Sisters Trip Part 1 : Over All Cost & Pre-trip

September 09, 2014

June Trip ni I did quite a lot in terms of preparation and sorting out things termasuklah beli travel kits macam weight scale and travel adapter. Sebab our last trip to Singapore (with husband) was just a short trip 3D2N and tak involve overnight dekat luar negara. June Trip was different since we're outside there for 5 days.

And the preparation sure was a lot different. Singapore dulu study how to get there and study about USS and how to get anywhere and that's it. Very simple. Untuk June Trip, I kena study every places. Sampaikan schedule bas kena tahu, kena naik tuktuk warna apa ke Aonang, mana pengurup wang (tukar  matawang) yang paling berbaloi, harga entrance fees, itinerary dan honestly everything and 'everything' feels so underated. Schedule bas only took more than 1 month. Walaupun I buat tour guide dekat Sabah, I plan orang punya percutian, but honestly, jika travel agent tu ambil terlalu banyak untung dan kalau setakat bajet, baik plan sendiri, jauh lebih murah. And I am more than happy to plan mine too. Guna travel agency just untuk honeymoon yang betul-betul honeymoon dan bermewah-mewah (banyak duit?) dan kalau masa dah singkat dan you have no time to survey then okey, datang Sabah last minit cari ai :P

Sepanjang survey, I learnt quite a lot actually. But tidaklah terlalu banyak. Bolehlah cukup-cukup makan untuk yang baru menceburkan diri dalam bidang mansau-ansau ini.

Supposed entry packing tips yang up dulu tapi in the midst I decide untuk up entri budget dulu. Now dah siap edit so presenting youuuu.. :



Ini adalah kerja malas sebab edit template trip ke JB saja dulu but apapun yang penting adalah isinya. RM2121 untuk dua orang 9H8M (RM1060.50 seorang) lepas tolak shopping bagi saya adalah cukup murah. Hotel, makan, flight, transport, entrance fees semua dah masuk. Banding ke JB dulu 3H2M seorang RM800, baik macam ni 9H8M seorang RM1060.50 saja. Kalau jimat part makan dan ambil penginapan dorm, laaagi murah. Tapi semuanya ada tips dan trick. I spent almost 1 year to get this price.

Tapi tetap nak letak kartun tu sebab sedih part shopping wakakakkk! Adakah mungkin ke Bandung nanti berjota-jota (rupiah) akanku habiskan? Tunggu dan lihat. RM1131 tu dah boleh dapat 4 juta lebih rupiah tu.


1. Tiket Penerbangan
Nampak perbezaan harga tu? Saya beli tiket flight sekitar 11 bulan sebelum berlepas. Waktu promo Air Asia. Dana beli around 4 months before. Flight delay dalam 9 hours dan tak dapat tuntut apa-apa gara-gara tak ambil insuran. My advise, dekat macamana pun, ambil sajalah insuran itew.


2. Hotel
Kami booked 1 malam di T Hotel Kuala Perlis (RM89 1 malam), 2 malam di Chomelle Hotel Langkawi (RM60 1 malam), 2 malam di J Hotel Krabi (RM60 1 malam), 2 malam di Tune Hotel Hatyai (RM45 1 malam) dan 1 malam terakhir di Armenian Street Heritage Hotel (RM128 1 malam). All rooms with aircond, comfy bed, dan kami totally have no problem at all with all hotels. Cuma T Hotel saja kami tak merasa. Dah book tapi tak rasa sebab flight kami delay maka plan untuk Day 1 burn macam tu saja. Terpaksa tidur dalam surau airport tau since sampai Penang dah tengah malam. Mana ada bas ke Kuala Perlis! Pengalaman ngawi ri. Haha.. But alhamdulillah Day 1 saja begitu. Day lain-lain sampai habis berlangsung seperti yang dirancang. Alhamdulillah sangat-sangat.


