Fina Kitchen : Nasi Goreng Bawah Bayu

December 18, 2014


Kadang-kadang share masak-masak tapi kebanyakkannya share di instagram saja, so this time, share di blog pula since ada gambar yang cukup untuk ditayang ehek. Sejak kahwin dan tinggal berdua saja dengan husband I actually dah bertambah improve sikit skill masak walaupun tidaklah pandai sangat. Baru belajar yang basic-basic. Until I am 24 (now I'm 28), I was still confuse masak meggi campur telur nak agak macamna supaya telur tu kembang cantik. Saya masih tak dapat agak berapa bnyak lada kisar dalam paket kena masukkan untuk masak sambal terung. Saya masih confuse nak masak ayam kicap macamana. Masak main hantam (sekarang pun hantam juga tapi hantam secara berkaliber sikit kahkah).

Apapun let's back to business. Nasi Goreng Bawah Bayu ni idea dari mama yang saya olah siiikit (sikit saja tidak banyak) sebab kurang bahan. Featured in one of our special menu back when we run a cafe.


Bahan-bahan untuk nasi goreng :
  1. Nasi putih hidangan untuk 5-6 orang
  2. Minyak masak
  3. Bawang putih 3-4 ulas (bawang merah tidak perlu rasanya, nanti rosak rasa heheh)
  4. Telur 2 biji
  5. Bunga kantan dihiris halus
  6. Sayur kacang panjang atau kacang buncis dihiris
  7. Cili putih dihiris
  8. Serbuk lada putih (saya letak serbuk lada putih dan lada hitam sekali sebab lada putih tinggal sikit)
  9. Garam, gula dan ajinamoto (perasa serbaguna tumix pun ada tapi saya prefer guna kombinasi 3 perasa ni)

Bahan-bahan untuk digoreng asing :
  1. Ikan masin (kami suka guna yang dari Tawau tapi dekat Pasar Filifin atau Pasar Besar KK pun ada. Cuma kali ini saya ganti dengan keropok ikan kering - you can only find this in Sabah rasanya)
  2. Ayam (potong dadu, samada isi atau yang bertulang. Mana-mana pun boleh. Tapi biasa saya guna isi ayam saja. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  3. Telur mata lembu jika mahu


Antara watak utama hari ini


Tadi sambil tunggu isi ayam nyahbeku, saya goreng siap keropok ikan kering ni.


Siap dan ketepikan.


Hiris ayam (make sure dah tos), letak serbuk kunyit dan garam, gaul, dan masukkan dalam minyak tempat goreng ikan tadi


Saya guna kedua-dua tempat api. Time ni ayam tadi baru siap goreng dan diketepikan sebentar. Do not worry about rembesen minyak di atas. I cleaned them up anyway. My habit, habis masak dalam masa yang sama barang-barang dan pisau-pisau yang diguna tadi, termasuk meja semua dah bersih dan kemas. I work super fast in kitchen yang ai familiarlah. Cuma kali ni time gaul nasi goreng tu saya kena slowdown sikit, sebab tangan kiri saya yang terseliuh ni masih sakit lagi. Saya kidal.

Dalam turutan :
  1. Minyak masak
  2. Bawang putih yang dah dihiris halus
  3. Telur dan kacau dan biarkan sekejap
  4. Sayur kacang panjang dan cili putih tadi dan tumis-tumis sekejap bagi layu sikit
  5. Garam, gula dan aji
  6. Nasi putih
  7. Bunga kantan tadi
  8. Serbuk lada putih dan lada hitam


Tadi lepas keluarkan saya terus letak di jaring untuk tos sekejap minyak tu. Warna so beautiful berkat serbuk kunyit. Kalau tumis sayur hijau pun saya suka letak secubit dua serbuk kunyit, sayur akan nampak lebih segar. :)


Isi ayam tadi masukkan sekali dalam nasi goreng tadi. Gaul-gaul sekejap dan matikan api.


Hidang dalam bekas untuk family. Saya letak sekali keropok ikan kering tadi.


Atau boleh serve dalam pinggan macam ni dan letak telur mata. Kalerpul! Yum!


Kalau ada yang try masak ni, please do tell me and share with me how it taste. Thank you! ^^ . Btw logo tu first time letak macam ni, main-main saja time buat tadi, Biasa letak watermark tulis www.sophiesm.com saja. Sekarang tengok rasa macam suka pula. Haha cute. Pinjam logo superman tau kahkah. Okey bye.

You Might Also Like

0 comments