­

Sisters Trip Part 3 : Day 1

September 11, 2014

Day 1 : Ranau - Kota Kinabalu - Penang


Plan asal

Malam tu tidur lewat dan only sleep 2-3 hours before get up dan bersiap nak ke stesen teksi Ranau untuk ambil teksi hantar terus ke airport KK (RM35 per pax per way). Next time I think I prefer book first flight (untuk trip) at nightlah. Saya ni ada sindrom tak boleh tidur kalau besoknya awal pagi lagi kena jalan jauh. Now even perjalanan pendek 30 minit pun, asalkan kena bangun awal dari biasa, tetap tak boleh tidur. Entahlah kenapa. Padahal rutin harian bangun awal juga tiap hari.

Nasib baik both me and Dana jenis tidak kisah. Untuk pengetahuan sepanjang trip ni, dalam public transport pun kami tetap boleh tidur selagi boleh tidur. Dalam teksi, dalam kapal terbang, dalam feri, dalam bas, dalam mana-mana semua. Tidur dengan selesa lagi. Nasib tidak berdengkur!



So dalam perjalanan ke airport (Air Asia dekat Terminal 2), kami tidur. Sampai airport kami setelkan boarding pass dan check-in luggage, then brunch di KFC (RM18.55) one meal share 2 orang sebab belum lapar betul. Lepas makan terus masuk boarding room dan start sinilah segala plan ai lari dari plan asal. Semua berjalan seperti yang dirancang until masuk boarding room. Flight jam 1.35PM delay ke masa yang belum diketahui. Ingatkan setakat delay sejam dua. Tapi bayangkan 11 jam kami tunggu dalam boarding room. Nasib baik ada kelonggaran boleh keluar pergi dinner (cost us RM25.80). By 9.30PM kena masuk balik. Tu pun 7PM baru kami diberitahu flight kami jam 10PM. Dari 11AM kami masuk boarding room, after 8 hours baru dapat masa flight kami. Bayangkan sekarang juga.

Sibuk tanya dekat FB if ada bas jam 1AM ke Kuala Perlis. Lol haruslah tiada kan. Tapi gigih jugak tuh. Sebab bilik di Kuala Perlis dah bayar dah thru Agoda (RM89 1 malam). Bila fikir dalam-dalam last-last terima sajalah kenyataan. 10PM akhirnya berlepas ke Penang airport alhamdulillah. Dalam flight, sambung tidur. Susah memang waktu untuk masuk tidur dah pun. 10PM XD

Sampai Penang 3 jam lepas tu. Pastu sibuk cari penginapan area dekat-dekat airport tapi bila fikir kerugian tu, terus tidak jadi. We can, well.. find surau untuk tumpang satu malam.




Waktu ambil gambar atas ni, kami masih wander around. Not sure nak buat apa. This is the first time I see airport so lengang. But what to expect when it's already 2AM btw. 10 minit juga tercegat macam tu hahaha then cari tempat duduk (ada cafe yang buka 24 hours just after the main entrance) baru boleh fikir. 2 buns and 2 mineral water cost us RM9.90. Dan itu belanja terakhir kami untuk hari itu.

Apa yang jadi during 1st day ni for me biasalah. Kecewa juga sebab benda dah bayar (hotel) pastu burn macam tu saja. Tu paling, grrrrr! Haha. Time tu taklah rasa stress atau depress atau apa-apa sampai nak balik sekarang juga. Tiada langsung. Blur sajalah, dahlah fikiran dah cukup numb terlalu lama tunggu. Overall everything is okey.

Cari surau dan bersiap tidur around 3AM.

End of Day 1.

Belanja hari pertama (untuk seorang) :
Flight + Seat + Luggage (Paid beforehand)
Ranau - KK Airport RM70
Brunch RM18.55
Dinner RM25.80
Supper RM9.90
Penginapan (walaupun tidak sempat) RM89.00
.........................................................................................
TOTAL : RM213.25 (RM106.70 seorang)
.........................................................................................

You Might Also Like

0 comments