Tune Hotel Hatyai, Thailand

May 02, 2015

Tune Hotel Hatyai, Thailand
21-23 June 2014 (2 nights)
RM47.00 per night Standard Double Room Promo Cozy Package
Booked via Agoda


Before I forgot. Recently they change the name to Red Planet Hotel Hatyai (rasanya management pun tukar sebab hotel tiada dalam list cawangan Tune Hotel dah). Time kami masuk, masih guna Tune Hotel Hatyai.

Got this from google


Getting there was easy. Kebanyakan tuktuk / songthaew drivers tahu. You just tell Tune Hotel. Uncle Tony is so successful that Tune Hotel is everywhere around the globe. Setiap tahun ada saja buka cawangan di serata dunia. Biasa Tune Hotel adalah pilihan terakhir tapi if pergi Hatyai lagi, mungkin akan book sini lagi, tu pun kalau dapat harga promo lagi. Sebab sangat puas hati dengan bilik dia. 


Map saya dapat dari Tune Hotel :


Tune Hotel Hatyai : Highlight Biru
Lee Garden Plaza + Night Market : Bulatan Pen Biru
Central Festival Mall : Bulatan Pen Hitam paling bawah
Khlong Hae Floating Market : Bulatan Pen Hitam paling atas


Near Central Festival Mall is Hatyai Bus Terminal. Tempat kami mula-mula turun dari Krabi. Mula-mula turun, straight away cari songthaew ke Tune Hotel. 60 baht for 2. Kami maybe dapat harga tinggi tapi malas nak haggle, diorang pun cari rezeki juga. Halalkan saja setakat few ringgit. Check-in was very easy, alhamdulillah dipermudahkan, walaupun tunggu lama sikit sebab ada mat saleh tengah tanya direction ke klinik/hospital berdekatan. Walaupun ada 2 receptionist. Saya dah bayar siap through Agoda so urusan di kaunter untuk verify sahaja. Lagipun masa check-in dah sampai.

Saya tidaklah expect lebih-lebih sebab, tahulah Tune Hotel kan just provide benda basic. Saya dah few times menginap di Tune Hotel Kota Kinabalu, ada menginap di Tune Hotel dekat JB. Tune Hotel Downtown Penang pun ada. Tune Hotel Legian di Bali pun pernah. Pernah book di Tune Hotel Sarawak (3 malam RM70) dan Tune Hotel Downtown KL (1 malam RM20), tapi yang dua ni saya no-show. Sebab yang dekat Sarawak tu tidak jadi datang sorang (datang dengan family). Yang dekat KL tu tidak jadi sebab next flight awal pagi so saya decide ambil hotel dekat dengan KL Sentral. Each place memang ukuran berbeza. Yang pasti, sempitttt. 

Frankly, 4 months before saya dah book hotel di Aloha Hatyai, tapi few weeks sebelum travel date, saya tergerak cek hotel lain sebab keputusan tu tidak berapa nak final lagi since Aloha quite mahal. Atas dari RM100 untuk 1 malam for me adalah mahal HEHEHE. Lepas tu ternampak promo RM47 satu malam tuh. Hah apalagi kan. Terus cancel Aloha Hatyai (free of charge) dan bayar Tunehotel untuk 2 malam non-refundable. I'm glad I did sebab dekat situ memang best!


Entah orang panggil apa ni. Setiap bilik Tune Hotel akan ada benda ni. Mungkin ada perbezaan sikit tapi this is where you will slot in your room keycard.


Let me check the toilet first. Ok lulus. Toilet Tune Hotel sentiasa tidak menghampakan. Shower best.


Empat benda provided in any Tune Hotel branch's rooms. Flat Screen Television, Hairdryer, Big mirror dan papan iklan HAHA. Some Tune Hotel have bigger mirror, and mirrors all around. Ada Tune Hotel yang tawarkan bilik with no TV and of course, at lower rates.


Towel and toiletries at extra charge but we got it included in our room rate. Yeahah! Tapi entahlah kalau lepas ni boleh dapat harga RM47 lagi 1 malam. Included in our room rate is ;

Towel & Toiletries
Internet
Aircond
Entertainment (TV channel)
With window

 .. this is all chargeable. Secara berasingan. Tapi towel and toiletries tidak ambil pun tidak apa. You can bring it on your own. Internet pun tidak apa (if ada beli simkad tourist with data internet). In our case, kami memang perlu internet sebab takda beli simkad simkud XD. Tapi if dalam Malaysia, hmph, buang tebiatlah if beli internet kan sebab handset sentiasa on. Aircond tidak ambil pun tidak apa sebab ada kipas siling for free. TV pun kalau saya, tiada pun tidak apa. Rumah pun jarang tengok TV, HAHA.


Got city view from our room. Depends on your room and what you paid for. Kena tengok all the details very carefully sebelum bayar. Saya boleh saja bayar dan book through website Tunehotel tapi Agoda offer harga lebih rendah sooo..


Salah satu benda mesti ada juga dalam bilik Tune Hotel. Best kan? Berguna bila kita guna room service. Mana kita tahukan, kadang-kadang bukan kita sedar barang hilang. Lagipun saya ni manusia tidak berapa suka menyusahkan orang so, kalau setakat 1 malam, saya letak PRIVACY dekat bilik. Tidak perlu room service.


Saya suka tilam dan bantal Tunehotel. Sebab selesa dan empuk :)


Bilik di Tune Hotel Hatyai luas, unlike the ones I tried before. Unlike any other Tune Hotel branch, I must say. Surprisingly luas. Lantai kayu. Sedap pijak. Minimal. No closet and fridge. Apa yang saya tunjuk dan senaraikan, tu saja yang ada. At RM47, it's a steal.

Sadly, management dah tukar. Bukan Tunehotel lagi rasanya. Tapi price sekarang around RM90 macam tu pun okey juga sebab hotel at the same standard around Hatyai quite mahal. ;)

You Might Also Like

1 comments