Still here

December 11, 2013

Agaknya sudah tiba masanya untuk aku tukar nama blog ke 'MASIH DI SINI' amboi. Sendu semacam la plak. Sememangnya perlu (wakakak) supaya readers tahu yang aku ini sentiasa di sini, cuma updatenya saja yang jarang. Tiap hari notification sampai tetap aku terima tiap saat saban hari namun untuk menghapdet rasa malas ya amet. Notification Facebook saja yang aku off terus kerana Facebook bisa membuat hatiku tidak tenteram. Maka bila berkeinginan, baru log-in FB, jika tidak, biar ia di situ. Hehe. Blog? Bila rindu .. eh bila rajin, maka berduyun-duyun entry, balasan komen, dan kemungkinan komen ke blog follower. Namun bila malas? Ingat pon tidak (lah sangat). Blog and I are bestfriends. And bestfriends understands each other. Ewah.

Peraturan baru sejak beberapa bulan kebelakangan ini. #1, berblog hanya bila mood sedang okey. #2, berblog bila benar-benar punya masa. #3, lebihkan penggunaan bahasa. Just because. Haha.


Kerana aku punya habit tak pandang kamera waktu selfie. Mesti tertengok preview waktu tengah capture. To make sure ai am pretty or not comel or nottt?! Haha benang shawl terkeluar. Cacat wakakks T___T


Baik. Almost two weeks tak blog. Ini sedikit sebanyak yang terjadi :

1. Book tiket ke Bali - Bandung - KL untuk 2014. Bak kata Fiza, tahun depan tahun I berjalan! Haha.
2. 2-6 Disember teman husband bawa tourist dari Semenanjung. Actually kawan sama-sama blog juga cuma sebelum ni tak pernah jumpa (hai Zack ^^)
3. Dalam perjalanan hantar diorang ke airport, eksiden sikit.. Kereta kami dengan motor budak UMS dekat roundabout. Kemek dekat bahagian co-driver. Sekarang ni husband dah setel ketuk, cat (sebab ada kesan calar) dan malam-malam google dekat mudah.my carik sticker kereta. Belum setahun beli dah ada defect. Maybe it was my fault tsk tsk tapi nak buat macamana kan, benda nak jadi.. Yang penting alhamdulillah sangat-sangat cuma kemalangan kecil. Tiada siapa yang cedera.
4. Benda yang dirancang tapi tidak terjadi. Ini pun satu kejadian juga. Iaitu tidak sempat tengok cerita sekuel The Hunger Games : Catching Fire. Entah bila baru berkesempatan. If tak sempat langgan dekat astro first sajalah jawapnya walaupun seriously memang tak puas tengok. Dah lama tunggu okey..

Ada masa nanti aku cerita satu-satu. :D

You Might Also Like

0 comments