Krabi Thailand bajet dan tips jimat

January 04, 2015

Kali ini, bajet untuk di Krabi Thailand pula pada 19-21 Jun 2014. Selepas Langkawi, kami meneruskan perjalanan ke selatan Thailand, walaupun dikatakan Thailand tengah bergolak, kami tabahkan juga hati. Silap, sebenarnya orang lain yang bertabah setabah tabahnya tengok kami, padahal kami masuk dengan langkah ringan dan kepala yang ringan muehehe.

Macam biasa ;
Price shown is per one person aka for me JIKA SAYA PERGI SEORANG DIRI :
(jika pergi berdua atau ramai-ramai haruslah semakin murah)

Transportation in and out
  • Langkawi to Tammalang Port (Satun) (1-way IN ; Ferry) RM30 
  • Tammalang Port (Satun) to Satun Bus Station (1-way IN ; Songthaew/Pickup) THB30/RM3
  • Satun Bus Station to Krabi Bus Station (1-way IN ; Bus) THB243/RM24.30
  • Krabi Bus Station to Ao Nang (1-way ; IN ; Songthaew ; tiada tawar) THB60/RM6
  • J Hotel to Krabi Bus Station (1-way ; OUT ; Songthaew ; tiada tawar) THB60/RM6
  • Krabi Bus Station to Hatyai Bus Station (1-way ; OUT ; Bus) THB290/RM29
====================
RM98.30

Penginapan
  • J Hotel, Ao Nang (Agoda ; 2 nights) RM120
====================
RM120.00

Transportation while in Krabi
  • Tuk Tuk & Songthaew RM41
====================
RM41.00

Entrance fees and activities
  • Islandhop (4 island includes lunch + mineral waters + fruits) RM40
====================
RM40.00

Foods
for 3 days in Krabi RM47
Shopping
(souvenirs and t-shirts for family) RM180
====================
RM227.00

====================
 RM526.30
====================

Total RM526.30 termasuk pengangkutan pergi balik, hotel untuk 2 malam (sangat selesa!), transport dan makan dan shopping. If tolak yang tidak perlu (shopping dan tidak perlu gatal naik Tuk Tuk padahal tidak pandai tawar, jika belajar tawar-tawar lagi sikit, total dalam RM209), jadilah RM317.30 sahaja. Shopping yang paling banyak sebenarnya tu.

Tips bajet ke Krabi :
  1. Survey, survey, survey
  2. If lalu Jeti Satun macam kami, sila tukar RM ke THB (bhat) di Jeti tersebut kerana rate dia anda takkan jumpa di mana-mana dah. Tidak pun tukar sedia dekat Malaysia. Krabi adalah tempat pelancongan dan tempat tumpuan so tukaran duit mungkin sedikit mahal berbanding biasa. But still, ada juga beberapa tempat yang tidak mencekik sangat pun. Saya selalu tukar di sini. But actually if rajin berjalan lagi sambil-sambil cuci mata tengok kedai-kedai sepanjang perjalanan, maybe boleh jumpa lagi yang lebih murah. :)
  3. Tempah flight awal (waktu promosi) untuk orang luar dari Semenanjung Malaysia macam yours truly
  4. Survey hotel awal (baca recommendation blog-blog travel) supaya ada banyak pilihan dengan harga yang dalam bajet. Tapi hotel di Krabi ni boleh tahan murah dia. If ambil dorm pun RM10 pun ada cuma takut tidak selesa.
  5. Sebelum tempah, bandingkan harga melalui website rasmi dan Agoda/Booking.Com
  6. Makan di restoran/cafe/gerai yang murah yang halal ataupun beli di pasar malam
  7. Pergi waktu bukan peak season
  8. Kalau pandai bawa motor/skuter, lagi jimat berganda-ganda jika sewa motor/skuter. Sewa 24 jam baru RM20, cuma petrol sana mahal tau, ;) motor full tank dah dekat RM20 heheh. In our case, tidak pandai bawa, so limited pergerakan
  9. Skill menawar perlu asah sebelum datang. Bukan time beli souvenir saja, tapi time beli pakej pun sama
  10. Naiklah songthaew if tak sewa motor/skuter. Tuktuk mahal! *pengalaman orang lain-lain*
  11. Lagi ramai lagi bagus. Silap-silap cuma RM120 seorang untuk aktiviti macam saya dan jika sanggup share katil king 4 orang XD

Satu benda.
Jangan keliru antara Tuktuk dan Songthaew. Sama macam kekeliruan antara sebutan Tiger Show dengan Thai Girl Show. Yang betul adalah Thai Girl Show cuma lidah pelat orang siam jadik macam bunyi Tiger Show. Tuktuk tu motosikal yang dah modified yang boleh muat 2-4 orang. Songthaew pula pickup yang ada bangku dekat belakang boleh muat seramai yang mungkin heheh. Paling full boleh cecah around 15 orang ikut pada saiz truck. I found one songthaew-ish while I was on the way to Kudat Sabah last November! More likely orang-orang area Kota Belud dan Kota Marudu. Malaysia pun ada rupanya heheh.



You Might Also Like

1 comments

  1. thanks for the tips! saya pun nak ke krabi nanti. :)

    ReplyDelete