01.12.13

December 13, 2013

Bila semua orang sibuk memperkatakan tentang 11.12.13, aku cuma memerhati. Hei aku juga ada tarikh best tau.

01.12.13

Tarikh hari jadiku yang sudah lepas. Yang ke27. Walaupun sentiasa rasa masih awal 20an kerana berperangai bimbo kadang-kadang. Haha. Baiklah. Tiada kek atau perayaan (as usual). Cuma mensyukuri aku masih hidup. Paling-paling mungkin dinner bersama family. Menginjak usia hampir 30 ini, harapan aku cuma satu. Aku cuma mahu hidup yang bahagia, dikelilingi oleh orang-orang yang membahagiakan, dan dikasihi disayangi seadanya. Tiada lain yang aku mahu. 

Okey tipu. Ada. Aku mahu boots baru, mahu case baru untuk my note 1, mahu shawl baru, mahu koleksi buku baru sebab semua dah habis baca, mahu dapat berat 45 atau kurang dari itu, mahu bertemu dengan sahabat-sahabat lama reminiscing the good old times, dan mahu lebih banyak berjalan dan travel ke luar samada dengan suami, keluarga, atau kawan-kawan. Mungkin bakal terlaksana sebelum hari jadi ke28. Hari jadi ke29 harapnya sudah punya anak sendiri. Insya-Allah. Mungkin agak terlewat namun tetap menanti penuh sabar ihiks


Go somewhere, someday

Begitu banyak keinginan.

Kerana blog ini sendiri tercipta atas harapan. Aku sendiri mula menulis blog atas sesuatu yang aku tidak pernah mampu miliki walaupun hingga aku mati berulangkali. Gugur dari harapan namun sentiasa dikenang seumur hayat. Kalau. Kalau itu mampu aku miliki, aku sesungguhnya tidak perlu apa-apa lagi. Aku tidak perlu ke mana-mana pelosok dunia mencari erti kerana dunia aku telah tersedia ada. Aku tidak perlu mencari apa-apa yang membuat aku penuh kerana hati aku telah penuh. Kalau sahaja. Bukan hakikat. Apakah itu? Okey jangan andaikan yang bukan-bukan. Sebab itu tak benar. (tiba-tiba)

Usia 27 tahun. Semakin berusia. Dan semakin kau tua seiring usia, begitu banyaknya perkara lepas yang menyakitkan hati. Bikin makan hati. Tinggal tak makan organ dalaman lagi. Dan entah sampai bila aku mahu memandang ke belakang seolah di hadapan aku segalanya menyakitkan. What doesn't kill you makes you stronger. Pernah dengar? Banyak beza antara aku tiga tahun yang dulu, dan aku yang sekarang. My way of thinking. My way of talking. My way of how I present myself. I am more calm. Sometimes bimbo, but never too excited all the time, exaggerating too much all the time like I am before.

Malah makin suspicious. Jika saya tidak faham, sukar saya nak yakin. #1, orang datang mintak derma, I don't believe them. Especially yang guna nama anak-anak yatim. Jika saya nak derma, saya tahu mana nak pergi. Tak perlulah paksa-paksa kan. #2, orang datang hal business untuk buat partnering. Katanya tak perlu fikir lagi. Tak perlu buat apa-apa biar dia urus semua. I don't believe them. Saya sendiri dalam dunia business walaupun masih bertatih. Been in the ups and downs. All flowers in business, seriously? If I am going to partner, it's not going to be with some strangers. Cakaplah taknak maju or apa, sebab bagi saya maju atau tidak itu bukan sekadar oleh peluang. Tapi juga dengan kebijaksanaan. Saya tidak tolak fakta banyak orang kita ambil peluang tapi tidak bijaksana menguruskan peluang. Dalam kes ini, menguruskan partnership. Maksud? Faham-faham sajalah malas nak cerita panjang.

Ada yang kata, "..Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun ditimpa musibah dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang.." Masalahnya bersih sangat ke hati aku ni. Perasan, sebab kau merungut banyak sangat dekat blog, so jangan harappp.. kata anda. Haha. Shut upp. Entah ke mana-mana sajalah entry ni. Bukak pagi-pagi tapi lewat petang baru nak habis menaip. Multi-tasking sangat.

Baik. Jom tengok budak comel ni sekitar 21 tahun yang lalu.



Terima kasih Allah kerana
masih memberikan aku peluang untuk bernafas hingga ke hari ini
terima kasih pada Mama, Puan Laurah
kerana telah melahirkan saya sebegini sempurna ke dunia ini
dan terima kasih Ayah, Encik Asuka
  kerana telah memberi didikan dan nilai secukupnya
untuk aku meneruskan hidup sebagai
sebenar-benar manusia dalam dunia ini.
*nanges*
sebab aku tahu macamana pengorbanan ayah untuk aku,
dan kami sekeluarga
segala-galanya tidak mungkin aku terbalas seumur hidup ini
di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi
cuma mahu disayangi dan menyayangi,
diberikan hati yang suci,
muka yang jernih,
rezeki yang halal,
hidup yang berkat dan bersederhana,
mampu melihat keindahan dunia selagi hidup,
dan akhirnya mati dalam iman.




And the bali trip is for rewarding myself. Walaupun baru beli tiket guna duit Nuffnang yang baru aku cash-out tempoh hari. Anggap saja itu hadiah dari kalian buat aku. Terima kasih! Trip lama lagi 9 bulan lebih lagi, sempat lagi nak beranak!, tapi bila sampai waktu, pastu akan aku update. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, menegak, membelakang, mengiri atau menganan *smile*

Again, HAPPY belated BIRTHDAY FOR ME ♡ 

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Sophie :)

    Happy belated birthday!

    Hope your day is filled with lots of love and laughter! May all your birthday wishes come true.

    Same with me, lebih suspicious, maybe pengalaman lalu mengajar untuk lebih berhati2 kan

    I know your feelings, saya pun pernah berada dalam situasi awak

    Tapi dengan sejarah lalu makes me more stronger than before. :)

    ReplyDelete
  2. Tak tau kenapa aku kena menangis baca belog ko ni. Sepenuh hati aku baca entry ni. Memang feel habis. Or mungkin rasa sayu sangat dengan playsong tu. Lagu apa ek? Arghhh.. Sebak lagi!!

    ReplyDelete