3.Transport
Selain flight. Perjalanan kami dari airport Penang dan balik ke airport Penang semula macam ni. Dari airport Penang, naik shuttle bus ke stesen bas Sg. Nibong. Dari stesen bas Sg. Nibong direct ke Kuala Perlis (5 hours) bas singgah sekejap ke stesen bas Shahab. Hoho.. Hi Inspector Shahab. Long time no see. Dulu ke Alor Star dari UUM or UUM - Alor Star of cos datang sini naik bas MARA Liner. Tapi tengok sajalah stesen tu dari luar. Sampai Kuala Perlis less than 1 hour after that terus ke jeti. Tidak jauh pun dari tempat turun. Turun dah nampak bangunan jeti cuma kena jalan lagi siiikit. Direct ke jeti dan beli tiket (RM18 saja per pax) ke Langkawi. Sampai Langkawi ambil kereta sewa dan isi minyak. Dan hari ketiga di Langkawi kembalikan kereta sewa dan dari jeti naik feri ke Satun, Thailand pula. Dari jeti Satun, naik tuktuk for RM3 seorang ke stesen bas Satun. Dari stesen bas Satun naik bas ke Krabi (4 hours you) dan turun di stesen bas Krabi pula. Dari stesen bas Krabi naik tuktuk ke Aonang Beach di mana terletaknya penginapan kami. Sepanjang 3 hari kami di sana pengangkutan kami adalah tuktuk sebab murah dan dapat campur dengan local. Heheh. Pergi Hatyai pun naik bas (5 hours). Last day di Hatyai kami naik bas lagi ke Penang (lalu imigresen Thailand-Malaysia). Dan last day trip tu kami naik teksi dari hotel ke airport Penang balik. Amacam, macam penat tak? Haha..


4.  Entrance fees
Entrance fees segala termasuklah islandhop ke 4 pulau di Krabi.


5. Makan & 6. Shopping
Bila tengok pada angka tu, adeh.. Kenapa macam mahal padahal kami jarang makan? Haha. Antara yang mengecewakan selain shopping, adalah part makan. T_T Shopping memang over budget. Konon RM300 only but see? Nilah jadi bila both perempuan yang pergi shopping. Tapi kira niat murni la sebab most of it spend untuk family kot hehehe. Bawa balik everyone is happy.


7. Lain-lain
Ya. Tambahan last minit part yang time dekat airport. Sebab Dana beli luggage besar, so flight pergi pun kena ambil KG untuk checkin luggage. Oversized nak masuk cabin. Pastu last day tiba-tiba time nak check-in nak balik KK dari Penang airport pula, beg guni kami wajib kena wrap sebab takut koyak diorang nak lambung-lambung masuk dalam cargo nanti tak boleh/koyak lol. Buang duitttt lagi. Mahal jugalah. RM30 untuk wrap dua beg guni. Mahal tuuu.. Sebab tiada dalam bajet XD


Dan untuk pre-trip pula ;

8. Shades
Beli di Centre Point KK di tempat yang tidak disangka-sangka. RM15.00. Inilah satu-satunya yang terlupa ambil balik time islandhop di Krabi. Cari sebenarnya after that tapi tak jumpa! Bila tengok video yang kami rakam, hmm.. Pantai tu luas sangat, saya lupa saya letak dekat situ. Nasib baik kau murah saja.



9. International Plug/Adapter
Beli dari Lazada and I forgot the price. Sorry. But it's very useful when you're outside.


10. SJ4000 Action Camera
Action la sangat. Tapi tahap boleh bawa masuk air, memang cukup eksen la kan hehe. What I love is the wide angle. 170 darjah you! Beli at RM470 ni masuk accessories, extra accessories dan pos). Sekarang boleh dapat RM350 saja. Yang kaler pink tu. Dah siap attach dengan monopod lagi.



11. Powerbank
Sejak guna, powerbank ni dah macam essential for me. And rasanya sekarang makin ramai dah orang guna. Saya guna jenama Pineng (the only one I trust) MAH 16K price RM104 including postage. Sekarang dah murah ni. RM80 boleh jumpa dah di Lazada. :)


12. Memory card
Sebab yang paling besar 8GB saja. I beli 32GB dan alhamdulillah cukup. Kecil dan ada adapter so boleh masuk dalam hanset dan boleh masuk dalam DSLR. Senang sangat kerja jadinya. Tidak perlu bluetooth dan segala tooth. Price dapat harga murah dari pasaran tapi lupa pula. Maybe RM50-60 something..


13. Digital Portable Weighing Scale
Sangat berguna juga esp untuk make sure berat bagasi tidak lebih dari yang sepatutnya. RM28.

14. Medicine
Bawa yang penting macam ubat gosok, panadol, dan Vitamin C. Saya consume Pahang Pharma punya.


There. Tentang bajet dah selesai. Lepas ni pasal packing pula.

You Might Also Like

0 comments