih dan sayang.
Akhir-akhir ini, aku jadi gila sebab..
aku sakit.
luar dan dalam.
hilang kasih sayang.
hilang arah.
hilang diri.
4:10 pm
Suamiku sayang..
Walau apa pun, hari ini genap 7 bulan pernikahan kita. Apa yang aku harapkan adalah lebih dari segala-galanya. Walaupun aku mungkin akan tidak pernah bisa mengungkapkannya dengan sebenar-benar kata, namun aku harap kau mengerti, suamiku. Dan jangan pernah berhenti memberi pengertian. Moga kebahagiaan sentiasa milik kita..
Tanggungjawab aku untuk menyintaimu. Kerana aku isterimu.
4.20 pm
0 comments